Asal usul bahasa Melayu perlulah dihubungkaitkan
dengan asal usul bangsa Melayu. Bangsa Melayu iaitu penutur asli bahasa
Melayu, tetapi asal usul orang-orang Melayu amat kabur kerana sejarah kuno
Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. Walau bagaimanapun
latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno, iaitu nenek moyang
orang-orang Melayu dapat diketahui secara kasar melalui beberapa kajian.
Terdapat dua teori yang mengatakan bahawa asal
usul penutur-penutur bahasa Melayu berasal dari utara Asia Tengah yang
menggunakan bahasa Austronesia . Mereka datang dari daerah Yunan dan menduduki
wilayah Asia Tenggara sejak tahun 2500 sebelum Masihi, iaitu golongan pertama
yang dikenali Melayu Proto. Kemudian pada tahun 1500 sebelum Masihi golongan
kedua yang disebut Melayu Deutro yang
telah menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara.
Masyarakat Austronesia telah berkembang luas di
seluruh kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik.Mereka juga telah memperkembangkan
tiap-tiap bahasa ke daerah masing-masing. Walaupun penggunaan bahasa-bahasa
itu berlainan tetapi ada persamaannya.. Bahasa Austronesia ialah satu rumpun
bahasa yang tergolong ke dalam satu keluarga bahasa besar yang bernama
- bahasa Austris. Di samping rumpun Austronesia, terdapat dua rumpun yang
lain, iaitu bahasa-bahasa Austroasia dan Tibet-Cina.
Rumpun bahasa Austronesia
terbahagi kepada empat, iaitu
-
Bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu atau Nusantara
-
Bahasa-bahasa Polenesia,
antaranya bahasa-bahasa Hawaii, Tonga dan Maori.
-
Bahasa-bahasa Melenesia,
antaranya bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, New Caledonia dan Iran.
-
Bahasa-bahasa Mikronesia,
antaranya bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna,
Mashall, Carolina dan Gilbert.
Rumusannya dapatlah
dikategorikan bahawa bahasa Melayu tergolong ke dalam cabang Nusantara
dalam keluarga Austronesia. Cabang Nusantara mempunyai kira-kira 200-300
bahasa.Bahasa-bahasa ini pula dibahagikan kepada golongan tertentu, seperti
yang berikut:
-
Golongan Filipina:
antaranya Tagalog, Iloko, Bikol, Bisaya, Sulu, Palau danTombulu.
-
Golongan Sumatera:
antaranya Aceh, bahasa-bahasa Batak (Karo, Toba, Angkola-Mendailing, dan
sebagainya), minangkabau,Melayu, Nias, Lampung, dan orang laut.
-
Golongan Jawa:
iaitu Sunda, Jawa, dan Madura.
-
Golongan Kalimantan:
antaranya Iban, Kenya-Kayan, dan Melanau.
-
Golongan Bali-Sasak:
iaitu Bali, Sasak, dan Sumbawa.
-
Golongan Gorontalo:
iaitu Bulanga, Kaidipan, Gorontalo, dan Buol.
-
Golongan Tomini:
antaranya Tomini, Tolitoli, Tinombo, Umalasa, dan Dampelasa.
-
Golongan Toraja:
antaranya Kaili, Bare'e, dan Wotu.
-
Golongan Loinang:
antaranya Loinang dan Banggai.
-
Golongan Bunku-Laki:
antaranya Laki, Landawe, Mori, dan Mapute.
-
Golongan Sulawesi
Selatan:
antaranya Makasar, Bugis, dan Seko.
-
Golongan Muna-Butung:
antaranya Muna-Butung, Butung Selatan, Kerompa, dan Wolio.
-
Golongan Bima-Sumba:
antaranya Bima, Manggarai, Timur, Alor, Roti, Solor, Kro'e, dan Kupang.
-
Golongan Ambon-Timur:
antaranya Kai, Tanimber, Aru, Wetar, Bura, Goram, dan Bandar
-
Golongan Sula-Bacon:
antaranya dialek-dialek Taliabo, dialek-dialek Sula, dan bahasa Bacon.
-
Golongan Halmahera
Selatan-Irian Jaya:
antaranya Halmahera Selatan, Nufur, dan Kowiai.