Hadapan Kelab Sains Komputer
 
            Sejuta penghargaan diucapkan kepada Pengetua Kolej Islam Sultan Alam Shah, Ustaz Ahmad bin Ismail yang telah  memberikan sumbangan dan dorongan yang banyak dari segi material, nasihat dan sebagainya dalam memajukan teknologi perkomputeran di KISAS. Ini telah membolehkan para pelajar di kolej ini mendapat maklumat dan informasi terbaru dalam masa pembelajaran di kolej ini. Sebagai contohnya, perkhidmatan internet yang telah setahun lamanya bertapak di KISAS telah banyak memberikan manfaat kepada para pelajar. Dengan adanya kemudahan ini para pelajar dapat didedahkan dengan teknologi maklumat serta dapat mempertingkatkan lagi ilmu pengetahuan mereka.

        Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Cikgu Ch'ng Teng Hong selaku Ketua Guru Penasihat Kelab Sains Komputer. Beliau merupakan tulang belakang kepada penubuhan KSK dan juga individu yang penting dalam perjalanan Kelab Sains Komputer. Banyak jasa yang telah beliau curahkan seperti menguruskan pengendalian KSK, mengajar serba-sedikit ilmu perkomputeran yang sangat meluas dekad ini serta cara-cara servis komputer dan sebagainya.

        Begitu juga kepada guru-guru penasihat Kelab Sains Komputer yang lain yang banyak menerangkan secara lebih jelas lagi tentang dunia siber. Terutama En. Baharuddin yang sanggup mangadakan kelas tutorial HTML, demi memperkembangkan ilmu membina laman web kepada para pelajar KISAS bersama menuju era teknologi maklumat yang sedang pesat berkembang.

        Tidak lupa juga kepada semua guru-guru serta AJK Kelab Sains Komputer yang terdiri daripada pelajar sepenuhnya. Mereka ini telah banyak memberikan kerjasama yang jitu dan saksama dalam menjadikan Kelab Sains Komputer satu kelab yang unggul di KISAS dan mempunyai kecanggihan teknologi maklumat yang terkini.

        Tidak ketinggalan juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pembikinan laman web kelab ini. Semoga segala jasa dan sumbangan ikhlas yang diberikan sama ada dari segi material ataupun tenaga akan dirahmati Ilahi selalu. Moga Kelab Sains Komputer akan terus mengecap kegemilangan di masa hadapan. Insya-Allah.
 

 

 "MAJULAH KOMPUTER UNTUK SEMUA"
 
 
 
| ke atas | | seterusnya