|perlembagaan| |peraturan_umum| |peraturan_internet| |waktu_penggunaan|
 .
  PERLEMBAGAAN KSK 
FASA 1
NAMA DAN ALAMAT
1. Nama Kelab : Kelab Sains Komputer KISAS (KSK)
2. Alamat : Kelab Sains Komputer, Kolej Islam Sultan Alam Shah, 41906 Klang, Selangor.
 

FASA 2
KEANGGOTAAN
1. Diwajibkan ke atas semua pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah
2. Yuran keanggotaan adalah RM 50 satu semester
3. Keanggotaan akan gugur secara automatik sekiranya ahli tersebut dibuang sekolah atau diberhentikan sekolah.
 

FASA 3
JAWATANKUASA
1. Satu jawatankuasa yang dilantik dalam mesyuarat agong adalah seperti berikut :
    i-Pengerusi (putera)
    ii-Naib Pengerusi (puteri)
    iii-Setiausaha (putera)
    iv-Naib Setiausaha (puteri)
    v-Bendahari (putera)
    vi-Naib Bendahari (puteri)
    vii-Enam Exco Biro (putera)
    viii-Enam Timb. Exco Biro (puteri)
2. Jawatankuasa yang dilantik mestilah menjalankan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam masa tiga bulan.
3. Segala masalah dalam KSK dihadapkan kepada jawatankuasa tertinggi dahulu.
 

FASA 4
KEWANGAN
1. Kuasa bagi perbelanjaan wang kelab ialah pada guru penasihat.Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha dan Naibnya, Bendahari dan Naibnya boleh menggunakan wang kelab untuk tujuan berfaedah bagi kelab atas nasihat Guru Penasihat.
2. Bendahari hanya dibenarkan memegang wang tidak melebihi RM200 pada suatu masa.
3. Akaun kelab hendaklah diaudit loeh Guru Penasihat.
4. Penyata kira-kira yang diaudit hendaklah dikemukakan pada mesyuarat tahunan.
 

FASA 5
PENDAPATAN
1. Kelab ini mendapat peruntukan daripada kolej dan hasil kutipan yuran ahli.
2. Pendapatan juga diperolehi daripada akitiviti jualan pada hari pendaftaran pelajar baru, aktiviti-aktiviti jualan lain dan hasil jualan disket dan lain-lain peralatan.
 

FASA 6
PEMBUBARAN
1. Kelab ini tidak boleh dibubarkan melainkan mendapat kebenaran mutlak daripada pihak pentadbiran kolej.
 

FASA 7
PINDAAN UNDANG-UNDANG
1. Undang-undang tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agong dan pindaan kepada undang-undang hanya boleh dikuat kuasakan mulai daripada tarikh perubahan dan pindaan yang diluluskan oleh pihak kolej.
 

FASA 8
LARANGAN
1. Kelab tiada hak untuk mencampuri hal ehwal kolej.
2. Ahli-ahli tidak dibenarkan menyalah gunakan Kelab Sains Komputer dan kemudahan yang terdapat di dalamnya bagi kepentingan peribadi semata-mata.
 
 

 
PERATURAN UMUM KSK 
 
 1.   
 
 
Para pelajar hendaklah berpakaian kemas ketika berada di dalam Kelab Sains Komputer. Pemakaian seluar trek adalah dilarang sama sekali.       
 
 2.      
 
Kasut-kasut hendaklah disusun dengan kemas dalam rak yang disediakan.      
 
 3.     
 
Pelajar- pelajar tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman ke dalam kelab.      
 
 4.      
      
 
Pelajar-pelajar haruslah menjaga kekemasan dan kebersihan kelab. Semua kerusi hendaklah disusun semula ke tempat asalnya selepas digunakan.      
 
 5.   

 

Pelajar-pelajar hanya dibenarkan masuk ke kelab mengikut jadual kelas masing-masing atau pada waktu terbuka.     
 
 6.   
 
Pelajar lelaki dilarang menggunakan komputer di bahagian pelajar perempuan kecuali terdapat urusan penting.      
 
 7.      
      
 
Pelajar-pelajar dilarang mengambil barang-barang yang terdapat di dalam almari stok tanpa izin. Bayaran print hendaklah dijelaskan mengikut kadar yang telah ditetapkan.      
 
 8.      
      
 
Para pelajar dilarang membuat bising ketika kelas sedang dijalankan. Para pelajar diingatkan agar menghadiri kelas, 5 minit sebelum kelas dimulakan.      
 
 9.     
    
 
Ujian diwajibkan ke atas semua pelajar yang mengikuti kelas komputer. Pelajar dikehendaki mengikut sukatan yang telah ditetapkan oleh kelab.      
 
 10.      
      
 
Buku rujukan tidak boleh dibawa keluar dari kelab kecuali dengan mendapat keizinan. Sebarang kerosakan peralatan atau buku, akan dikenakan tindakan oleh AJK tertinggi kelab.      
 
 11.      
      
 
Penggunaan KSK pada waktu persekolahan perlulah mendapat kebenaran daripada Guru Penasihat dan hendaklah mengisi borang mengikut prosedur yang telah ditetapkan.      
 
 12.      
      
 
Segala pinjaman buku hendaklah dicatatkan dalam buku dan menggunakan kad perpustakaan KSK. Pelajar-pelajar dilarang kelas membaiki peralatan komputer dengan sendiri.     
 
 
 
  PERATURAN PENGGUNAAN INTERNET 
 
1.    
 
Penggunaan Internet adalah atas pengawasan AJK Kelab Sains Komputer  
 
2.  
  
 
Oleh kerana perkhidmatan ini adalah perkhidmatan berbayar, maka para pengguna adalah ditetapkan supaya membayar sebanyak RM 2.00 sejam untuk menggunakan perkhidmatan ini.  
 
3.  
  
 
Para pengguna adalah dilarang sama sekali menggunakan Internet untuk tujuan yang melanggar syariat Islam. Ini termasuk melawat laman-laman porno, menggunakan mel elektronik untuk tujuan menganiaya dan sebagainya.  
 
4.  
  
 
Para pelajar juga adalah dilarang keras menggunakan untuk bermain permainan yang boleh dimainkan melalui Internet.  
 
5.  
  
 
Setiap AJK yan gbertugas akan memakai baju rasmi KSK unutk memudahkan para pengguna bertanyakan soalan dan masalah yang dihadapi.  
 
6.  
  
 
Sesiapa sahaja yang didapati melanggar peraturan yang ditetapkan akan dikenakan tindakan tegas yang akan ditentukan oleh pihak guru penasihat.  
 
7.  
  
  
 
Para pengguna diminta supaya menepati masa dan berhenti sebaik sahaja masa yang ditentukan tamat. Para pengguna juga perlulah menghormati waktu-waktu yang telah ditentukan untuk kegunaan pelajar putera dan puteri.  
 
8.  
  
 
Sebarang masalah ysng kurang jelas tentang peraturan dan penggunaan bolehlah dirujuk kepada mana-mana AJK Kelab Sains Komputer.  
 
9. Penggunaan perkhidmatan ini tidak boleh melebihi jam 12.00 tengah malam.
 
 
  WAKTU PENGGUNAAN INTERNET 
 
PUTERA
Hari-hari persekolahan
( 11.15pm - 12.00am )
Hari-hari cuti
( 3.00pm - 5.00pm )
( 10.15pm - 12.00am )
 
PUTERI
Hari-hari persekolahan
( 5.15pm - 6.30pm )
Hari-hari cuti
( 10.30am - 12.30pm )
( 5.20pm - 6.20pm )
( 9.15pm - 10.15pm )
 
 
 
| ke atas | | seterusnya