Tanggal 23 Mac 1984 , Kelab Sains Komputer telah ditubuhkan.Kelab ini atau nama singkatannya KSK telah dirasmikan oleh Pengetua Kolej Islam Malaya. Pada ketika itu penubuhan KSK bermula hasil cetusan idea En. Ch`ng Teng Hong seorang guru yang mengajar mata pelajaran Fizik. Beliau merupakan seorang yang suka memandang  masa depan dan beliau melihat bahawa keperluan pengetahuan dalam bidang perkomputeran adalah sangat penting pada masa akan datang lantaran perkembangan perkomputeran yang sangat pesat di negara – negara barat.
 
        Pada mulanya, Kelab Sains Komputer merupakan satu badan yang kecil dan tidak menyeluruh keahliannya. Ia hanya dibuka kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk menjadi ahli kelab sahaja. KSK ditubuhkan atas kemudahan kelab yang ada pada masa itu amat kurang. Hanya beberapa buah komputer 386 Dx4 66 mhz dan 386 sx 66 mhz dan kelengkapan kelab juga hanya setakat dua buah penghawa dingin .

        Akan tetapi , tahun demi tahun , searus dengan perkembangan teknologi, kemudahan di KSK semakin bertambah. Ini berikutan dengan kesedaran Tuan Pengetua Kolej Islam Sultan Alam Shah ( KISAS ) yang baru mula bertugas pada tahun 1987, Ustaz Abd. Morat b. Abd. Samat akan kepentingan kelab ini kepada seluruh warga kolej. Beliau telah mengambil langkah untuk mewajibkan setiap  pelajar menjadi ahli Kelab Sains Komputer. Langkah ini telah menambah lagi dana KSK dan ia berupaya untuk menambah kemudahan - kemudahan terkini dari semasa ke semasa. Pada akhir tahun 1995, Kelab Sains Komputer telah mempunyai beberapa buah komputer Pentium 75 mhz dan Pentium 100 mhz.

        Memandangkan penggunaan KSK telah melibatkan semua warga kolej termasuk guru-guru, sewajarnya KSK menyediakan kemudahan yang terkini untuk kegunaan semua pihak. Pada tahun 1996 , Kelab Sains Komputer telah menambah beberapa buah komputer terbaru iaitu Pentium 133 mhz. Selain itu, KSK juga telah membeli sebuah `scanner' untuk pelbagai kegunaan.

        Menjelang akhir tahun 1997, KSK telah mempunyai beberapa buah komputer Pentium 166 mhz. Selain itu satu kemajuan lagi yang dicapai oleh KSK pada tahun itu  ialah pemasangan perkhidmatan internet yang telah mendedahkan para pelajar kepada dunia teknologi maklumat. Pada awal tahun 1998, satu langkah bijak telah diambil oleh jawatankuasa kelab untuk membeli beberapa kelengkapan terbaru seperti `video conferencing', `digital camera' dan `cd-writer' . Kelengkapan - kelengkapan ini adalah bersesuaian dengan perkembangan teknologi-teknologi perkomputeran  serta telekomunikasi ke arah mencapai negara berteknologi maklumat.

        Kesemua perkembangan dan kemajuan yang dicapai  ini adalah  untuk memberi manfaat kepada seluruh ahli kelab. Diharap segala yang telah diperolehi dapat dimanfaatkan oleh semua pihak.
 
 

"MAJULAH  KSK UNTUK SEMUA"
 
 

 

| ke atas | | seterusnya