SAH, MAHATHIR IALAH DIKTATOR!

Kalau kita analisa segala kenyataan dan komen yang disebut oleh Mahathir, memang jelas sekali kebanyakkan perkara yang dikatakan atau dibangkitkan, ialah samaada bohong belaka atau sesuatu yang bercanggah dengan ajaran agama suci kita. Jika diteliti pula tindakan tindakan yang telah diambil khususnya terhadap DSAI, memang jelas sekali Mahathir tak berhati perut dan zalim orangnya!

Yang hairannya, mengapa ulama ulama seperti Hamid, Wan Mokhtar atau Yusuf Nor langsung tidak bersuara dan menegur Mahathir? Menegur untuk kebaikkan untuk membetulkan akidah supaya dia tidak terus melencong dan sesat Ini adalah tanggungjawab ulama ulama dalam UMNO. Ini tidak, Mahathir masih melafazkan benda benda yang sama di mana dia pergi, mengulangi kesalahan kesalahannya. Sayang sekali, hari demi hari kita asik mendengar fitnah fitnah dan pembohongan Mahathir. Kita asik mendengar kata kata yang sama yang tak senonoh dari mulut Mahathir. Mahathir terus berlakun hari demi hari tanpa ditegur oleh sesiapa.

Siti Zaharah selaku ketua wanita pun tak boleh buat apa dia suka. Keputusan yang dibuat oleh Kak Siti boleh diveto oleh Mahathir. Menteri Penerangan yang baru pun pernah dihentak oleh Mahathir. Pak Lah pula terpaksa berhati hati apabila mengambil sesuatu tindakan atau membuat sesuatu kenyataan. Silap silap kata, Pak Lah pun dihentamnya. Ibrahim Ali tu tunggu masa aja nak kena cantas. Selagi Mahathir  boleh guna, boleh kuda dia, digunakan si katak ini tapi kalau dah melampau sangat sehingga menjadi liabiliti pada Mahathir, Ibrahim Ali pun akan menjadi sejarah.

Fikir punya fikir, analisa punya analisa, memang sahlah Mahathir ni kerana dah terlalu lama sangat duduk di TAKHTA,  dia sudah menjadi MAHARAJA yang serba KEBAL. Sebiji  macam DIKTATOR! Semua disekelilingnya tidak berani menegur,  jauh lagi menentang dan terpaksa tunduk dan akur dengan arahan arahan seorang diktator! Raja Raja pun tak berani tegur dia!

Pemimpin pemimpin UMNO yang masih lagi berfikiran waras, mahukah anda berdamping lagi dengan pemimpin macam ini? Rakyat jelata sedang memerhati and menunggu tindakan anda selanjutnya. Lakukan sebelum rakyat bertindak! Ikut saja macam kebanyakkan ahli ahli UMNO macam kami yang sudah pun mengorak langkah meninggalkan UMNO. Apa yang nak ditakutkan? Apa lagi tunggu? Jangan jadi macam Mahathir, TIADA ESOK BAGI MU Mahathir!

DULU UMNO SEKARANG BARISAN ALTERNATIF