Memorandum Rakyat Selamat Dihantar

Seramai hampir 30,000 rakyat pelbagai lapisan telah hadir untuk mengiringi penghantaran MEMORANDUM RAKYAT kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong. Bermula dengan solat zohor diikuti dengan solat hajat yang diimami oleh Ustaz Badrul Amin dan bacaan doa oleh Ustaz Harun Din. Selesai solat orang ramai berkumpul diperkarangan masjid untuk mendengar ucapan-ucapan dari pimpinan Pemuda Parti Barisan Alternatif yang diketuai oleh sdr. Ezam Mohd Nor dan diakhiri dengan bacaan Memorandum Rakyat oleh Puteri Reformasi Sdri Nurul Izzah.

Selesai deklarasi oleh Sdri. Nurul Izzah, perarakan bermula. Setelah sekumpulan pimpinan Pemuda Barisan Alternatif  melintasi kepongan oleh FRU maka gas pemedih mula ditembak kearah orang ramai. Pimpinan Pemuda Barisan Alternatif meneruskan perjalanan mereka keIstana dan diiringi oleh mereka-mereka yang berada dikawasan stesyen keretapi seramai lebih kurang 300 orang . Ada yang berkaki ayam termasok Sdr. Azmin Ali yang kehilangan kasut dimasjid. Yang lainnya terperangkap didalam masjid dan dikepong oleh FRU dan polis hutan. Anak-anak kecil berteriakan kesakitan akibat terkena gas pemedih mata yang ditembak kedalam masjid. Ramai juga orang-orang tua yang meraung kesakitan dan ramai pula yang terjun kedalam kolam untuk menghilangkan kesakitan dan pedih mata. Tindakan polis cukup kejam dan tidak berhati perut.

Sesampai di Istana Negara kumpulan yang membawa Memorandum Rakyat tidak dibenarkan melintas jalan ke Istana. Hanya 8 orang sahaja yang dibenarkan untuk menyeberangi jalan. Dari 8 orang tersebut hanya tiga sahaja yang dibenarkan memasuki kawasan Istana iaitu Sdri. Nurul Izzah, Sdr. Ezam Mohd Nor dan Dr. Hatta. Mereka hanya dibenarkan untuk menyerah Memorandum Rakyat kepada seorang Pegawai Istana. Alhamdulillah Memorandum Rakyat selamat sampai keIstana.

Agong tidak dapat menerima secara peribadi kerana Maha.... Kutty tidak membenarkan Raja Melayu melayan hasrat bangsa mereka sendiri. Raja Melayu tidak boleh pandai-pandai membuat sesuatu tanpa kebenaran Maha...Kutty. Maha...Kutty menentukan agenda Raja-Raja Melayu. Raja-Raja Melayu mesti melutut kepada Maha...Kutty  untuk mendapat duit poket mereka. Walaupun rakyat bangsa Melayu mandi gas pemedih mata Raja mereka hanya tunggu isyarat sahaja dari Maha...Kutty samaada boleh berjumpa atau tidak dengan rakyat mereka.

Harap kali ini Raja Melayu menunjukkan kedaulatan mereka dengan mengambil tindakan segera terhadap tuntutan rakyat dan bukannya mengikut kerenah durjana dan bangsat Maha...Kutty.

Rakyat sudah hilang sabar dah Tuanku. Kata Maha...Kutty bukan budaya kita berdemostrasi. Tetapi Maha...Kutty kena ingat peristiwa Maharaja Lela mengamok membunuh James Birch kerana orang putih sudah melampau. Ini Maha... Kutty bukan sahaja melampau tetapi sudah menjadi Agen Iblis dan Syaitan. Apa tidaknya??? Beliau mengugut rakyat supaya terjerumus dengan dosa fitnah yang lebih dahsyat lagi dosanya dari membunuh. Berapa ramai rakyat Tuanku terjerumus dengan dosa ini termasok Ulama-ulama Tuanku seperti Wan Mokhtar, Yusof Nor dan Hamid Othman. Berapa banyak duit rakyat digunakan untuk menyebarkan fitnah dan mereka-cipta bukti untuk meyakinkan skrip fitnah paling dahsyat pernah berlaku dalam sejarah TANAH MELAYU dan ini dilakukan oleh rakyat Tuanku yang tidak tahu asal-usul kemelayuannya. Harap Tuanku pada kali ini lebih prihatin akan tuntutan rakyat. Orang Melayu masih mendaulatkan Raja mereka tetapi Tuanku kena ingat peribahasa melayu ADA UBI ADA BATASNYA.   

Salam perjuangan dari Awang Siber