ANWAR JATUH DENGAN HANYA RM5000 SAHAJA?


Itulah dakwaan Saudara Zaharin Yasin apabila saya bertemu dengannyapada malam semalam,19.8.99.

Petang semalam saya menelefon Saudara Daud Ibrahim sekali lagi tetapi gagal.Pada jam 9.00 malam saya pun memandu kereta menuju ke hotel Brisdale tempat dimana Daud biasa melepak.Sedang berjalan ke Brisdale saya nampak Hassan sedang makan dengan dua orang kawannya. Saya bertukar salam dengannya dan bertanyakan tentang Daud. Dia kata dia pun sedang menunggu Daud.Saya bertanya pula tentang Shahbudin dan mengikutnya Shahbudin ada di Brisdale.Saya terus ke Brisdale dan
terserempak dengan Shahbudin di lobi Brisdale.Dia ajak saya makan dan kami pun terus menyertai Hassan di warong.

Sementara menunggu makanan sebuah kereta berhenti dihadapan dan keluar Zaharin menegur saya.Kali terakhir saya bertemu dengannya ialah pada 2.9.98 di hotel Pan Pacific jam 1.30 pagi.Pertemuan tersebut masih jelas dikepala saya dan saya catit didalam rekod saya.Pada malam tersebut diantara yang hadir ialah Datuk Ibrahim Ali,Shabery Chik,Hassan Ali,Zawawi Zin, Roslan dan beberapa kawan mereka yang saya tak tau nama.Sewaktu saya tiba Zaharin sedang menyampaikan rentetan
peristiwa sehingga Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat.Dia cerita tentang penglibatan dirinya dan anggota polis.Sekali sekala Ibrahim Ali menyampuk membetulkan cerita Zaharin.Saya nampak Zaharin tak suka sampukan Ibrahim Ali.Yang jelas kedua-duanya nak tunjuk siapa hero didalam menjatuhkan DSAI.Perbualan malam tersebutlah yang meyakinkan saya tentang wujud konspirasi peringkat tertinggi yang mengguna orang macam Zaharin,Azizan dan Umi untuk menjatuhkan DSAI. Dan dari situ jugalah saya membuat keputusan keluar dari UMNO. Peristiwa itu dah berlalu hampir setahun.

Turun dari kereta Zaharin cerita dia baru balik dari Sepang memberi ceramah kepada pekerja-pekerja BN.Dia berhenti untuk membeli makanan bungkus untuk di bawa balik.Dia beredar tanpa saya sedar.

Setengah jam kemudian dia muncul lagi.Dia memilih duduk sebelah saya.Dia mengucap tahniah kepada saya kerana menyertai keADILan dan memberi galakan untuk berjuang.Tapi katanya dipentas dia tetap bantai keADILan,PAS,DAP dan PRM.Dia pun banyak cerita bagaimana dia mengajar pekerja BN jawab tohmahan keADILan dan PAS.Dia memberi beberapa contoh
dan saya kata kepadanya hujahnya sekadar mengikut lojik otak,selagi boleh dikaitkan dikira dah betul.Itulah teori lojik Rube Goldberg.

Dia pun mulakan cerita bagaimana DSAI dijatuhkan dengan hanya RM5000.Dia cerita bagaimana Khalid Jefri tulis buku 50 Dalil dan tidak ada duit untuk mencetaknya.Dialah yang mencari duit tersebut dan itulah yang menjatuhkan DSAI.Dia juga cerita bagaimana DSAI dapatkan injunction di Mahkamah tetapi tidak disampaikan oleh penyampai notis.Oleh itu bebaslah dia mengedar buku 50 Dalil sehingga ke Perhimpunan Agung UMNO 98.

Zaharin marah DSAI kerana tak tolong kawan.Dia cerita bagaimana pada April 98 dia dan Daud jumpa DSAI di lobi Parlimen.Dia minta DSAI dapatkan tempat untuknya dan Daud di Syarikat-syarikat yang DSAI banyak kenal dan bayarlah gaji RM3000 sebulan.Katanya DSAI hanya suruhnya jumpa Azmin.Kalaulah pada waktu itu DSAI angkat telefon dan buat temujanji bagi mereka menemui Azmin sudah tentu hari ini DSAI dah jadi PM.Begitulah kuatnya Zaharin.

Zaharin memang diakui ditakuti banyak tokoh politik UMNO.Dia yang pertama mendedahkan kes tuduhan rasuah Rafidah.Dia membantah kemasukan UMNO ke Sabah.Dia membantah penjualan HICOM kepada Tan Sri Yahaya.Dia menegur Pengerusi Yayasan Aids bercium di Shangrila. Akibatnya dia dipecat dari UMNO dizaman DSAI.

Tapi kini dia dah diterima semula menjadi ahli UMNO.Apabila Shahbudin bertanya dengannya untuk buat appointment bertemu dengan Tengku Adnan,Setiausaha Kerja UMNO yang baru,dia dengan yakin jawab no
problem.

Zaharin memang banyak cerita dan hujah.Tetapi beberapa  hujah balas saya dia tak komen.Saya kata nasib UMNO hari ini terletak pada batang tubuh Dr.Mahathir.Di Perhimpunan Agung UMNO yang lalu Dr. Mahathir kata "Mereka menyerang saya untuk jatuhkan UMNO,kredibiliti saya menjadi isu bagi mereka".Saya beritahu Zaharin Dr.Mahathir guna UMNO untuk selamatkan dirinya.Kalau ahli UMNO nak selamat mesti selamatkan Dr.Mahathir. Zaharin cerita pasal jasa UMNO dan saya bawa falsafah Kleptocracy.Saya kata ini ada kaitan dengan pandangan Shahnon mengenai Oligarki.Saya tahu dia akan diam.

Banyak lagi yang Zaharin cerita.Semuanya lojik.Tapi tak semuanya benar.Sebagaimana kata Subky Latif, Zaharin lebih faham erti perjuangan dari Hamid Othman.

Sekian,

Abdul Rahman Othman