Masjid Asy-Syakirin (KLCC) bertukar kepada Masjid UMNO

Lebih kurang 11.40 pagi bermulalah ucapan Dato' Paduka Dr Abdul Hamid Othman (Mid Man), Menteri di Jabatan Perdana Menteri di ruang legar Masjid KLCC dihadapan lebih kurang 125 orang yang terdiri dari kakitangan Petronas dan kakitangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Katanya lebih kurang begini, 'Islam mesti menjadi penggerak kepada kebangkitan Islam seluruhnya. Islam mesti berada dalam arus perdana dan Islam mesti menjadi pendesak dan sebagainya...'.

Semua hadirin hanya memerhatikan saja apa ucapannya. Pada satu ketika Mid Man memuji Petronas kerana Tan Sri Azizan banyak melaksanakan program-program berbentuk kemasyarakatan seperti Lumba Kereta Formula One, pembinaan PUTRAJAYA dan sebagainya. Di ketika ini Mid Man mengutuk parti Altenatif kerana sering mempertikaikan segala perancangan yang dibuat oleh kerajaan.

Mid Man cuba untuk menipu kakitangan korporat Petronas yang berada di Masjid tersebut seolah-olah semua perancangan ini dilakukan oleh idea Tan Sri Azizan. Ini semua pembohongan belaka. Yang sebenarnya segala perancangan ini dilakukan oleh pihak kerajaan UMNO dengan mendesak Pengurusan Tertinggi Petronas menaja apa saja yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan UMNO.

Lagi dengan pengakuan Mid Man bahawa beliau mendapat berita melalui tape-tape yang merakam segala bentuk ceramah dan tazkirah juga kutbah jumaat di Masjid Asy-Syakirin maka beliau merasakan amat perlu masjid tersebut diambil alih oleh pihak JAWI.

Dan saya percaya pengambilalihan ini akan menjadikan masjid ini seperti Masjid Negara - Kutbah dipenuhi dengan memuji kerajaan UMNO. Dan tidak mustahil orang ramai akan bertukar masjid lari ke tempat lain untuk bersolat Jumaat.

Di majlis itu juga saya melihat air muka Tan Sri Azizan dan Tan Sri Dato' Mohd Hassan Marican begitu sugul dan sedih dan saya juga melihat air muka Mid Man yang tidak begitu ceria ketika berdepan dengan ahli korporat Petronas dan beliau cuba membuat jenaka malangnya tiada sambutan yang diberikan oleh pendengar.

Akhir sekali selepas ucapan tersebut maka majlis penyerahan sekali gus menaikkan taraf kepada Masjid UMNO dilakukan oleh Mid bin Man.

Sekian. Lapuran dari KLCC