Peringatan Nabi s.a.w mengenai pemerintah yang zalim


Sabda Nabi s.a.w:

' Siapa yang menjauhi mereka (pemerintah yang zalim) selamatlah ia, orang yang menghindarinya akan aman atau hampir aman, sedangkan orang yang mengerumuni harta keduniaan mereka adalah termasuk golongannya '.

Sabda Nabi s.a.w diriwayatkan oleh Nasai dan Tirmidzi dari Kaab bin Ajrah:

' Sepeninggalanku jika ada orang suruhan (tali barut) pemerintah yang bertindak dusta dan aniaya. Siapa yang membenarkan dusta mereka dan membantu tindakan aniaya  tiadalah termasuk golonganku dan aku lepas daripadanya dan dia tidak akan  mendekati telagaku! '.

Sedutan dari buku Haq dan Kebatilan  - muka surat 68/69.

Dan yang peliknya buku ini ditandatangani oleh Datok Dr. Hamid bin Othman JPM

Ini sememangnya natijah yang bernas dan sebagai air ludah yang menimpa muka sendiri,  terutamanya kepada mereka yang zalim dan bersongkol bersama-sama.

Tuan-puan,

Adakah pendapat orang zalim yang mengikut hawa nafsu perlu dipercayai  ataupun sabda Nabi s.a.w? Pilih mana satu! satu jalan kesesatan dan satu lagi hidayah! Jalan pimpinan syaitan ataupun jalan yang diredai oleh ALLAH. Dalam surah Al-Na'as ada menyatakan syaitan ni datangnya dari golongan manusia dan jin.

Nak senang di dunia yang tidak kekal ataupun bahagian di akhirat yang kekal.

Tepuk dada tanya iman di hati.
 

MAKSIAT KIAN BERLELUASA

Saudara cuba lihat sekeliling anda, anda akan mendapati diri anda telah dikelilingi dengan maksiat yang berbagai rupa, dari terbitan majalah yang memaparkan artis separuh bogel, TV dengan filem barat - percampuran bebas lelaki/perempuan, kes-kes maksiat dalam Mahkamah dan pelbagai dengan maksiat melalui industri hiburan - pub, kelab malam, louge dan sebagainya.

Inilah penampilan Malaysia yang terkini, apa nak dihairankan - pemupukan anasir-anasir ini dibaja subur oleh pihak pemerintah.

Kesannya sekarang anda dapati,

1. pengakuan Islam tetapi jahil dalam hukum halal-haram dalam Islam - kes Hanif Omarr/Genting Corp.

2. pengakuan seorang bekas tokoh korporat bahawa berzina dengan tujuan murni (untuk mengahwininya) adalah dibenarkan.

3. terbitan majalah-majalah yang memaparkan/mendedahkan tubuh badan wanita - tanpa ada bantahan dan tindakan tegas.

4. kejahilan dalam Islam berkembang dengan pesatnya - ideologi 'cara nak hidup/nak cari makan dan harta/nak kepada kemewahan' diutamakan.

 5. anda akan mendapati ramai yang melawan hukum Islam, mengeji ulama, mengabaikan tuntutan ugama dan menentang golongan yang nak menegakkan Islam.

6. fitnah dan pembohongan mengelilingi kehidupan anda, berbelit-belit, yang salah diputarbelit menjadi betul dan yang benar diputar menjadi salah.

7. Pemimpin jahil bercakap dalam ugama - hukum berdasarkan akal dan nafsu

8. media cetak dan TV menjadi sumber pembohongan, siri hiburan kian bertambah

9. Artis menjadi idola, artis bangga dengan gelaran sexy, bangga dengan pendedahan aurat dan
percampuran tanpa batasan.