Hamid Albar dan Yahudi - satu ulasan

Assalamualaikum,

Membaca berita pertemuan 'tidak rasmi' antara anak Singa UMNO, Hamid Albar atas kapasitinya sebagai Menteri Luar Malaysia dengan rakan sejawatan dari negara haram Israel, David Levy di New York pada 26 hb September lalu membuatkan hati kita jadi berdegap-degup. Kita tertanya-tanya, sudah hilangkah sensitiviti negara kita ini dengan sejarah kekejaman dan kezaliman Israel terhadap saudara-saudara seislam kita di Palestine sana.

DAN, MUNGKIN KERANA SECARA KEBETULAN PERTEMUAN HAMID DAN DAVID  INI DIBUAT DALAM BULAN SEPTEMBER ,  TERUS IANYA MENGINGATKAN KITA KEPADA  NOSTALGIA LAMA KISAH PERJUANGAN KUMPULAN GERILA "THE BLACK SEPTEMBER" YANG CUKUP DIGERUNI ISRAEL SUATU KETIKA DULU!!

Untuk yang sudah lupa sejarah atau pun memang tak pernah diajar sejarah kisah saudara-saudara seislam kita di bumi Palestine berjuang untuk membebaskan tanah air mereka daripada cengkaman Yahudi, di sini saya perturunkan sedikit catatan sejarah untuk penghayatan bersama. Insyaallah saya akan cuba tulis seringkas mungkin.

Kalau kita baca Sejarah Israel versi Yahudi, kita akan diberitahu bahawa bumi Israel hari ini adalah tanah air tok nenek mereka dahulu kala; dikatakan mereka bahawa negara Israel ini sudah pun diduduki oleh Tok Nenek mereka sejak 1800 tahun sebelum kelahiran nabi Isa. Kemudian diceritakan juga bagaimana Israel dijajah bersilih ganti sehinggalah kerajaan British dan sekutu-kutunya mengisytiharkan Israel sebagai sebuah negara untuk orang2 Yahudi seluruh dunia pada tahun 1947.

Untuk pengetahuan, sejarah telah mencatatkan bahawa Jerusalem yang ketika itu berada di bawah pemerintahan kristian telah jatuh ke tangan tentera Islam di bawah pemerintahan Khalifah Umar pada tahun 638. Pada tahun 1099, Jerusalem ditawan semula oleh tentera Kristian. Seratus tahun kemudian, tentera Islam berjaya mengambil alih semula Jerusalem daripada tentera Kristian.

Selama beratus-ratus tahun lamanya selepas itu , Israel berada di bawah pemerintahan Khalifah Islam bersilih ganti sehinggalah penubuhan kedutaan British yang pertama di Jerusalem dalam pertengahan tahun 1800. Ketika itu, di ketika mana pemerintahan empayar Othmaniah sedang berada dalam keadaan nazak; seorang kenamaan British berdarah Yahudi bernama Moses Montofiore mula mencanangkan idea penubuhan negara Yahudi Israel pada tahun 1839. Selepas itu, kemasukan beramai-ramai orang2 Yahudi dari seluruh pelusuk dunia pun bermula.

Kemasukan beramai2 org2 Yahudi ini berterusan sehinggalah selepas Perang Dunia 2, di mana orang2 Islam sudah hilang sabar dengan keadaan ini. Di ketika keadaan makin meruncing, British dan sekutunya mengisytiharkan penubuhan negara Israel untuk orang Yahudi pada tahun 1947.

Selepas British berundur pada tahun 1948, peperangan pun meletus; setahun kemudian setelah genjatan senjata diisytiharkan, tentera2 Yahudi dengan bantuan sekutu baratnya telah berjaya menguasai sebahagian besar bumi Palestine.

INILAH PERMULAAN KEPADA "PERJUANGAN YG BELUM SELESAI" YANG TERUS MENERUS DIPIKUL OLEH SAUDARA-SAUDARA SEAGAMA KITA DI BUMI PALESTINE HINGGALAH KE HARI INI!!

[Kalau siapa-siapa ada kesempatan bertemu Hamid Albar, minta tolong pi habag cerita ini kat dia sat!!]

Pada tahun 1967, berlaku peperangan antara Israel dan Mesir, Jordan serta Syria yang dikenali sebagai Peperangan Enam Hari, kerana setelah enam hari berperang Israel pun menang. Bukan takat menang, tapi mereka juga berjaya menawan Bukit golan, Tebing Barat , Semenanjung Gaza dan Gurun Sinai.

Sejarah mencatatkan bahawa peperangan ini dan beberapa siri peperangan sebelum dan selepas itu  (1948, 1956, 1967, 1973) telah mengakibatkan lebih daripada 500,000 orang2 Palestine terpaksa melarikan diri ke negara2 berdekatan sebagai pelarian; menumpang teduh buat sementara dengan harapan suatu hari nanti mereka akan dapat kembali semula ke rumah masing-masing.

HARI INI, MASIH RAMAI LAGI YANG MASIH HIDUP SEBAGAI PELARIAN HINGGALAH KE SAAT INI -SAAT DI MANA HAMID ALBAR BERJABAT SALAM DENGAN DAVID LEVY DI NEGARA PAKCIK YAHUDI DI BUMI NEW YORK!!

Perjuangan untuk membebaskan bumi Palestine diteruskan dari luar terutama di Jordan yang pernah menjadi pangkalan PLO suatu ketika dulu.

Di penghujung tahun 1960an, penculikan kapalterbang oleh gerila-gerila Palestine seakan sudah menjadi berita biasa. Bagi mereka, itu adalah satu cara untuk menarik perhatian masyarakat dunia terhadap perjuangan mereka.

Kemuncaknya ialah penculikan beberapa buah kapal terbang milik Amerika, British dan Switzerland secara serentak pada bulan September 1970; dibawa ke sebuah kawasan gurun di Jordan untuk diletupkan. Tragedi ini menyebabkan berlaku pertelingkahan antara kerajaan Jordan dan pejuang2 Palestine. Akibatnya berlaku pertempuran antara askar2 Jordan di bawah arahan Al-Malik Hussein dan tentera2 PLO. Kerana tiada pilihan, orang2 Palestine terpaksa membawa diri sebagai pelarian ke bumi Labenon. Dalam pertempuran itu, dianggarkan 5000 orang telah terkorban.

Selepas kejadian ini, lahirlah satu kumpulan gerila Palestine yang paling digeruni, diberi nama  "The Black September". Kalau anda masih ingat sejarah, pada tahun 1972, kumpulan ini telah menggempur kampung Sukan Olimpik di Munich, Jerman dan menawan 11 ahli sukan Yahudi. Apa yang mereka minta sebagai pertukaran dengan tebusan berkenaan ialah pembebasan rakan-rakan mereka di penjara Yahudi. Dalam operasi menyelamatkan tebusan itu, berlaku pertempuran menyebabkan semua 11 orang Yahudi itu terbunuh.

RASANYA KALAULAH  KUMPULAN "THE BLACK SEPTEMBER" INI MASIH WUJUD,  SAHIH SYED HAMID INI DAH KENA PENAMPAR SEBAB DOK GATAL TANGAN NAK PI BUAT KAWAN DENGAN PUAK-PUAK YAHUDI INI!!

Selepas diusir dari Jordan, masyarakat Palestine berundur ke Lebanon; dan di situ mereka meneruskan perjuangan bersenjata mereka untuk mengusir Israel dan seterusnya mendapatkan kembali tanah air mereka drpd genggaman Yahudi. Beberapa siri serangan dilancarkan dari semasa ke semasa ke Wilayah Utara Israel; di samping pertempuran2 biasa dengan militia2 pro-Israel di negara Lebanon.

Pertempuran2 biasa dengan puak2 pro-Israel ini akhirnya bertukar menjadi Perang Saudara yang sengit di Lebanon pada tahun 1975. Walaupun sibuk dengan Perang Saudara ini, pejuang2 Palestine masih sempat menyerang beberapa kedudukan Yahudi di utara Israel dan lain2 kepentingan Israel di seluruh dunia. Hasilnya, pada tahun 1978, Israel menyerang dan seterusnya menawan wilayah selatan Lebanon.

Pun begitu, ini tidak melemahkan semangat pejuang Palestine untuk terus berjuang; mereka terus mengasak kedudukan Israel di wilayah utaranya menggunakan Lebanon sebagai pangkalan. Hasilnya, Israel melancarkan operasi "Peace in the Galilee" pada bulan June 1982.

Operasi besar-besaran Israel ini melibatkan ketumbukan 76,000 tentera, 1,250 kereta kebal, 1,500 troop carrie beserta sokongan padu tentera laut dan tentera udara. Mereka melancarkan serangan bertubi-tubi ke arah kedudukan Palestine di Lebanon. Setelah 40 hari bertahan, pejuang2 Palestine terpaksa berundur dari Beirut. Seramai lebih kurang 3,600 pejuang Palestine terpaksa berundur buat seketika, meninggalkan anak2 dan isteri2 mereka di khemah2 pelarian, dengan penuh kepercayaan bahawa Barat dan Masyarakat Antarabangsa akan menjaga dan menyelamatkan anak2 dan isteri2 mereka drpd diganggu gugat oleh tentera Yahudi.

MALANGNYA, SEBAIK-BAIK SAHAJA PASUKAN PERTAHANAN ISRAEL MEMASUKI BEIRUT, PEMBUNUHAN BESAR-BESARAN DI KHEMAH PELARIAN SABRA DAN SHATILLA PUN BERMULA!!

Dianggarkan lebih daripada 25,500 orang2 Palestine dan Lebanon telah terkorban atau mengalami luka parah akibat kekejaman tentera Yahudi dalam tempoh lebih kurang sebulan (4 hb Julai 1982 hingga 15 hb Ogos 1982). Rujuk "Third World Quaterly" Volume 6 issue 4 October 1984 page 934-949.

40% daripada mangsa kekejaman Yahudi ini ialah kanak-kanak; dan termasuk dalam senarai ini ialah seorang mangsa yang diabadikan kenangannya dalam sebuah lagu ciptaan Zubir Ali (?) yang saya tak pasti tajuknya, tapi korusnya masih saya ingat hingga hari ini:

"MUNIR DITEMBAK PEEENUH LUKA, TAPI AJALNYA BELUM TIBA....."

[Begitu mendayu-dayu lagu tersebut, benar-benar menyentuh rasa.]

Akhir kalam, kekejaman tanpa batas puak Yahudi terhadap saudara-saudara seislam kita di Palestine  sana tidak mengenal wanita tua atau anak kecil; mereka bagaikan sudah naik gila bermain dengan darah orang Islam. Kerana itu, sesiapa sahaja yang sanggup bersalam dengan mereka, tak kira Hamid Albar atau Hamid Othman, maka secara otomatik darah 25,500 insan malang di khemah pelarian itu turut terpalit ke tangan mereka-mereka yang berkenaan.

Kerana itu, kita ingin tulis dengan penuh ikhlas di sini, kalau pun kita tak mampu nak pergi Palestine untuk turun berjuang bersama mereka, doakanlah kejayaan mereka dari jauh; janganlah kita nak menambahkan lagi luka di hati mereka dengan menghulur tangan berjabat dengan Yahudi, musuh utama mereka dan musuh utama kita hingga ke akhir zaman.

DAN, KALAU PUN KITA RASA BERSALAH SEBAB DOK PI TUDUH SOROS DAN YAHUDI SEBAGAI PUNCA KEJATUHAN MATAWANG NEGARA, TALIPON AJELAH MINTA MAAF; JANGANLAH DOK PI BERJABAT SALAM TERANG-TERANGAN SAMPAI SATU DUNIA NAMPAK!!

Malu wei, nanti sebab Mahathir punya hal, tak pasal pasal kita kena luku kepala dengan Pak Arab bila pi ambik haji nanti.....

Wassalam,
Ahmad Baharudin Kasbi