Badut-Badut UMNO Baru Di Parlimen
 
Ketika Mahafiraun membentangkan Belanjawan 1999 pada tahun lepas di Dewan Rakyat, para Ahli Parlimen (MP) UMNO Baru dari Barisan Najis telah menunjukkan kebiadapan mereka terutama si Badruddin Amiruldin, MP Yan yang  mempersendakan Karpal Singh, MP Jelutong dari DAP sebagai Benggali Murtad. Belumpun lenyap peristiwa tersebut di minda, kini sekali lagi rakyat Malaysia dikejutkan dengan kebiadapan para haman Mahafiraun di Dewan Rakyat.  Kebiadapan si Jamaluddin Jarjis MP Rompin, si Noh Omar MP Tanjung Karang dan Otman Abdul MP Pendang menganggu ucapan Ustaz Hadi Awang, MP Marang dari PAS  dalam Sessi Perbahasan Belanjawan 2000 di Dewan Rakyat terutama ketika Ustaz Hadi membacakan ayat-ayat suci Al-Quran merupakan suatu tindakan keterlaluan dan memberikan imej buruk kepada umat Islam di Malaysia. Di manakah maruah dan harga diri MP-MP UMNO Baru yang KUNUNnya berbangsa MELAYU dan mengaku beragama ISLAM? Nampak gayanya si Hamid Othman dan ulama-ulama yang sewaktu dengannya dalam UMNO Baru tu kenalah berikan Kursus Penerapan Nilai-Nilai Islam khusus untuk badut-badut berkenaan!

Sebenarnya gejala kerendahan moral dan kebiadapan MP-MP UMNO Baru di Dewan Rakyat bukanlah suatu perkara yang baru tetapi ia telah menjadi suatu budaya di bawah Rejim Mahafiraun. Majoriti daripada MP-MP Mahafiraun ini hanyalah ibarat 'Tong Kosong' dan berlagak bagai 'Ayam Jantan' di Dewan Rakyat, sibuk berkokok tetapi ekor bergelumang dengan taik. Apabila pihak pembangkang membahaskan sesuatu isu, masing-masing berebut-rebut bangun berlagak bodoh sombong menganggu ucapan pembangkang, sementara haman-haman lain yang kununnya memberi sokongan moral membuat bising dengan menepuk-nepuk meja,  menyorak dan mengejek pihak pembangkang dengan lagak kebudak-budakan. Dewan Rakyat yang dikatakan Dewan Yang Mulia menjadi seperti pasar, riuh-rendah dengan pekikan penjual sayur dan ikan. Fenomena ini menimbulkan tanda-tanya iaitu adakah lagi 'kerelevanan'nya tindakan hormat dengan menundukkan kepala kepada Yang Di Pertua ketika masuk dan keluar Dewan sebagai menjaga kemuliaan Dewan berkenaan?

Adalah amat jelas sekali dari segi kredibiliti dan tahap keintelektualan, MP-MP Barisan Najis ini berbanding dengan MP-MP Pembangkang dari PAS dan DAP ibarat langit dengan bumi. Dalam sesuatu sessi perbahasan, kualiti point-point yang dikemukakan oleh MP-MP Barisan Najis ini adalah amat lemah dan memalukan, usahkan hendak menandingi kehebatan mahasiswa/i di Dewan

Kuliah, malah tahap penghujahan pelajar-pelajar di Menengah Atas kadangkala lebih baik daripada mereka. Untuk kelulusan sesuatu Rang Undang-Undang pula, masing-masing ibarat 'Burung Kakak Tua', hanya tahu mengangguk tanpa mengemukakan sebarang idea yang bernas. Berbanding Ustaz Hashim Jasin, MP Arau contohnya yang dengan bersahaja mampu menepis dan memberikan bidasan tepat ke atas semua tohmahan terhadap PAS yang disasarkan bertalu-talu kepadanya, MP-MP Barisan Najis seperti si Badruddin Amiruldin MP Yan, dari segi meritnya jangankan hendak menjadi Menteri Besar Kedah seperti yang diheboh-hebohkan, menjadi Ketua Kampung Seri Perigi sekalipun tidak layak baginya.

Sesungguhnya amat malang dan memalukan bagi rakyat dan sistem demokrasi di Malaysia apabila Dewan Rakyat dipenuhi dengan MP-MP Barisan Najis yang dungu dan tidak beretika. Oleh itu adalah wajar dan perlu perubahan dilakukan dalam PILIHANRAYA yang akan datang. Pastikan Dewan Rakyat ini kelak dianggotai oleh MP-MP dari BARISAN ALTERNATIF yang lebih tinggi AKAL-BUDInya demi untuk KEADILAN dan KESEJAHTERAAN sejagat.

shortgun50