keZALIMan  UMNO  (SIRI 1)

- cetak - sebar secara ADIL - PAS kepada semua -

1. UMNO meletakkan ahli-ahli mereka yang jahil tentang agama dan mungkar sebagai AJK-AJK masjid. Ini supaya mereka dapat memperalatkan masjid dan agama demi kepentingan parti dan kuasa pemimpin mereka. Terdapat sesetengah AJK Masjid dari ahli UMNO yang terlibat di dalam perkara maksiat seperti berjudi.

2. Untuk menjayakan Sukan Komanwel 1998, SUKOM '98 yang dipengerusikan oleh IPAR Dr. Mahathir iaitu, Jeneral (B) Hashim Ali telah bersubahat dengan perkara maksiat iaitu ARAK. Beliau telah berkompromi dengan arak CARLSBERG apabila bersetuju menerima bantuan sebanyak RM 5,000,000 untuk menjayakan Sukan tersebut. Sebagai balasannya, iklan arak CARLSBERG telah dipamer dan bergerak bebas di badan-badan bas dan teksi di negara kita.

3. Mufti Kerajaan Negeri Selangor, Haji Mohd Tamyes Bin Abdul Wahid telah dilarang daripada memberikan pengajian berbentuk kuliah di semua masjid dan surau di negeri Selangor. Berbeza pula dengan layanan kepada pembuat maksiat dan kemungkaran. Konsert-konsert hiburan dan maksiat boleh diadakan tanpa ada apa-apa gangguan. Inilah sikap kerajaan UMNO yang memerintah Selangor. Islam dikunci, maksiat diberi kebebasan.

4. Pada 19 November 1985, Umat Islam di Memali, Kedah telah dibunuh tanpa belas kasihan oleh kerajaan UMNO yang memerintah negara kita. Dr Mahathir yang merupakan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu hinggalah sekarang langsung tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada mangsa dan waris mereka yang terbunuh di dalam kejadian zalim tersebut. Di dalam kejadian zalim tersebut, seramai 14 penduduk Memali yang tidak berdosa telah dibunuh. Manakala polis pula mengalami empat kematian. Menurut saksi, seramai 3,600 orang polis termasuk FRU, UTK dan  UKK telah terlibat di dalam operasi menzalimi orang kampung yang tidak berdosa.

5. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Abdul Hamid Othman telah menyangkal dakwaan bahawa kerajaan UMNO tidak berminat untuk melaksanakan hukum hudud. Malangnya, apabila kerajaan PAS Kelantan mengusulkan draf hukum hudud kepada kerajaan pusat untuk dipersetujui, Dr Mahathir telah memberi amaran dan ugutan akan mengambil tindakan jika hukum hudud tersebut dilaksanakan

6. Pada tahun 1990, Dr Mahathir telah memberi undi sokongan kepada Resolusi 786 PBB yang membolehkan IRAQ diserang dan dimusnahkan oleh Amerika Syarikat dan 31 pasukan tentera dari negara lain.

7. Pada Awal Ramadhan 1999, negara IRAQ telah diserang oleh Amerika Syarikat. Dr Mahathir telah menunjukkan sikap hipokrit dan munafiknya apabila bermuka-muka dengan mengutuk serangan Amerika Syarikat tersebut. Dr Mahathir cuba menipu rakyat Malaysia dengan cuba melindungi akan keputusannya yang bersubahat dan menyokong melalui pemberian undi (Resolusi 786) kepada Amerika Syarikat untuk menyerang IRAQ pada tahun 1991 dahulu.

8. Nor Aisyah Bokhari yang dikristiankan (MURTAD) terus tidak dijumpai, angkara kegagalan kerajaan UMNO menangani isu dan akta murtad. Tidak ada apa-apa tindakan  sewajarnya diambil oleh kerajaan UMNO untuk menyelamatkan Nor Aisyah daripada terus berada di dalam kesesatan.

9. Ulama terkenal, Professor Dato' Dr Harun Din telah dipecat daripada menjadi anggota Majlis Penasihat Lembaga Tabung Haji setelah beliau menegur dan menasihati Menteri Besar Perlis, Shahidan Kassim, yang telah melakukan kesalahan didalam ibadat Haji.

10. Jabatan Agama Islam negeri JOHOR telah menjadikan ISLAM sebagai alat untuk mereka mengukuhkan pengaruh UMNO. Di dalam pekeliling mereka (14/98) yang ditandatangani oleh Pengarah Jabatan Agama Johor, mereka telah mengarahkan supaya semua masjid dan surau mestilah menjadikan Ketua UMNO Bahagian sebagai AJK mereka.

11. Dr Mahathir telah menghina umat Islam di negara ini apabila mengatakan bahawa dia akan melantik Timbalan Perdana Menteri baru iaitu pengganti kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dizaliminya daripada golongan orang yang tidak warak.

12. Semua rakyat Malaysia yang mempunyai TV diwajibkan membayar lesen TV sebayak RM 24 setahun. Tetapi malangnya hanya UMNO dan BN sahaja yang dibenarkan menggunakan kemudahan dan masa siaran TV RTM sesuka hati mereka. Ini dikukuhkan lagi dengan kenyataan Menteri Penerangan Khalil Yaakob yang mengatakan hanya parti UMNO dan BN sahaja yang boleh menggunakan kemudahan media milik RTM. Parti alternatif dilarang sama sekali dibenarkan menggguna kemudahan RTM.

13. Untuk menjadikan kroni mereka kaya, kerajaan UMNO melalui Kementerian Pendidikan telah menswasta dan menfrancaiskan pendidikan tinggi di negara kita. Akibatnya yuran pengajian yang dikenakan telah mencecah ke angka RM 10,000 setahun. Malangnya juga terdapat kolej-kolej swasta dan francais yang terlalu daif dan kurang kelengkapannya.

14. Akibat daripada kelemahan dan kebebalan dalam mengendalikan sistem baru, iaitu UPU Infoline, proses kemasukan pelajar ke Institut Pengajian Tinggi Awam telah menjadi bercelaru dan caca marba. Terdapat pelajar yang mendapat Gred 1 di dalam SPM telah ditolak permohanan mereka. Sementara pelajar yang mendapat Gred 3 pula telah diterima dan ditawarkan tempat di IPT.

15. Dr Mahathir sering mengaitkan isu penjajahan apabila membicarakan soal reformasi. Apabila negara kita dilanda masalah kegawatan ekonomi, Dr Mahathir telah melantik syarikat Yahudi iaitu Solomon, Smith and Barney yang berpengkalan di New York, Amerika Syarikat senagai penasihat ekonomi negara kita. Syarikat ini jugalah yang telah menjadi spekulator asing yang telah menyerang mata wang Hong Kong sebelum ini. Tiada tempoh masa telah ditetapkan kepada syarikat Yahudi tersebut. Syarikat Yahudi itu dilantik menjadi penasihat eknomi negara sehinggalah masalah ekonomi negara selesai. Ini bermaksud negara kita sekarang berada di bawah arahan dan nasihat Yahudi di dalam urusan ekonomi negara.

16. GERAK yang ditubuhkan untuk mengembalikan semula keadilan negara telah mendapat kelulusan daripada Perbadanan Stadium Merdeka untuk menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil pada 17 Oktober 1998 sempena "Perhimpunan Perdana Rakyat" (Perhimpunan setengah juta rakyat). Bayaran pendahuluan tempahan sebanyak RM 4,500 juga telah dibuat. Tiba-tiba pihak stadium telah  membatalkan tempahan tersebut atas alasan Stadium Nasional Bukit Jalil hendak dibaiki. Dipercayai, pembatalan tempahan tersebut didalangi oleh kerajaan UMNO. Mustahil Stadium Nasional Bukit Jalil yang baru sekali sahaja digunakan semasa SUKOM '98 telah mengalami kerosakan. Adakah bahan binaan stadium tersebut tidak berkualiti sepertimana kes yang berlaku kepada Pusat Latihan Rekrut (PULAREK) Tentera Malaysia.

17. Semasa negara dilanda kegawatan ekonomi, kerajaan UMNO telah menasihati rakat Malaysia supaya tidak membazir dan berjimat cermat. Malahan juga kerajaan UMNO telah menubuhkan Dana Khas Negara untuk rakyat Malaysia memberi derma dan sumbangan kepada kerajaan dalam usaha konon-kononnya untuk memulihkan semula ekonomi negara. Malangnya, Datuk Seri Samy Vellu telah membelanjakan sebanyak RM 1,000,000 hanya semata-mata untuk urusan perkahwinan anaknya yang bernama S. Vellu Paari dengan pasangannya Shaila Nair di sebuah hotel terkemuka.

18. Di masa rakyat Malaysia sedang mengalami masalah kemiskinan dan kegawatan ekonomi, Dr Mahathir telah membelanjakan wang rakyat sebanyak RM 200,000,000 untuk sebuah jet peribadi tercanggih yang hanya akan digunakan oleh beliau seorang sahaja. Rekabentuk dalaman jet peribadi tersebut telah dibuat mengikut citarasa Dr Mahathir sendiri.

( AWANG LEPUK )