MAHATHIR AKAN WAKAFKAN MAHLIGAI PUTRAJAYA ?

Dua hari lepas kita di kejutkan dengan pengumuman Hamid Othman bahawa mahligai bosnya akan dibuka untuk orang ramai. Wah! Ini sesuatu yang pelik memandangkan selama ini Mahathir begitu bersungguh-sungguh hendak menyorokkan mahligainya dari di tatap dan dinilai oleh rakyat.

Jangan terkejut saudara-saudari sekelian. Menurut sumber saya, Mahathir benarkan mahligainya dikunjungi oleh orang ramai adalah atas sebab-sebab yang tertentu.

Khabarnya, beberapa kejadian aneh berlaku di mahligai tersebut sampai Mahathir tidak berani hendak masuk berpindah. Akibatnya, buat masa ini 'terbuanglah' Mahathir di The Mines.

Nampak gaya, kalau hantu-hantu dan jin-jin itu tidak terhalau dek orang ramai yang datang berkunjung, terpaksalah Mahathir wakafkan mahligainya kepada rakyat, buat Pusat Islam ke, Unversiti Putrajaya ke… dapat juga saham buat modal pilihanraya.

Walauapapun, rakyat sekarang akan dapat menilai sendiri siapakah yang selama ini bercakap bohong tentang kos pembinaan mahligai PM itu; Anwar kata kosnya RM200 juta. Mahathir pula cakap ongkosnya cuma RM17.5 juta Jadi, tengok-tengoklah sendiri.

Untuk memudahkan pakcik-pakcik, makcik-makcik, abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik sekelian membuat penilaian, harga sebuah bangunan ceno'et 4 tingkat dan tanah tapaknya seluas 4 ekar di Lembah Klang ialah sekitar RM20 juta. Jadi kiralah sendiri mahligai Mahathir ada berapa tingkat dan tanah tapaknya berapa luas.

Selamat mengira !
 

Balaci