Pengarah Pendidikan Kedah Kempen untuk BN


Tadi 19 Oktober 1999. Bertempat di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Kedah, Haji Hassan Hashim Pengarah Pendidikan Kedah dengan penuh keyakinan menyarankan agar semua para guru mengekalkan pemerintah yang ada.iaitu BN.  Hujah beliau seperti juga hujah JKK kampong yang tak bersekolah.

1. Negara kita dah aman kenapa perlu tukar pemerintah.
2. Reformasi menjanjikan kehancuran seperti di Russia
3. Reformasi menjanjikan penjajahan kuasa luar seperti di Timur-Timur
4. Projek mewah PM untuk jangka panjang.
5. Jangan jadi macam kucing yang gigit tuan yang beri makan.

Tapi semua yang hadir terdiri pengetua dan penolong kanan tersenyum diakhir ucapannya .Senyum sokong atau senyum perli. Ya lah… dia bimbang kalau altenatif menang dia tak jadi pengarah lagi dan yang lagi dia takut guru-guru yang 15 orang ditukarkan atas sebab politik akan ambil tindakan terhadap beliau.

Pengarah JPN nie minta semua bertindak dengan BIJAKSANA… tapi beliau sendiri BODOHSINI  (rasanya inilah bahasa yang paling sesuai- minta DBP luluskan)

Hujah 1- negara aman

1. Aman kah kita bila kita biarkan mahkamah disalahgunakan ?
2. Aman kah kita bila lokap polis Bukit AMAN sendiri jadi tempat untuk bunuh orang ?.
3. Aman kah kita bila lihat wang negara hanya dikeliling anak dan kroni mahazir ?
4. Amankah kita PM sendiri hina ulamak , hina nabi, hina hukum hudud , hina alquran ?
5. Amankah kita para pemimpin bebas tabur fitnah sanasini, siang malam ?
6. Aman kah kita bila media kroni bebas mencerca mereka yang tidak sehaluan?
7. Amankah kita pembunuh mustakizah bermegah dimajlis rasmi kerajaan?
8. Amankah kita ulamak dan pengikutnya dibunuh di Memali sehingga kini ditutup pembelaannya?
(seperti burung dalam sangkar diberi makan tapi hak kebebasan anda dinafikan)

Hujah 2 – Reformasi menjanjikan kehancuran

1. Pertukaran kerajaan di Kelantan tidak hancurpun. Pertukaran kerajaan di Iran tidak hancurpun. Malah bila ulamak yang diberi amanah mereka lebih takut kepada Allah. Bukan ulamak macam Hamid Osman, Yusuf Noor, Wan Mokhtar dan mereka yang masih bersama shit @ PM.
2. Kelantan bila dibuat perubahan kerajaan. Kebajikan rakyat diutamakan Cuti 60 hari kepada kakitangan bersalin. Sistem pajak gadai islam, pengharaman permis judi.tapi media kroni menyembunyikan. Lalu yang tidak ,mendapat maklumat tidak menerima hidayah.
3. Mereka yang bersama-sama reformasi adalah golongan bijakpandai. Perhatikanlah suasana sekarang lihat dengan BIJAKSANA. Siapakah yang bersama kumpulan reformasi ?
4. Bila kita buat reformasi yakinlah rakyat akan selamat. Negara akan lebih makmur. Pelbagai cukai akan dikaji untuk dikurangkan. Kebajikan rakyat diutamakan.
5. Yang akan hancur ialah Menteri Pendidikan dan kroni mereka

Hujah 3 – penjajahan semula  tunggu jawaban dalam laman terbaru DPPNK selepas members.xoom.com/JomTolakBN. Tunggu pelancarannya dengan persembahan yang lebih menarik.

Hujah 4 – Projek mewah untuk jangka pangjang.

1. Orang miskin dikampong tak hidup panjangkah ? rumahpun terok kenap tidak diberi perhatian utama.
2. Siapa yang untung dari projek itu ? . Pulangan kepada negara bagaimana ? Untuk para guru apa yang dapat ?
3. Hari-hari terpapar berita rakyat yang menadah tangan minta derma untuk perubatan  tersiar dalam akhbar. Apakah mereka ini tak mahu hidup panjang ?
4. Apakah menteri besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz tak mahu hidup panjangkah lalu beliau hanya duduk dirumah papan yang lama.  Tidak perlu 200juta bina mahligai.
5. Masih banyak kawasan dipendalaman yang tidak ada kemudahan pengangkutan untuk kebandar. Apakah orang kampong tak mahu berjalan panjang ?

Hujah 5- Jangan gigit tangan tuan yang bagi makan.

1. Kami bukan kucing, Kalau Pengarah JPN merasakan beliau kucing itu mungkin betul. Sebab beliau pengecut, takut untuk mempertahankan kebenaran .
2. Gaji PM@ shit pun ambil dari dana rakyat. Cukai kita semua , khazanah negara bukan dari poket PM @ Shit .  Siapa bagi makan siapa ?
3. Yang utama jangan engkar arahan Allah yang bagi rezeki kepada kita. Pesan Dato’ Ishak baharom bekas mufti yang dizalimi oleh kerajaan BN ketika ceramah semalam di Alor Setar, yang mulia membacakan ayat surah hud 113. Jangan bersama kerajaan zalim nanti disambar oleh api neraka.

Dan janganlah kamu cenderung kepada  orang-orang yang zalim ( mengauli dan meredhai perbuatan mereka)
yang menyebabkan kamu disentuh api neraka,      Surah Hud ayat 113.

Nak ikut pesan ulamak yang patuh kepada Allah atau Pengarah JPN yang ‘ katanya’ ikut arahan KPP KPM yang ikut arahan menteri pendidikan yang ikut PM @shit

KALAU PENGARAH PUN KEMPEN UNTUK BN….
AYUH KITA PASTIKAN BN TUMBANG….. JOM TOLAK BN

Moga Allah memberikan keBIJAKSANAan Nya kepada kita dengan bersama-sama para ulamak pewaris Nabi Nya.
 

Cikgu Kedah