UMNO SUDAH TERLALU TAKUT DAN GERUN

Olih Ustaz Haji Suffian Mansor al Hafiz
 
Bercakap seorang vetren politik disebuah kampung, "UMNO sudah terlalu TAKUT dan GERUN". Maka bertanya pula rakannya, "Kenapa dan bagaimana?"

Maka menjawab seorang yang saban hari berbicara menyemak sepak terajang UMNO/BN, "Ya, UMNO terlalu TAKUT dan GERUN dengan kesan-akibah ceramah-ceramah penerangan yang dilaksanakan oleh komponent Barisan Alternatif".

Seterusnya, maka terhurai dan terungkailah beberapa fakta yang selama ini disembunyikan UMNO, Mahathir dan Perhimpunan UMNO diPWTC.

Hematnya, walaupun ceramah-ceramah PAS, ADIL PRM dan komponen Barisan Alternatif tersebut tidak lebih dari majlis- majlis berbentuk "Pemimpin Bersama Rakyat" semata-mata, bertujuan untuk memberi penerangan secara terbuka mengenai sesuatu yang BENAR; namun ceramah-ceramah seperti itu telah ratusan kali dicegah tidak diberi permit oleh polis. Ini adalah arahan Kerajaan Mahathir. Kini kerajaan Mahathir itu juga menegah "Sembahyang Berjamaah" pula. Bukan setakat menyerang
ceramah-ceramah itu sebagai propaganda kosong, ketakutan mereka lebih ketara bila rakyat mengadu kepada Allah SWT. Apakah tidak cukup kerajaan UMNO menggunakan TV, akhbar pro Kerajaan berpropaganda "kosong" malah hingga sanggup pula BERBOHONG?

Ceramah-ceramah memang sentiasa mendapat sambutan hangat oleh ratusan ribu rakyat diserata pelusuk tanahair. Melaluinya, Rakyat dapat faham dan maklum kini sejauh manakah mereka telah ditipu dan dibohongi oleh pemimpin yang menerajui Kerajaan Mahathir yang kian DIKTATOR. Melalui penerangan terbuka begitu, Rakyat tahu bagaimana KEADILAN kini terhakis akan terhapus, ekonomi negara sedang dirompak oleh kroni-kroni Mahathir dan bagaimnana para menteri dan wakil-wakil mereka yang sekongkol mewujudkan KONSPIRASI mengenyangkan tembolok masing-masing. Segala-gala itu dilakukan atas nama Pembangunan, Kemajuan, tanah rakyat dirampas dan dinilai rendah, wang Tabungan rakyatbdipergunakan kununnya untuk membiayai belanja pembangunan menuju 'alaf baru dengan Wawasan 2020. Segala-galanya diputarbelitkan dengan perkataan-perkataan yang ganjil-ganjil.

Untuk itu, kununnya pelbagai rancangan disediakan, pelbagai pindaan dilakukan kepada sistem di negara ini. PENGKOPORATAN dijadikan asas pentadbiran kerajaan Mahathir. Tetapi akhirnya saham-saham terbitan diageh-agehkan kepada para menteri-menteri dan sesama kroni. Kemudian mereka menjual semula dengan untung berbilion-bilion ringgit. Sementara itu TNB dan Talikom sudah tukar milik. Maka ditempatkan orang-orang lantikan kuncu-kuncu dan suku-sakat Mahathir dan anak-beranak. Rafidah Aziz bermewaha-mewah melanggar peraturan dan dasar Kementerian nya dengan membahagi-bahagikan saham berharga 'at par' kepada menantunhya secara RASUAH, dan difaraitkan lah sesama sendiri sebagai kaedah mengaut untung berpuluh juta.

PENDIDIKAN diswastakan. Berakhirlah dengan puluhan kroni-kroni Mahathir dan Daim diberi lesen franchais dengan kelulusan beroperasi mengikut yuran yang berlipat ganda. Rakyat dipaksa berhutang berpuluh-puluh ribu membiayai. Sementara itu, anak-anak para wakil-wakil rakyat dam kroni bisnis puak UMNO dan BN mengaut keuntungan tanpa mempedulikan kualiti pendidikan rakyat yang dahagakan ilmu. Tiap-tiap tahun, puluhan ribu anak-anak rakyat tersadai dinafikan hak melanjutkan pelajaran ke pringkat Universiti. Tapi Najib Tun Razak sanggup melacurkan Dasar Pendidikan amanah arwah ayahnya yangb pernah menjadi Menteri Pelajaran sewaktu Najib masih bayi lagi. Sedangkan hutang masing-masing rakyat yang tertindas kian bertambah, malangnya surat ugutan saman hutang dari jabatan berkenaan telah berkali-kali datang.

Kesedaran Politik Rakyat

Senario inilah yang amat menyedihkan rakyat hingga sanggup berbondong-bondong mendengar ceramah para penceramah Barisan Alternatif. Mereka menderma dengan ikhas sebagai tanda terima kasih dan dukungan. Itu lah cara mereka merestui wujudnya kesedaran politik dikalangan pemimpin Barisan Alternatif.

Sehubungan dengan itu, Mahathir dengan segala kuasa yang dianugerahkan oleh 2000 wakil UMNO yang sanggup mem'Vito' pandangan dan rungut 2 juta (kununya) penyokong UMNO (jumlah ini sudah diragukan kebelakangan ini), berkali-kali mendabek dada bahawa dia punya 'prerogatif' berbuat apa saja semahu hati. Sekali lagi, rakyat dan 2000 wakil UMNO menipu 2 juta penyokong UMNO. Tapi Mahathir, UMNO/BN tidak sedari bahawa 20 juta rakyat sudah tahu kini siapakah "belukang" dan "talibarut dan barua" ditengah-tengah masyarakat mereka yang berusaha keras menyempitkan hidup dan
menggelapkan masa depan rakyat.

Apabila rakyat dihidang maklumat dari sebaran awam (maklumat dan perbicangan di TV, akhabr, road-show UMNO - kununnya atas kebaikan dan keprihatinan BN); maka segala "pekong membusuk" ini tidak pernah dibuka. Apa yang sebenarnya berlaku ialah: kerana rakyat diugut dan akan dizalimi sekiranya membantah; maka rakyat dipaksa membebani tanggungan hutang beratus-ratus billion (bakal dibayar oleh generasi akan datang). Hak asasi mereka bersuara terhapus. Sebarang demo dianggap haram dan wajar anak-anak rakyat yang berilmu ditendang terajang, dipukul tak ubah seperti haiwan.

Apakah ini yang dikatakan sebuah Kerajaan berhemah yang bertoleransi dan demokaratik? Malah makin ternyata dengan jelas bahawa Kerajaan ini sedang menjahi diri dari rakyat. Mereka terbayang bagaimana pertempuran Medan Tienanmen di China sewaktu pemuda Cina membantah kekejaman Jiang Ziamen. UMNO/BN telah engkar dengan janji.

Maruah Dijual Murah

Rais Yatim, Tengku Razaleigh Hamzah dan kuncu Parti Semangat 46 yang telah terkubur (mereka itu lah yang mengkuburkan sendiri atas hasrat inginkanan kedudukan dan kekayaan) semudah itu telah berpaling tadah dan sanggup mengkhianati prinsip politik, prinsip diri, prinsip kenegaraan, dan membunuh prinsip-prinsip Keadilan rakayat - kini bersama UMNO, dengan memusnah prinsip menegakkan demokarasi yang kununnya menjadi prinsip perjuangan. Mereka kini menjilat ludah!!
Alangkah kotor lidah mereka!!

Hari ini terdengar Rais Yatim, Tengku Razaleigh Hamzah dan kuncu Parti Semangat 46 terlalak-lalak kesana sini menjadi "perkakas" oleh Mahathir dan UMNO. Mereka sanggup hilang maruah, terjual diri begitu murah dan hina dengan mengatakan Barisan Alternatif gabungan Pembangkang (yang sudah nekat bersatu padu), sebagai pengamal politk "Bermusaim".

Disinilah mereka kesasaran, dungu lagi bebal, bodoh sombong tak boleh diajar lagi. Sahlah mereka salah baca petanda jelas bahawa "Rakyat sudah Menolak Kerajaan UMNO/BN - Barisan Nasional". Malangnya "Tuan" mereka: Dr. Mahathir, yang sudah sewel tidak akan memberi "belukang-belukang politik Katak" ganjaran apa-apa. Kerana atas sokongan mereka membabi buta sekali gus meiningkatkan kebongkakan Mahathir hingga menyebabkan Mahathir menganggap mereka itu "Kaldai
Politk" yang sedang dihanyutkan oleh Mahathir. Jika itu yang maklumkan kepada rakyat yang sudah 'celik politik', PASTI Rais Yatim, Tengku Razaleigh Hamzah dan kuncu Parti Semangat 46 akan nasib malang sekali lagi. Tapi kali Rakyat sendir akan menghumbankan mereka disudut ceruk politik tanahair sebagai "non-performer".

Apakan daya, mereka itu tidak sehebat DS Anwar Ibrahim yang sanggup berjuang kerana yakin diri. Andai nya mereka melawan 'taukeh', akan senasib pula dengan DS Anwar - dituduh dengan yang bukan. Apatahlagi mreka adalah diantara orang-orang pernah mengamal RASUAH secara terang-terang semasa dalam kerajaan dulu.

Yang jelas, mereka yang sepatut dan selayaknya menasihat Mahathir dengan kata-kata dan prinsip yang betul dan benar akan dibalas dengan "dendam-kesumat". Mahathir memang sedia sanggup membongkar kes-kes Korapsi dan salah guna wang rakyat sewaktu mereka dalam kerajaan dulu. Misalnya, Rais Yatim memang pernah terlibat dengan kes rasuah penjualan tanah kerajaan semasa jadi MB Negeri  Sembilan. Ku Li pernah terlibat secara ketara dalam kes penyelewengan melibatkan kerugian wang BMF tidak kurang dari RM2.0 billion bersama-sama kroninya Rais dan Esme Lorraine di Hong Kong.
Selaku Menteri Kewangan. fail-fail mereka masih dibuka dan "blackmail" Mahathir masih sah diperlakukan (jika dia mau).

Janganlah disebut lagi berapa jumlah wang para menteri UMNO yang rata-rata tersimpan dalam dan luar negeri. Ini semua hanya diketahui umum melalui pembongkaran maklumat di ceramah. Maklumat di internet yang TIDAK pernah disangkal oleh mereka yang berdosa kepada rakyat itu menunjukkan bahawa perkara itu adalah benar!!

Mahathir laki-bini dan anak-beranak memiliki wang berbillion tersimpan di bank YAHUDI di Republik Singapura. Ini tidak pernah dinafikan mereka. Jika Siti Hasmah dan adik kandungnya si General bersara itu memiliki ratusan juta wang di Bank Yahudi di Republik Singapura; apakah sumber pendapatan kedua-dua mereka yang memberi justifikasi mereka sedemikian kaya? Namun maklumat di TV dan akhabar milik UMNO tidak pernah menyentuh hal itu. Jauh sekali jadi bahan suluhan yang dibincangkan di Perhimpunan UMNO. Sebalik Zaid Hamidi diugut mentohmah DS Anwar dengan fitnah yang tulis oleh perancang fitnah terkanan dalam UMNO (antaranya ialah Aziz Shamsuddin, Sanusi Joned, Megat Joned, dan beberapa orang kanan Mahathir yang pakar dalam soal fitnah-memfitnah). Maka di TV dan akhabar milik UMNO ppun mengkeroyok maklumat palsu itu…!!!

Apa yang kita akhirnya tahu, SUKOM memberi sumber kekayaan kepada General bersara Hashim Mohd. Ali, sedangkan rakyat merengkok menanggng hutang bertahun-tahun kerananya. Zaleha Mohd. Ali (ipar Mahathir) diagehkan kontrak supply dan pembinaan KLIA dengan mengaut untuk "atas angin". Sedangkan lapangan terbang KLIA kerugian berbilion. Kedua-dua mereka tidak ada kepakaran dalam urusan dibidang itu. Selama ini mereka hanya 'penadah tempurung'.

Mengapa tidak dipersoalkan dalam Forum-forum UMNO/BN di kaca TV dan akhbar serta dalam ucapan Mahathir yang meleret-leret di Perhimpunan UMNO tentang ketepatan masa dan kesesuaian seorang Perdana Menteri Malaysia untuk didudukkan disebuah Mahligai berharga RM200 juta lebih, dan terbang dengan Jet baru serba canggih? Sementara itu, rakyat merengkok dengan ekonomi yang sedang yang merundum kerana keborosan Perdana Menteri yang itu? Mengapa ribuan setenggan di pinggir kota yang menanti dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan demi memberi laluan kepada pemaju perumahan (kroni UMNO/BN) yang sentiasa merancang siang malam mengaut untung ribuan juta? Atau, menasabahkah seorang Perdana Menteri terbang percuma atas tanggungan rakyat dengan sebuah Jet Canggih - sementara rakyat berbasikal usang mengangkut padi dari sawah, atau kelapa sawit dari ladang?

Inilah yang menjadi kandungan dan maudhuk ceramah-cermah PAS, ADIL, PRM dan DAP..!! Apakah di masalah, kemiskinan dan rungutan rakyat seperti itu dikatakan "Bermusim"?

Memang, pada hematnya, masalah dan rungutan rakyat itu - sepanjang 18 tahun Mahathir berkuasa, acap ditafsirkan oleh puak UMNO dan kerajaan Barisan Nasional "tidak lebih" dari janji-janji KOSONG yang harus dan layak di 'sebut' secara BERMUSIM pada setiap kali Pilihanraya Umum diadakan. Tetapi bagi rakyat dan Parti Pembangkang (kini diberi nama oleh rakyat sebagai Barisan Alternatif dokongan rakyat) - maudhuk inilah menjadi ucapan dan tuntutan mereka di Parlimen setiap
kali bersidang!! Malangnya puak UMNO dan kerajaan Barisan Nasional menafikan tanggungjawab itu.

Taukeh BABI, Taukeh JUDI

Penyakit sudah menular keliang roma masyarakat Melayu dan Islam. MB Negeri Sembilan (orang kuat UMNO) terlibat dengan sahih dan ketara membiakkan perusahaan KHINZIR/BABI di negeri itu hingga menjadi negeri itu Pusat Ternakan BABI terbesar selepas Taiwan! Berlumba-lumbalah dengan rasa negeri-negeri lain (Perak dan Selangor) menyaingi Negeri Sembilan. Akhirnya, ratusan rakyat ditimpa malapetakan Allah SWT. Gejala "JE" khas diturunkan Allah dan di beri nama pula "Nipah" bersempena hawar itu hanya wujud di kawasan Sungai Nipah, di Negeri Sembilan..!!

Baru kini di ketahui umun bahawa dilantik pula bekas KPN Haniff Omar oleh Taukeh Judi terkaya di Tenggara Asia (Lim Goh Tong). Dan atas restu dan persetuju Mahathir Mohammad - di kurniakan pula anugerah Tan Sri atas jasa Haniff Omar memelihara keunggulan Pusat Judi itu. Melarut-larutlah kini, Haniff secara terbuka menafikan "Dalam Al-Quran tidak terjumpa sebarang ayat yang mengharamkan judi..!!".

Kalau dicari perkataan "Judi di Genting Highland" memanglah tidak ada dalam al-Quran. Malang sekali, tidak ada seorang ulamak pun dari puak UMNO yang menyangkal atau memperbetulkan kesalahan tafsiran si 'penyeleweng' atau seorang musliminyangtelah menyeleweng itu. Tidakkah ini bermakna Ulamak UMNO sudah sanggup menukar ayat Al-Quran kerana takut dibelasah polis? Seramai ini mufti dan pakar rujuk yang dibayar gaji berjuta oleh kerajaan UMNO/BN - apakah sumbangan mereka untuk memperbetulkan yang salah?

Maka berceramahlah ulamak PAS. Tetapi talibarut UMNO seperti Rais Yatim dan Siti Zaharah Sulaiman dengan lantang mengatakan PAS mengenengahkan sentimen ugama untuk tujuan politik. Tidakkah mereka juga penyokong seanutan dengan Tan Sri Haniff Omar? Itu lah dia para pemimpin dan ulamak UMNO yang sewaktu dengan Mahathir.

Mahathir MenSEKULARkan Islam

Tapi bagi rakyat yang sudah celik politik (hari ini baru celik), PAS dan Ulamak PAS telah bersedia dan sanggup menjadi ulamak ALTERNATIF. Ini semata-mata kerana kedayusan, kebebalan, kebobrokan ulamak UMNO semata-mata yang menukar ganti ayat-ayat Allah dengan ringgit dan sen. Rakyat sudah tidak tahan dan rimas dengan Pusat Islam dan JAKIM yang membisu. Mereka sudah jemu dengan IKIM yang menjadi Pusat Dakwah "sekular" Mahathir yang sudah nampak jelas berhasrat bermati-matian menyelewengkan Islam dari tampok kesuciannya.

Begitu juga kaum Cina dan India. Mereka sudah bosan dengan berlarutnya pertengkaran yang tidak berfaedah dalam UMNO hingga membuang masa dan tenaga kerana mempertahankan kewibawaan Mahathir seorang hingga maruah Barisan Nasional hancor-lebur. Kini mereka sudah celik. Mereka melihat Kelantan sebagai negeri contoh. Disana saudara mereka hidup dengan tenang dan aman. Mereka juga sudah membuat keputusan secara diam-diam. Kesannya, akan hancurlah Barisan Nasional.

Hilang Yakin Terhadap Mahathir

Rakyat sudah hilang yakin bahawa Mahathir benar-benar seorang penganut 'Sunnah wal Jamaah' dengan meragui kesahihan Hadis dengan mengemukan keraguan di Perhimpunan UMNO bahawa "Hadis dibuat untuk kepetingan orang tertentu".

Mahathir sendiri pernah mengakui di IKIM bahawa beliau "tidak pernah membaca al-Quran dalam bahasa Arab kecuali dalam Inggeris dan Melayu". Jika begitu, sahlah Mahathir bukan seorang ulamak Islam dan tidak layak mentafsir sebarang ayat al-Quran; kerana al-Quran tidak diturunkan Allah SWT kepada Muhammad SAW (yang pernah diperseda oleh Mahathir) dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Nabi SAW hanya mengiktiraf orang-orang bertaraf "ulamak" untuk  emanjang-manjangkan seruan Allah. Pastinya, Mahathir tidak tergolong langsung kedalam "kelompok Ulamak". Beliau tidak lebih dari seorang 'pengahasut bebal" yang paling dangkal ilmu ugama.

Dengan itu, kerana ulamak PAS yang arif dalam bidang ilmunya - tidak mahu subahat; atas sebab mereka sayangkan ugama yang dibawakan Nabi SAW (yang pernah dipersenda oleh "nabi" UMNO bernama Mahathir Mohammad Iskandar "al Kutty"); maka tampillah mereka menerangkan kepada umat Islam yang mahu kepastian dalam ceramah di serata desa. Apakah itu "Kempen Bermusiam" berbau politik?

Rakyat (termasuk 2 juta ahli UMNO) tertunggu-tunggu Hamid Osman dan para general dan leutenannya, termasuk seorang Brigadier General di Pusat Islam dan JAKIM atau IKIM untuk membantah kata-kata Mahathir mempersenda Nabi itu. Atau Yusof Nor yang pernah menhyeweng wang zakat Baitulmal Wilayah Persutuan dan Wan Mokhtar Ahmad yang diberita fasih dengan ilmu ugama layak membaiki 'kesalahan besar' Mahathir - malangnhya "takut, kecut, sorot kebelakang" untuk tampil. Mereka sanggup subahat bersama Mahathir memperseda Nabi.

Ketahuilah oleh mu wahai Hamid Osman dan para Generalnya termasuh seorang Brigadier General di Pusat Islam dan JAKIM atau IKIM, atau Yusof dan Wan Mokhtar Ahmad dan ratusan ulamak UMNO yang dibiayai rakyat untuk mengangkat Islam di negara ini; perbetulkan lah pedoman hidop mu.