REAKSI PENDUDUK  NEGERI KEDAH TERHADAP TV3

Awat ni, TV3 tak dak cerita lain, asik dok hentam PAS. Aku dah naik meluat tengok TV3. Macam tak dak cerita lain! Ni dok hentam PAS bertubi tubi, betoi kah cerita depa ni? Begitulah kata kata seorang ahli UMNO di sebuah kampong di Sik, Kedah. Yang depa dok syok hentam PAS ni pasai apa? Kalau cerita tu betoi takpa juga. Ni kami takut depa reka reka cerita. Yang rugi sapa? Bukan PAS yang rugi. UMNO yang rugi kerana banyak lagi ahli ahli lari ke parti parti pembangkang kerana dah tak tahan. Inilah kerja UMNO, tak dak kerja lain, dok taburk fitnah!

Disebuah gerai di kampung yang lain,  nada perbualan dikalangan ahli ahli UMNO lebih kurang sama. Ahli ahli UMNO sendiri mengeluh! Dulu semasa perhimpunan UMNO, kita tak dengark pun perwakilan membincang perkara perkara semasa  yang sedang di alami oleh penduduk penduduk desa macam kami yang tidak berpendapatan tetap. Harga beras naik, harga tepung naik, harga minyak masak naik, harga nyiurk pun naik. Bukan depa nak bincang macam mana cara nak turunkan harga. Tidak! Depa dok syok menghentam DSAI dan membodek Mahathir! Lani pula dok hentam PAS! Teruk betoi UMNO la ni! Begitulah bunyinya perbualan mereka sambil menikmati hidangan pagi di sebuah warung.

Disebuah kampong yang lain pula, topiknya lebih kurang sama juga. Tak dak cerita lain  lagi ka asik dok hentam PAS dalam TV! Bukan nak bela kami. Bila nak tolong kami?? Penoreh penoreh getah macam kami ni menderita dah lama dah tapi depa tak kisah pun! Harga getah yang dinaikkan pun bukan banyak sangat. Harga sebenar yang kami dapat masih tak cukup nak beli sekilo bawang!!  Yang kami beri undi kat depa selama ni, apa balasan dari depa? Satu sen pun tak guna! Depa dok kaya raya. Begitulah betapa marahnya penduduk kampong tersebut yang ratanya penoreh atau pekebun kecil getah. Mereka ialah ahli ahli UMNO! Hancurk pilah  UMNO. Kami dah meluat!

Di Yan Kedah, reaksi penduduk penduduk di sana pun lebih kurang sama. Mampus pilah UMNO. Sapa suruh depa hentam sangat PAS dan ulamak ulamak? Tak dak cerita lain ka? Yang kami ni susah,  kais pagi makan pagi depa tak kisah pun! Ceritalah sikit apa yang kerajaan boleh buat untuk kami. Lagi lagi cerita PAS. Yang si Tun Haniff kata berjudi takpa, ini gila punya kerja. Ulamak UMNO sengap tak kata apa apa! Yang kami dengark, PAS perbetoikan, bukan UMNO! Ini mesti KRONI makan duit haram!

Kami nak dengark pembangunan, berkata pula penduduk penduduk di Baling! Lagi pun, betoi ka cerita depa ni menghentam PAS? Takkanlah orang kuat agama macam Dr Harun Din atau Ustaz Fadil Nor nak tipu kut? Takkan ulamak macam Nik Aziz nak mohong! Entah entah depa yang pusing apa yang Dr Harun Din atau Nik Aziz kata! Sapa tak tau Annuar Musa tu kaki betina! Megat Junid pun apa kurang? Si tua Gaffar pun bukan senonoh, bini orang boleh kebas! Mana kita ada dengark ulamak ulamak PAS buat kerja tak senonoh lagu ni. Pemimpin pemimpin UMNO aja! Hiss, meluat kami UMNO ni! Tak guna kami beri undi kat depa!

Di Jitra pula, ahli ahli UMNO mengeluh juga mengenai lakonan lakonan TV3 yang asik menghenatm PAS! Dahlah semasa perhimpunan depa cadangkan logo petronas ditukark, satu pembaziran, macam UMNO ni dak tak dak modai lagi, lani pula dok hentam PAS memanjang. Logo dah ditukark, PAS masih kena hentam! Apa punya cerita ni? Karut betoi UMNO la ni! Makin hari makin teruk! Habis agama diperlecehkan. Yang bukan pass agama pun boleh keluar fatwa tapi yang pass agama macam Hamid Othman, sengap pula. Tak berani tegurk!! Yang Sanusi tu buat apa? Semenjak jadi MB, satu apah pun dia tak buat! Dok suruh kita NGORAT BINI sendiri, itu saja yang dia tahu! Pak Man Arop boleh tahan jugak!! Karut, karut betoi UMNO, mengeluh ahli ahli UMNO di Jitra!!

Jika kita ikuti perbualan perbualan penduduk penduduk negeri Kedah, di kalangan kalangan ahli ahli UMNO sendiri sudah nampak bibit bibit meluat terhadap tektik tektik keji dan kotor UMNO yang menyalahgunakan mesin propagandanya, TV3! Rakyat sendiri berkata, depa ingat kami bodoh ka, ini bukan zaman enam puluhan lagi! Maka tak hairanlah, kerana dah meluat, lagi ramai ahli ahli UMNO yang sudah berhijrah ke parti parti barisan alternatif!! Mereka tak yakin lagi dengan UMNO yang nampak jelas berjuang bukan berlandaskan Islam tapi lebih menghinakan agama Islam yang suci!!

Penghijrahan mereka bukan atas desakan sesiapa, tetapi atas kesedaran bahawa apa yang dilakukan oleh mesin propaganda UMNO sekarang tidak boleh lagi diterima oleh penduduk Islam di negeri jelapang padi ini! Makin dibuat, makin meluatlah ahli ahli UMNO sendiri! Kepada orang orang kampong di Kedah yang simple minded, mereka tak selesa dengan budaya fitnah memfitnah UMNO yang dilakukan melalui mesin propaganda mereka, TV3! Fitnah DSAI masih segar dalam ingatan mereka dan sekarang, fitnah terhadap PAS pula! Buat lagi, buat lagi……lama kelamaan, UMNO tunggu masa nak dikuburkan!!

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

GURU GURU KEDAH