MAHAHTIR CUBA MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH!!

Ramai yang telah menduga bahawa Dr Mahathir akan mengguna pletform perhimpunan UMNO ini untuk memberi penjelasan mengenai isu pemecatan DSAI. Memang panjang lebar penjelasannya mengenai isu ini. Sambil itu, Mahathir mengguna forum tersebut untuk menghentam DSAI lagi tanpa DSAI diberi peluang untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh Mahathir. Tak ADIL betul!!

Boleh dikatakan 70 peratus ucapan beliau berkisar pada isu DSAI. Hebat sungguh DSAI sehingga presiden UMNO terpaksa memberi penjelasan panjang lebar!! Nyata sungguh DSAI kini  menghantui Mahathir. Mahathir sudah panik dengan kebangkitan rakyat yang menuntut keADILan!! Lagi Mahathir sebut pasal DSAI lagi rakyat tak percaya dengan dia. Lagi ramai ahli ahli UMNO berhijrah ke parti parti Barisan Alternatif! Rakyat memang dah meluat dengan Mahathir. Maka bertambah meluat lagilah apabila beliau menabur fitnah fitnah dalam ucapannya.

Nampak sangat Mahathir sudah gelabah. Mahathir sudah TERSEPIT dan DESPERATE! Dulu dia sendiri yang kata bahawa rakyat akan lupakan isu DSAI ini tapi apa yang berlaku ialah sebaliknya. Kerana ucapan beliau banyak berkisar pada isu DSAI, memang sahlah, kata rakyat bahawa pemecatan DSAI ialah konspirasi politik se mata mata dan jelas sekali, bapak konspirator ialah Mahathir sendiri!

Mahathir nak cuba menegak benang yang basah, begitulah kata seorang makcik tua. I tengok TV nak tengok apa lagi yang Mahathir nak bohong, kata seorang pensyarah di sebuah universiti. Mahathir nak menghalalkan segala tindakan beliau terhadap DSAI dan beliau cuba nak dapatkan endorsement dari perwakilan UMNO, begitulah kata seorang pegawai kerajaan. Mahathir ialah pembohong nombor satu dalam dunia, kata pula seorang ahli korporat. Why did he go that length to explain the issue on DSAI kata pula seorang bisnesman berbangsa Cina. DSAI’s issue is really bothering the PM, kata seorang jurutera berbangsa India.  The more he tries to explain, the more revealing that this entire episode is a whole lot of rubbish engineered and created by Mahathir himself, kata seorang doktor swasta.

Hasil temuramah secara rambang mengenai ucapan Mahathir jelas menunjuk reaksi negatif majoriti rakyat jelata. Setakat ini, selain dari perwakilan UMNO dan pemimpin pemimpin BN, tiada siapa yang ditemuramah yang setuju dan percaya dengan apa yang Mahathir cuba terangkan!! Tak ada! Ternyata cakap PM  tak laku lagi!! Rakyat sudah reject Mahathir and he is merely holding on to power based on the support of a few perwakilan who were present at the perhimpunan. Ini langsung tidak mencerminkan grassroot support. Lagi pun, di antara perwakilan  ramai juga yang menyampah dengan ucapan Mahathir tapi terpaksa berlakun!! Mereka tunggu masa aja nak cross over!!

Inilah KRISIS KEYAKINAN yang Mahathir sedang hadapi sekarang. Mahathir memang layak dimasukkan dalam GUINNESS BOOK OF RECORDS sebagai PEMBOHONG nombor SATU dalam dunia! Berlakunlah lagi wahai Mahathir, lagi ramai ahli ahli UMNO akan berhijrah ke parti parti BARISAN ALTERNATIF! Rakyat akan ajar Mahathir, UMNO dan BN dalam pilihanraya kelak! Insyaallah!

ALLAHUAKHBAR!!!ALLAHUAKHBAR!!!ALLAHUAKHBAR!!!

DULU UMNO SEKARANG BARISAN ALTERNATIF