AMARAN: ASKAR AKAN RAMPAS KUASA JIKA...!

Thu Jun 24 20:47:13 1999
Khamis, 10 Rabi'ul Awal 1420
Thursday, 24 June 1999

Ingatan Ikhlas Pegawai-pegawai Tentera

Perhimpunan UMNO kali ini bertepatan dengan ulangtahun ke 30 Diktator Mahathir berada dalam arena politk  Malaysia. Kalau diamati bukunya "New Deal For Asia" di mana beliau telah menipu dengan berkata: I organised the first Kedah Malay Youth Union, and later the Kedah Malay Union, a political party which evolved into what is today the ruling party of Malaysia, UMNO" bererti diktator ini telah berkecimpong dalam kancah politik Melayu lebih lama dari usia UMNO itu sendiri.

Diktator Mahathir boleh menipu seluruh dunia seterusnya, jika beliau mahu. Tetapi, beliau harus ingat bahawa kedaulatan negara ini sudah sekian lama diiktiraf oleh dunia terletak keatas para tentera di negara ini. Kami telah berjuang mempertahankan negara ini daripada tentera Jepun dan kemudiannya daripada ditakluki oleh pihak komunis. Namun, sejak keadaan aman dirasai oleh Malaysia, para ahli tentera telah menjadi satu golongan yang terpinggir yang dikerah kami datang, dan dinyah kami pergi.

Kami yang masih bertugas dalam pasukan tentera banyak menerima nasihat daripada golongan veteran dan telah mengawasi keadaan politik tanahair yang sungguh menjijikkan. Daripada pengalaman kami di Congo, Bosnia Herzevegonia, Somalia, dan juga negara-negara lainnya di Afrika dan Asia Tengah, kami sudah dapat melihat dengan penuh teliti akan apa yang mempurak-perandakan sesebuah negara. Ia bermula dengan pentadbiran negara yang pincang disebabkan ketamakan para politikusnya.

Untuk sekian lama, golongan tentera telah menjalankan tugas yang penuh berdedikasi tanpa membabitkan diri dengan politik. Tetapi masanya sudah sampai bahawa kami ingin memberikan salam hormat kepada semua ahli politik terutama sekali kepada Diktator Mahathir. Harap-harap renungkanlah perkara di bawah ini sebelum terlambat:

a) Malaysia sedang mengharungi zaman meleset disebabkan pentadbiran politik yang korup dan pincang. Perkara begini pernah berlaku di Afrika di mana Sarjan Doe akhirnya merampas kuasa dan mengisytiharkan dirinya sebagai presiden. Bayangkan betapa senangnya seorang sarjan menjadi pemimpin negara dan akhirnya bertukar wajah menjadi seorang diktator pula. Hingga kini Liberia masih lagi mencelaru. Jikalau Doe boleh melakukannya di Liberia apakah tidak mungkin perkara ini berlaku di Malaysia? Warkah ikhlas ini sebenarnya bertujuan untuk mengelakkan peristiwa sedemian berlaku di negara ini.

b) Diktator Mahathir harus ingat, kami pihak tentera amat perihatin dengan apa yang berlaku di kalangan semua menteri dan para koporat di negara ini. Semuanya tidak memikirkan masalah rakyat jelata yang telah menjulang mereka di kerusi ampuk dan mahligai indah.

Sebagai golongan tentera, kami amat rasa terkilan dengan apa yang kami lalui sekarang. Bayangkan apakah harga sebutir peluru? - Tidak pun sampai sepuluh sen sebiji. Begitulah harga nyawa kami anggota tentera. Tetapi, bayangkan pula apakah nasib kami setelah berkhidmat selama 15 tahun? Ada yang menjadi drebar, jaga yang dicanggihkan dengan nama "security", pegawai pentadbir am, mekanik dan rata-rata bekerja kais pagi makan pagi semata-mata untuk menampung keluarga yang sedang membesar. Bayangkan pula apa nikmat para pemimpin UMNO yang menjadi wakil rakyat ? Selepas satu penggal sudah menerima pencen dan mempunyai harta berkarun banyaknya. Inikah pengorbanan untuk negara namanya?

c) Pengalaman kami berinteraksi dengan dunia luar mematangkan kami: bahawa negara ini sedang menjunam ke kancah penghinaan kerana tingkahlaku Diktator Mahathir yang sudah lupa daratan. Belau telah mampu menipu rakyat dengan mengajak satu golongan masyarakat bersekongkol dengannya. RAKYAT SENDIRI SUDAH HILANG  PEDOMAN KERANA DIKTATOR MAHATHIR PUNYA ANGKARA. Kami sedar tidak ada satu pun bidang jabatan kerajaan
yang tidak dirasuk oleh pukauan diktator ini. Kehakiman, Perundangan, Kabinet, Kerajaan Negeri, Jabatan Ugama,
KWSP, Tabung Haji, Lembaga Koperasi, dan sebagainya; sudah habis diterokai dan dipukau oleh diktator ini.

d) Pihak polis negara sudah pun menjadi satu jentera kerajaan yang paling korup. Pegawai tingginya mempunyai lesen judi, lesen karaoke, lesen pin-ball machine, snooker, kelab dangdut dan rumah urut. Malahan ada beberapa stesyen dan berek polis yang dijadikan tempat membungkus ganja dan dadah. Risikan tentera adalah menyeluruh dan kami sudah mempunyai cukup bukti tentang perkara ini. Semua ini berlaku ketika Megat Joned menjadi menteri yang bertanggungjawab dengan keselamatan dalam negeri, sedangkan menterinya ialah diktator Mahathir sendiri.  Kerana itu golongan anak Malaysia yang menjadi penagih sudah mencecah angka satu juta. Cuba lihat apakah kereta yang dipakai oleh seorang koperal yang bertugas di Jabatan
Narkotik Polis ataupun Jabatan Trafik Polis. Bagaimanakah mereka mampu menggunakan Proton Wira ataupun Honda
sedangkan seorang lulusan universiti pun masih menggunakan kapcai ataupun Proton Saga? Malahan ada juga anggota bawahan polis yang mempunyai dua kereta sedangkan si isteri hanya seorang kerani biasa. Inilah pasukan polis yang bertugas di bawah motto "Bersih Cekap dan Amanah serta Tepat dan Betul" .

e) Di kalangan pemimpin UMNO pula kita boleh lihat harta yang mereka peragakan. Daripada rumah tersergam indah, hinggalah kepada gelang dan rantai para isteri dan ahli keluarga. Malahan, anak-anak mereka yang menerima biasiswa untuk belajar di luar negara mampu memandu kereta mewah seperti Mercedes, BMW, Porsche yang kemudiannya dibawa masuk dengan AP khas.

f) Diktator Mahathir kerap mengulangkan tep lama dengan menyatakan bahawa ekonomi negara sudah pulih. Apa yang pulih, sedangkan harga barang makan terus melonjak tinggi.

Diktator Mahathir harus ingat, bahawa sudah sampailah masanya beliau memberi sedikit perhatian kepada kami golongan tentera agar kami tidak bangkit dan menimbulkan huru-hara semata-mata untuk menyebelahi rakyat yang miskin dan terus menderita. Kami berkemampuan untuk mengambil alih kuasa pada bila-bila masa dan dengan rakyat biasa yang mnyebelahi kami, perkara ini amat mudah sekali. Tetapi kami tahu akan riskonya yang mungkin membawa mudarat kepada negara ini.

Mungkin diktator ini tidak faham bahawa anggota tentera mempunyai cukup kepakaran dan kelengkapan yang canggih untuk merampas kuasa. Kami boleh mengambil-alih tugas awam bila-bila masa diperlukan. Baik daripada siaran radio dan TV hinggalah mengendalikan pesawat udara. Jika ini berlaku kemanakah diktator Mahathir dan para pemimpin UMNO yang curang akan pergi? Mereka tidak mampu keluar negara ini kerana harta karun mereka masih banyak di sini. Ke lubang cacing pun akan kami cungkil juga.

Oleh itu beringatlah. Kalau boleh adakanlah pilihanraya dengan cepat sebelum tentera bersekongkol sesama kami untuk merampas kuasa. Kami akan lakukannya jika terdesak semata-mata untuk mempertahankan kedaulatan negara dan menentukan agar semua rakyat Malaysia dapat hidup aman damai dan harmonis seperti sediakala.

Kami faham bahawa rakyat sedang merasa tekanan hidup yang amat sangat disebabkan kecurangan diktator  Mahathir dan BN memerintah negara ini. Kami bukannya buta mata ataupun buta hati. Kami tahu apa yang diputar-belitkan oleh media mass kerajaan. Kami mempunyai segala kepakaran untuk merampas setiap cawangan media massa itu bila-bila masa sahaja jika kami mahu.

Sembilan puluh lima peratus anggota tentera berasal daripada luarbandar. Bayangkanlah apa yang dihadapi oleh masyarakat ini. Mereka adalah saudara kami. Bayangkan juga apa yang dihadapi oleh orang bandar. Mereka juga saudara kami, tidak kira mereka bangsa Melayu, China, Kadazan, Murut, Bajau, India, Sikh, Portugis, ataupun orang asli sekali pun. Mereka ini sedang keliru dan mahukan satu penentuan apa akan jadi kepada generasi yang akan datang.

Oleh itu kami mahukan Diktator Mahathir menentukan tarikh pilihanraya umum secepat mungkin dan tentukan perisitwa itu berjalan dengan bersih dan lancar tanpa sebarang tipu muslihat. Jika tidak, bersedialah menghadapi reaksi kami. Kami tahu siapa akan kami cari dan di mana nanti Ibrahim Ali, Megat Junid, Daim, Sanusi, Rafidah, Hanif Omar, Rahim Noor, Azwan Ali, Musa Hassan, Said Awang, Rahim Tambychik, Hamid Osman, Khairuddin, Ummi Hafilda, Augustine Paul, Ariffin Zakar, Gani/Wahab Patail, Mokhtar, Azizan Abu Bakar, Zam Mamak, Kadir Jasin, dan banyak lagi. Hentikanlah segala sendiwara yang mencemuh martabat orang Melayu sekarang ini sebelum Rejimen  Askar Melayu Di Raja dengan sokongan padu semua bidang ketenteraan yang lain., dan sebilangan besar  rakyat yang menderita; bangkit memperbetulkannya melalui disiplin
tentera. Jangan desak kami, kerana apabila ia berlaku diktator Mahathir akan tahu di mana tepi dunia walaupun beliau sudah pindah ke mahligai terbarunya.

Kepada semua pegawai penjara, laksanakanlah tugas anda dengan baik dan berilah layanan istimewa kepada Lim Guan Eng dan hero kita Anwar. Sampaikan salam kami kepada mereka. Kepada para ketua korporat, hentikanlah menyokong Mahathir sebelum nama anda kami keluarkan dengan jelas. Cintailah keluarga anda dan hentikan taksub kepada Diktator kembar Mahathir dan Daim. Kepada para ulama tulin, teruskan doa anda agar Malaysia sentiasa aman dan damai dan rakyatnya terus tabah dan sabar untuk menghadapi wabak diktator keparat dan segala pengikutnya yang sudah berkarat itu.

Kepada semua pegawai bank teruskan usaha anda membuat salinan akan semua akaun kepunyaan pemimpin durjana termasuklah akaun-akaun ahli keluarga mereka. Kita akan memerlukannya satu hari nanti. Kepada semua pegawai imigresen, telitilah akan setiap paspot para pemimpin durjana dan ahli kelurga mereka. Kenapakah seorang menantu Mahathir yang lahir di Indonesia boleh mempunyai paspot Malaysia dan dikatakan lahir di Alor Star?

Kepada rakan-rakan anggota polis yang amanah, teruskan dengan tugas anda. Kita akan bersama-sama mencari dan menghukum semua pegawai atasan anda yang sudah mencemarkan nama baik kepolisian negara ini.

Kepada semua ahli-ahli UMNO, semoga ulangtahun kejayaan Diktataor Mahathir ini merupakan peristiwa memalukan
anda sekelian. Inilah seorang penipu besar yang anda sanjungi dan harapkan untuk terus memimpin anda. Bertaubatlah dan mintalah panduan dari Tuhan. Kita sudah sama-sama berdosa meletakkan diktator ini sebagai pemimpin kita. Tetapi, kini sudah sampai masanya untuk kita nyahkannya dengan aman dan bijaksana.

Kepada semua kaum ibu dan wanita, awasilah anak-anak anda jangan masuk perangkap maksiat seperti dadah dan
pelacuran. Terlalu ramai gadis Melayu yang terjerumus dalam kancah "kahwin olok-olok" di bandar masakini. Gunakanlah kuasa undi anda untuk nyahkan diktator Mahathir dan rejimnya dari bumi Malaysia ini.

Kepada semua anak muda: Edarkanlah segala bahan bacaan yang penting yang anda perolehi dari internet kepada keluarga anda. Buatlah potokopi dan berkorbanlah sedikit untuk mengirimkannya ke kampung. Negara kita sedang teruk sekarang ini. Hutang negara yang melambak bererti bahawa anak-anak anda pun akan menanggung beban itu selepas mereka lulus universiti nanti.

Kepada semua ahli perwakilan UMNO yang berada di ibukota: Gunakanlah kebijaksanaan anda untuk menggulingkan
Diktator Mahathir sebelum terlambat.Jikalau anda sayangkan UMNO ketepikan Diktator ini dan para ahli rejimnya. Ini sahaja peluang yang ada pada anda sekarang ini.

Tabik Hormat kepada bangsaku orang Malaysia.

- Si Baju Hijau -