PESANAN UNTUK PEJUANG KEBENARAN (bhg. 5)

GULA-GULA DAN UMNO MEKAH

Assalamu`alaikum wrt. wbt. dan salam REFORMASI buat sahabat-sahabat
seperjuangan semua.

Beberapa hari ini kita melihat bermacam-macam perkembangan dalam pergolakan politik tanah air tercinta kita. Panas dan semakin panas. Cemas semakin mencemaskan. Inilah masa untuk kita bangkit dan tidak duduk-duduk lagi. Inilah masa mehnah dan tribulasi. Saat untuk menyaksikan siapakah diantara kita yang bertahan dalam arus serangan yang membabi buta ini.

GULA-GULA

TERGULA-GULAkah para pejuang dengan RM600, bonus yang dijanjikan oleh Daim. Jumlah itu sedikit ! Tidak cukup untuk melemahkan keutuhan perjuangan kita. Duit itu siapa punya ? DUIT KITA ! Kita dan generasi kita yang akan membayar PINJAMAN itu. Mahadir ke Jepun, minta sedekah berbillion untuk kroninya, dan yang terselit celah gigi ditaburkan buat menghibur rakyat, mengabur mata masyarakat. Kononnya ekonomi telah baik…BONUS pun dapat dibagi. Jangan jadi bodoh dan dungu! Kita tidak akan TERGULA-GULA !

Rakyat Kelantan yang terkenal kedebe jangan TERGULA-GULA dengan janji Daim nak buat lapangan terbang baru di KB. RM96 juta ? Kenapa baru sekarang ? Orang Kelantan jangan tertipu!

Jangan TERGULA-GULA dengan jambatan Tendong…itu modal 70-an. Ini projek Ibrahim Ali JE. Tak kan jadi projek tu…Jambatan (Gertak) Salor dah ada…berapa KM jah dari Tendong ? Gertak Sultan Yahya…ada dah..Berapa banyak sangat kereta nak lalu, sampaikan 3 gertak ? Sesungguhnya ini adalah GULA-GULA Ibrahim Ali JE dan Daim jah…!!! Tak dok arah nak kecek…wak sedak mulut. Ore kelate jangan dok bodo sangak ! Bia Berehem sorang jah bodo, dok jilat punggong Mahadir tuh !

UNITED MECCA NATIONAL ORGANISATION @ UNITED MECCA NON-BELIEVERS ORGANISATION

Apa yang berlaku dalam sejarah perjuangan Muhammad SAW berulang. Itulah sejarah. Ada pusingannya sendiri.

Manusia yang bernama Muhammad bin Abdullah dari sejak kecilnya dikagumi. Sehingga remaja dan seterusnya dewasa. Peristiwa "Hajarul Aswad" selepas bah di Mekah…keyakinan masyarakat Mekah terhadap Muhammad bin Abdullah sehingga digelar "Al Amin", ke`abidannya dan segalanya sesungguhnya diakui oleh masyarakat Quraish. Mereka menerima Muhammad sebagai kebanggaan masyarakat Mekah. Mereka percaya…kerana Muhammad tidak pernah berbohong. Mereka selesa kerana sehingga itu Muhammad tidak pernah mengganggu gugat status quo mereka. Kepentingan
dan kesukaan mereka tidak pernah disentuhi.

Segala aktiviti tidak diperkatakan, walau pun jauh disanubari Muhammad sangat membenci semua
kejahiliahan itu. Membenci dan memberontak serta menolak. Maka Jahiliyah Mushrikin Quraish dapat accommodate manusia yang bernama Muhammad bin Abdullah. UMNO (United Musyrikin National Organisation)/(United Mecca Non Believers Organisation), bukan UMNO di Malaysia pimpinan Mahadir ! UMNO itu terima Muhammad sehinggalah satu masa. Masa itu ialah apabila Muhammad bin Abdullah Al Amin itu diangkat menjadi Nabi dan Rasul Allah. Bila Muhammad Rasulullah mula menyeru kepada tauhid dan menolak kekafiran dan segala cirinya. UMNO Mekah mula menentang.

Pertentangan mula berlaku. Kesempurnaan dan keelokkan Muhammad yang selama ini dipuja puji hilang dalam sekelip mata. Seruan Muhammad SAW ditentang. Muhammad di hina, dituduh bermacam-macam, disantau, diembargo dan segala tekanan hatta mahu dibunuh. Segala kekuatan digunakan. Pemuda UMNO Mekah digembelingkan, para penyajak dan penyair serta penyanyi, para kayawan dan hartawan, wanita UMNO Mekah, dan kanak-kanak, para-para wakil UMNO Mekah, JKKK dan Ketua Cawangan/Kabilah digerakkan termasuklah para-para rahib UMNO Mekah yang telah membaca kitab dan ariff tentang kedatang Muhammad. Bukankah pernah Rasulullah SAW dibaling batu oleh kanak-kanak sekolah di Thaif?

Muhammad SAW dituduh sebagai pemecah belah masyarakat, pencarik adat nenek moyang, sesat, gila kuasa dan wanita, pembawa agama sesat dan sebagainya.

Hal ini bertambah apabila bertambah ramai ahli UMNO Mekah yang menerima seruan Muhammad SAW. Ramai yang cross party ! Majoritinya yang muda, yang berjiwa reformatik ! Disamping juga yang dewasa…tetapi pastinya juga reformatik. Bertambah gusarlah UMNO Mekah. Tambah lagi bila hero-heronya, seperti Umar r.a bersama-sama dengan Rasulullah.. Pengikut Muhammad SAW terpaksa berpindah berhijrah. Berlakunya embargo ekonomi selama 3 tahun. Saidina Bilal di rebus diterik matahari padang pasir. Hingga akhirnya berpakatlah 7 Cawangan UMNO Mekah untuk
mengakhiri nyawa Muhammad SAW dengan pukulan maut, kononnya bila 7 cawangan bergabung, maka tidaklah lagi ada keupayaan sahabat Rasulullah SAW membuat balasan.

Maka akan tamatlah riwayat perjuangan Muhammad Rasulullah SAW. Namun, "Manusia merancang, Allah merancang dan sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan" Semua kita tahu apa kesudahan, hatta UMNO Malaysia sekali pun, kerana Abu UMNO Malaysia sering juga memerintahkan rahib-rahibnya di Malaysia membaca sejarah ini setiap kali datangnya sambutan Maulid Ar Rasul. Mereka akan berbuat begitu lagi 26 Jun ni….

Inilah persamaan yang kalau tidak seluruhnya, hampir-hampir, apa yang berlaku kepada DSAI. Semasa DSAI disanjung dalam UMNO Malaysia semuanya adalah baik. Tapi bila saja DSAI menggugat suku sakat, kepercayaan, kepentingan, kroni, anak beranak…maka bermulalah perancanaan jahat UMNO Malaysia. DSAI dah melawan Abu UMNO Malaysia dan kroninya. Qarun Malaysia mula melatah, para rahib mula bersyarah, para pemuda mula tunjuk garang.

Hisyamuddin Hussin…? (Supardi Md. Noor…sudahlah, kaki dangdut. Kawe kenal demo weh. Kecek jah banyok, habok pong tak dok! Nok tunjuk gedebe teh ! Sapo tak kenal demo, masa ngundi pemuda dului demo tagang pitih…demo pakat dengan geng demo…!) Kalu zaman UMNO
Mekah…Hisyamuddin dan Supardi ni serupa dengan sapa yah ? Wan Mokhtar, Hamid Osman dan Yussuf Yes.. sama dengan sapa ya ? Begitu juga dengan Dolah B, Megat Junid dan lain-lain pemimpin UMNO Malaysia laa ni…..?

Nampak disana ada keserupaan antara ERA UMNO MEKAH DAN UMNO MALAYSIA !
Cuma UMNO Mekah naik unta manakalan UMNO Malaysia naik Mercedez…! Itulah sejarah, ada putaran dan ulangan.

Untuk pejuang KeADILan…bersedialah. Wassalam.

Abutaufiq - salam REFORMASI untuk Norlida dan BD…selamat Pengantin Baru…jangan lupa masa kita berdiskusi di Pantai Cahaya Bulan Mac lalu. Buat pejuang KeADILan….``ingatlah, perjuangan masih panjang dan berliku…."