Persamaan Mahathir Dengan Diktator Terzalim Dunia

1) Menuduh Musuh Politik Meliwat:
           Mahathir yang menuduh Sdr Anwar Ibrahim (DSAI) meliwat adalah diambil dari pengajaran yang dilakukan oleh HITLER terhadap Ketua Turus Angkatan Tenteranya . Hitler menuduh dan menfitnah Ketua Turus Angkatan Tenteranya meliwat setelah beliau menjadi cabaran terhadap kepopularan dan kemungkinan merampas kuasa dari beliau. Sebenarnya Ketua Turus Angkatan Tentera Hitler mengetahui segala kelemahan dan kegilaan cita-cita Hitler. Sebab itu Hitler terpaksa memecat beliau sebelum rakyat menyedari akan kegilaan Hitler. Ini sama seperti kelakuan Mahathir yang takut akan terbongkarnya segala keburukan dan penyalahgunaan kuasanya yang dilakukan beliau selama ini. Sebab itu Mahathir terpaksa memburukkan Anwar supaya rakyat tidak sedar akan segala kejelikan dan kezaliman yang dilakukan oleh Mahathir terhadap Negara ,Bangsa dan Agama selama ini!!!.

2) Menuduh Musuh Politik Agen Kuasa Asing:
           a) Mao Tze Tung pernah menuduh Deng Xiaoping sebagai agen kuasa asing apabila Deng Xiaoping menjadi popular dan berfikiran terbuka terhadap pelaburan asing semasa beliau menjawat Menteri Kewangan Cina. Deng Xiaoping dipecat dan dituduh sebagai agen kuasa Barat dan pengkhianat Negara.  Setelah Mao Tze Tung mati Deng Xiaoping dilantik semula sebagai Menteri Kewangan dan kemudiannya sebagai Perdana Menteri. Beliau merupakan orang yang paling disanjungi  rakyat hingga hari ini dan digelar sebagai Bapa Kemodenan Cina. Nama Mao Tze Tung tenggelam dan dihina rakyat.
                 Begitulah kedudukan Anwar yang pernah dianugerahkan sebagai Menteri Kewangan terbaik dunia oleh majalah ekonomi dan kewangan terkemuka Eropah. Sebab itu Mahathir takut Anwar akan menjadi lebih popular sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri!! Mahathir takut namanya akan tenggelam dan rakyat akan memuji Anwar. Sebelum ini berlaku Anwar diaibkan supaya rakyat melupai beliau dan hanya mengingati Mahathir sahaja. Tetapi apa yang berlaku sekarang lebih teruk. Mahathir dibenci, dihina, dikutuk oleh rakyat semasa beliau masih dalam jawatan dan Anwar menjadi lebih popular dan disanjungi rakyat semasa dalam penjara.!!!Kedua-dua nya masih hidup!!!
            b) Slobodan Milosevic menuduh Perdana Menterinya yang dipilih rakyat sebagai agen kuasa asing setelah dunia memberi pengiktarafan kepada kepopularan beliau yang diterima rakyat terbanyak dan membelakangi Milosevic didalam arena politik dunia.
                Anwar mendapat pengiktarafan dan sanjungan dimana saja beliau pergi termasok Amerika Syarikat. Apatah lagi didunia Islam dan Asia. Ini menyakitkan hati Mahathir kerana beliau ingat hanya beliau sahaja yang patut disanjungi oleh dunia. Maka beleterlah Mahathir dipentas dunia untuk mencari populariti tetapi disebaliknya dikutuk oleh kawan dan lawan. Hanya akhbar Malaysia sahaja yang menyanjungi ucapan-ucapan Mahathir yang cuba mencari populariti dipentas dunia dan menuduh media asing cuba menjatuhkan imej Malaysia. Sebenarnya ucapan Mahathir tidak mempunyai isi tetapi hanya maki hamun terhadap Barat yang mendapat tepukan semasa beliau berucap sahaja. Selepas itu kawan dan lawan pun cabut lari dan blahh. Tinggalah Mahathir terkontang-kontang keseorangan berperasaan kununnya... beliau disanjungi dunia. Samalah seperti apa yang berlaku diperhimpunan Agong UMNO baru-baru ini. Kawan dan lawan meluat mendengar ucapan lucah beliau. Setakat tepuk tangan bolehlah... percaya tak tentu lagi...

3) Menuduh Ulama Dan Agama Sebagai Penghalang Kemajuan:
               Kamal Attartuk yang mengkagumi kemajuan barat menuduh Ulama dan Agama Islam sebagai penghalang kepada  kemajuan yang ingin dibinanya di Turki. Beliau yang dinasihati oleh musuh sebenar Islam menghakiskan segala pengaruh Ulama dan Ugama dalam kehidupan harian masyarakat. Akibatnya keagungan bangsa Turki hilang dan tidak diterima oleh dunia Barat maupun dunia Islam. Turki hari ini menjadi Pak Turut dan baruah Barat. Apa saja yang disuruh oleh Barat terpaksa diikutinya termasok membenarkan NATO menggunakan bumi Turki untuk mengebom dunia Islam dan membantu Israel membunuh umat Islam.
                Mahathir hari demi hari menunjukkan kebencian beliau kepada Ulama dan meminta ditafsirkan semula Al-Quran mengikut citarasanya. Pandangan ulama dianggap usang dan tidak mengikut peredaran zaman. Sekolah-sekolah ugama akan dikuasainya supaya penghayatan dan pengajian Islam sebenar tidak dapat diterapkan dalam pembinaan generasi Islam sebenarnya. Ulama-ulama dihina supaya tidak dihormati oleh masyarakat. Apabila masyarakat hilang hormatnya kepada ulama maka payahlah ajaran-ajaran Islam hendak diterapkan. Masjid dibina hanya sebagai monument-monument untuk dimegahkan dan bukan untuk penghayatan institusi masjid sebenarnya.
                 Kamal Attartuk banyak dinasihati oleh penasihat-penasihat Yahudi musuh nombor satu Islam. Difahamkan Tun Daim Zainuddin mempunyai banyak penasihat Yahudi dan salah seorang daripadanya ialah seorang Yahudi kerakyatan German bernama..... (terpaksa dirahsiakan buat sementara waktu). Beliau ialah juga penasihat kepada Istana Presiden Israel hingga hari ini dan pernah menjadi salah seorang Ketua Batalion Angkatan Tentera Israel semasa Perang Arab-Israel 1967!!! Beliau selalu datang ke Malaysia dengan menggunakan passport German sebagai usahawan dan banyak menasihati Tun Daim Zainuddin dalam urusan negara!!! Selalu berjumpa Tun Daim diluar negara. (akan didedahkan sepenohnya apabila pilihanraya diisytiharkan). Perhubungan ini direstui sepenohnya oleh Mahathir!!!
              Walaubagaimanapun Anwar juga yang dituduh mendengar dan mengikuti nasihat IMF dan Bank Dunia!!!

4) Membina Mahligai Dengan Segala Kelengkapan Bertahan Sekiranya Diserang Musuh:
             Caucescao President Romania membina mahligai dengan segala kelengkapan bertahan selama tak kurang dari enam bulan siap dengan terowong apabila beliau menginginkan  berkuasa buat selama-lamanya. Isteri beliau merupakan penasihat kepada segala keputusan negara sama seperti Siti Hasmah kepada Mahathir! Difahamkan Mahligai Mahathir bukan sahaja mempunyai terowong ke KLIA tetapi juga ke pejabat melalui terowong yang dibina dibawah tasik!! Walaubagaimana pun rakyat Romania bangkit dan menuntut keADILan. Kesudahannya Caucescao serta isterinya dihukum oleh mahkamah rakyat dan ditembak oleh pasukan penembak penguatkuasa undang-undang.
             Hitler juga membina terowong dimahligainya yang bernama Bird's Nest. Banyak riwayat mengatakan bahawa beliau membunuh diri didalam terowong yang dibinanya. Kesudahan Mahathir macam mana????.... Bersedialah ..  

5) Menyalahguna Kuasa Untuk Mengayakan Keluarga Dan Kroni:
               Suharto menggunakan segala kuasanya untuk mengayakan anak beranak dan sahabat handainya melalui pemberian konsesi dan melindungi perniagaan mereka melalui penguatkuasaan perlindungan oleh pihak berkuasa. Segala kontrak mesti melalui anak-anak atau kroni beliau. Apa kurangnya di Malaysia. Segala projek penswastaan yang dianugerahkan oleh Unit Perancang Ekonomi dibawah  Pejabat Perdana Menteri mesti mempunyai kepentingan anak atau kroni Mahathir. Kalau tidak proposal akan di'hijack' dan diserahkan kepada keluarga dan kroni Mahathir.

6) Mengongkong Media Dan Minda Rakyat
            Adalah diketahui umum bahawa media di negara ini adalah paling jelik dan jijik didunia. Bukan sahaja memberi berita kotor tetapi menjadi sumber fitnah dan membuka keaiban rakyat kepada dunia luar. Tahap memperbodohkan rakyat sudah melampaui batas ketamadunan bangsa sendiri. Berita sebenar diputarbelitkan dan fakta dihapuskan supaya rakyat sentiasa diperbodohkan. Media perdana hari ini akan tercatit dalam sejarah sebagai pengkhianat agama, bangsa, dan negara bersama-sama dengan kehakiman, pendakwaraya dan polis.
                 Tanggapan rakyat bahawa berita-berita dari media perdana tidak boleh dipercayai dan dipakai tidaklah salah  sama sekali kerana Mahahir Perdana Menteri Malaysia disenaraikan sebagai salah seorang musuh ketat media didunia oleh Committee to Protect Journalist. Didalam senarai ini termasoklah Slobodan Milosevic (pembunuh umat Islam di Bosnia dan Kosovo), Jiang Zamin (President Cina), Fidel Castro, Hosni Mubarrak dan lain-lain lagi. Jadi untuk mengatakan kezaliman  Mahathir sama standard dengan Slobodan Milosevic tidak salah sama sekali. Dasar dan tabiat diktator zalim sama saja.

7) Menuduh Orang Yang Dibelai Menginginkan Tampuk Kuasa:
                Apabila Nabi Musa A.S. meminta Fir'aun memberhentikan kezaliman dan perhambaan terhadap rakyat dan menerima ketauhidan ALLAH S.W.T,.  Nabi Musa A.S. dituduh cuba merampas kuasanya. Fir'aun mengungkit bahawa beliau membela dan membesarkan Nabi Musa A.S. dalam Istana tetapi cuba merampas kuasanya pula. Lantas Fir'aun menzalimi dan mengusir  Nabi Musa A.S dari bumi Mesir. Walaubagaimana ALLAH S.W.T. menyelamatkan Nabi Musa A.S. dan menenggelamkan Fir'aun bersama bala tenteranya...
                 Mahathir selalu mengungkit bahawa beliaulah yang membawa Anwar masuk dalam UMNO dan memberi kedudukan sehingga menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri. Tetapi apabila Anwar cuba pasang berek kepada rasuah, nepotisme, kronisme dan meningkatkan syiar Islam, maka beliau dituduh cuba melawan kedudukan kerusi Presiden lalu beliau dihina, difitnah, diaibkan, dipenjara, dipukul, dan pelbagai perbuatan lagilah yang sudah  diketahui umum oleh rakyat Malaysia. Alhamdulillah rakyat Malaysia dan seluruh dunia tidak mempercayai segala tuduhan Mahathir terhadap Anwar. Malah Mahathir pula dipercayai sudah gila dan hilang akal!!! Begitulah pertolongan ALLAH S.W.T. yang membalikkkan segala keaiban kepada penuduh pula. Siapa yang menanggong malu sekarang  ??? Mahathir atau Anwar???

                 Sama-samalah kita saksikan kesudahan episod paling bersejarah dalam ketamaddunan bangsa Melayu ini menuju alaf baru.
                 Sama-samalah kita saksikan siapa pengkhianat dan siapa  pula pembela Agama, Bangsa Dan Negara.
                 Dimanakah kedudukan Mahathir, Daim, Aziz Shamsuddin, Megat Junid, Sanusi Junid, Rahim Thambi Cik, Ibrahim Ali, Isa Samad, Mohd Rahmat, Abdullah Badawi, Tengku Razali, Wan Mokhtar, Hamid Othman, Yusof Noor, Khalil Yakob, Hishamudin,  Najib Tun Razak dan barisan kepimpinan dibawah Mahathir didalam sejarah nanti??
                 Dimanakah letaknya Rahim Noor, Yakob Amin, Johari,  Said Awang, Amir Yunus, Musa Hassan, Rodwan, Azizan, Ummi Hafilda, Khairuddin, Khalid Jeffri, Ristina & geng??
                  Bagaimana pula dengan Mohtar Abdullah, Gani Patail, Azhar & Geng??
                  Begitu juga dengan Yusof Chin, Augustine Paul, Wahab Patail, Ariffin Jaka, Karim & geng ???
                 Bersiap sedialah menghadapi kutukan sejarah dan generasi akan datang.....

                  Bagaimana pula dengan Mahazalimtwo & geng?????.

           Wallahu'allam
        MAHA<?
 

oleh: Awang Siber