keDURJANAan UMNO DAN BARISAN NASIONAL (EDISI 19)

(bahan kempen pilihanraya)

1. UMNO TOLAK ISLAM

Mamak Mahathir mengeluarkan fatwa songsang lagi. Katanya, dia tak boleh hormat ulama yang berpolitik. Awang tak hairan dengan kenyataannya itu. Mamak Mahathir memang selama ini amat membenci Islam.. Kerana dia sendiri bukanlah ulama tetapi hanya seorang UMAMAK (dibaca - 'You Mamak'). Inginlah Awang membaca fatwa songsang Mamak Mahathir ini dengan cara yang songsang juga. Jika benarlah Mamak Mahathir tidak hormat ulama, maka sahlah UMNO tidak akan terima ulama dan manusia beragama di dalam parti mereka. Maka sahlah juga bahawa di dalam UMNO tidak terdapat ahli dan pemimpin yang bertaraf ulama. Tiada juga yang bijak agama. Jika ada ulama dan manusia beragama di dalam UMNO, sudah tentu mereka akan ditendang keluar oleh Mamak Mahathir yang membenci ulama berpolitik. Tapi musykil pula Awang. Jika UMNO tiada manusia ulama dan bijak agama, maka siapa pula manusia yang bernama Hamid Othman, Yusof Noor, Wan Mokhtar dan Hamid Zainal Abidin ?.

Pada pendapat Awang sudah pastilah mereka ini ulama palsu UMNO. Jika ulama benar, sudah pasti dinyah keluar oleh UMAMAK Besar UMNO. Tapi sudah banyak kali Awang baca dan dengar fatwa serta kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka-mereka ini yang berbaur Islam. Bolehkah kenyataan mereka ini diterima umum ?. Jika ulama-ulama palsu ini bertegas mengatakan mereka ulama benar, maka mahu tak mahu mereka telah melanggar fatwa yang dikeluarkan oleh UMAMAK Besar UMNO. Tapi Awang tahu. Islam cara UMNO akan menghalalkan apa yang disukai oleh Mamak Mahathir dan akan mengharamkan apa yang dibenci oleh Mamak tua itu. Sesungguhnya UMNO itu sesat dan lagi menyesatkan.

2. MAMAK MAHATHIR TOLAK ISLAM

Kata Mamak Mahathir, ulama tidak boleh berpolitik. Kalau berpolitik juga, maka dia berfatwa bahawa ulama sebegini tidak boleh dihormati. Bagi Mamak Mahathir, ulama kerjanya hanya berdakwah. Cakap tentang dosa dan pahala sahaja.. Cakap tentang politik tidak dibenarkan. Haram. Tapi yang peliknya, Mamak Mahathir boleh pula bercakap tentang Islam. Walaupun dia sebenarnya tidak tahu apa-apa tentang Islam. Keluarga sendiri pun tak terjaga. Tutup aurat pun tak tahu hukum hakamnya. Sedangkan kanak-kanak sekolah darjah satu pun tahu hukumnya. Tidak hairanlah mengapa bila bercakap tentang Islam, Mamak tua ini akan mengeluarkan fatwa songsang. Membuka aurat dihalalkannya. Sebab itu isterinya yang tua kerepot mendedahkan rambut awet mudanya yang tak pernah beruban.

Mengukir patung juga dibolehkan oleh Mamak tua ini. Dibinanya patung burung helang yang besar di Pulau Langkawi. Akibat daripada fatwa songsang ini ramailah umat Islam yang celaru dan bukan
Islam pula keliru. Bagi Awang, orang yang tak tahu apa-apa tentang Islam tapi tiba-tiba bercakap tentang Islam sebenarnya bercakap melalui lidah syaitan. Apabila lidah syaitan yang bercakap maka keluarlah kenyataan yang menghina Islam, hatta menghina juga firman Allah swt yang diwahyukan di dalam Al Quran. Orang yang menghina dan menentang Al Quran samalah dengan orang yang tidak percaya dan menentang Allah swt.

Sesungguhnya Al Quran itu adalah kata-kata dan kalam Allah swt. Ia bukanlah ciptaan Nabi Muhammad saw. Orang yang tak percaya dan menentang Allah swt sesungguhnya adalah manusia yang harus dilaknat oleh seluruh manusia. Begitu juga dengan orang-orang yang menyokong
manusia laknat tersebut. Marilah kita seluruh rakyat Malaysia berdoa semoga dijauhkan orang sebegini daripada bumi Malaysia. Kita harus bebaskan Malaysia daripada orang yang menyongsangkan Islam. Moga-moga selepas ini tiada lagi bala jerebu, JE dan tanah runtuh melanda negara kita.

3. KHUTBAH ORANG ISLAM

Awang tertarik dengan khutbah Jumaat yang disampaikan di sebuah masjid yang mempunyai banyak negeri di dalam negerinya baru-baru ini. Kata khatib tersebut, "Janganlah kita menghalalkan apa yag diharamkan oleh Allah swt. Dan janganlah kita mengharamkan apa yang Allah swt halalkan".Katanya juga, masalah sosial begitu teruk melanda negara kita sekarang. Ada anak-anak yang menghisap dadah. Ada yang berzina. Dan ada yang meminum arak hingga mabuk.

Tetapi yang hairannya ada pula orang yang mabuk kuasa. Seterusnya khatib ini berkhutbah, "Yang
membezakan manusia dengan binatang ialah agama dan akal". Tetapi katanya binatang ini ada keistimewaannya daripada manusia. Binatang bila kenyang tidak akan masuk ke kebun orang untuk memakan hasil cucuk tanam manusia. Tetapi manusia pula, walaupun sudah kenyang hingga
termuntah-muntah masih tetap nak sumbat mulut dan perutnya. Maksudnya manusia walaupun dah kaya, tapi masih tamak haloba. Habis semua rezeki dan kekayaan yang ada di bumi Malaysia hendak disapu olehnya. Hatta dengan cara menipu dan merompak sekalipun.

Akhir sekali, sang khatib berkata bahawa undang-undang Islam iaitu Hudud hendaklah dilaksanakan. Jika tidak 100 % mestilah sekurang-kurangnya 99.9 %. Katanya, undang-undang ciptaan manusia tidak sempurna. Ia dicipta berdasarkan akal manusia sahaja. Yang paling sempurna adalah undang-undang ciptaan Allah swt. Awang benar-benar menghormati khatib sebegini. Bercakap benar walaupun pahit bak jadam. Sesungguhnya yang pahit itulah yang akan menyembuhkan sakit manusia. Sementara yang manis itu pula adalah racun yang membinasakan. Semua doktor mengetahuinya, kecuali seorang doktor tua yang tak sedar diri walaupun usia dah di penghujung dunia.

(AWANG LEPUK)