WAYANG KULIT
DAN
CABARAN
Wayang kulit adalah salah satu unsur kebudayaan melayu peninggalan warisan yang mengandungi nilai-nilai seni, pendidikan dan nilai yang tinggi dan benar-benar berharga untuk dipelajari dengan sedalam-dalamnya.  Mungkin ada juga mempersoalkan tentang status persembahan wayang kulit sekiranya diletak dalam katogeri seni taeter klasik nasional.
Dalam membuat penilaian keatas seni ini, ia perlu dilihat daripada beberapa faktor penting seperti persembahan yang menarik, keunikan pada patung-patung wayang yang penuh dengan ukiran menarik, kemerduan alunan muzik GAMELAN serta falsafah dan juga pengajaran disebalik persembahan itu sendiri.  Ia akan tetap tertakluk kepada individu itu sendiri nutuk menilainya.
Terdapat juga diantara pemerhati dan peminat seniyang tidak dapat membezakan yang mana lebih penting - sama ada seni mengatasi pengajaran atau pengajaran mengajar seni, sehingga ada golongan-golongan yang memberi pandangan negatif terhadap persembahan wayang kulit.  Mereka menganggap persembahan ini penuh dengan tahyul, syirik dan membuang masa.  perlu kita meneliti kepada falsafah asal pengwujudan seni taeter ini.  Walaupun tidak pula disangkal terhadap tindakan yang terpesong dari jalan persembahan asal.
Berlainan pula bagi mereka yang melihat persembahan wayang kulit sebagai sebuah persembahan yang siobolik dan kaya dengan ilmu serta keseniannya yang terselindung disebalik gerak-geri patung, alunan muzik GAMELAN dan cerita yang disampaikan.  Seolah-olah persembahan wayang kulit ini berperanan sebagai satu daripada media yang menyampaikan mesej dan pengajaran kepada masyarakat.
Samaada negatif atau positif pemikiran seseorang itu, apa yang pasti seni ini dapat membantu dalang menjadi lebih terampil.  Kepuasan seseorang dalang bergambar pada wajah mereka apabilka dapat menghasilkan patung yang cantik dan dapat mempersembahkan pertunjukkan yang menarik kepada pengunjung.
Nilai dan kandungan seni bergantung kepada kemampuan dalang menolong masyarakat umum dalam meningkatkan kesedaran dan kepekaan kepada seni warisan ini serta kefahaman tentang penghidupan mahluk di dunia ciptaan ALLAH S .W .T ., mereka juga dapat mengenal, mengamati dan menghayati sendiri.
Sebagai contoh, dalam membentuk dan mencipta patung wayang kulit,dalang begitu dipengaruhi oleh alam persekitaran.  Pengalaman terhadap alam dijadikan sumber penciptaan.  Dalam memilih dan mengabdikan unsur alam, dalang berpegang pada kebiasaan "Keindahan Semulajadi" yang DISARING melalui kepercayaan lampau.  maka diantara unsur alam itu, bunga, tumbuhan dan pucuk rebung sering menjadi hiasan pada patung wayang kulit dan alat-alat muzik gamelan.   Penggunaan unsur warna juga dapat disimpulkan sebagai satu kebiasaan dalang dalam menghayati alam.  Sesungguhnya dalang begitu peka terhadap warna alam.   Kesedaran ini menunjukkan sikap dan kepercayaan manusia kepada Pencipta asalnya, Allah S. W. T.
Satu daripad acara yang sering dilakukan untuk memelihara seni warisn wayang ini  ialah dengan meyimpan maklumat tentang seni ini dalam bentuk buku atau jurnal.
Selain daripada tujuan mengekalkan tradisi Melayu, bidang seni inimungkin juga boleh dimajukan denga penghasilan miniatur patung wayang kulit atau panggung wayang kulit serta alat-alat muzik gamelan yang boleh dijadikan bahan cenderamata.
Dapatkan wayang kulit mempertahankan kewujudannya dan daya tarikannya dalam zaman teknologi ini ?  Hanya kesedaran serta tindaknan yang wajar pada hari ini akan dapat menjamin kesinambingan seni warisan melayu tradisi pada masa akan datang.
Heart1.gif (9917 bytes)
klik je kat love tuh nanti dia back kat wayang kulit