PEMBUATAN  WAYANG KULIT
Kehalusan serta ketinggian kesenian kerja tangan tertera pada watak-watak wayang kulit.  Ciri pembuatannya melambangkan ketelitian serta ketinggian kesenian pembuatannya.  Watak -watak atau patung-patung wayamg kulit biasanya diperbuat daripada kulit lembu.  Nilai dan mutu kulit lenbu hendaklah memenuhi spesifikasi dan kriteria tukang-tukang wayang kulit.  Kulit lembu betina menjadi pilihan berbanding dengan kulit lembu jantan, kerana ia lebih besar dan lembut.
Kulit - kulit ini boleh didapati dengan membeli daripada penjual daging tempatan atau di tempat penyembelihan.  Patung wayang yang diperbuat daripada kulit lebih tahan lama dan boleh mencapai usia melebihi 100 tahun jika diselenggarakan dengan baik.  Mengikut kefahaman dahulu yang masih dipegangkuat oleh pembuat patung, setiap patung wayang kulit mestilah diperbuat daripada kulit dan bukan daripada kayu atau lain-lain bahan.
Masih ada yang mempercayai bahawa adalah muncul satu kesakahan jika dibiarkan sahaja kanak-kanak atau sesiapa sahaja bermainwayang kulit dengan mengantikan patung wayang sebenar dengan wayang kayu.  Ini bagi mengelakkan kanak-kanak tersebut daripada ditimpa penyakit kerana patung wayang kulit dipercayai mempunyai penjaganya tersendiri.
Bagi kulit-kulit yang telah dipilih, kerja awal yang perlu dilakukan ialah mengeluarkan lebihan daging dan lemak yang melekat padanya pemidang  bersegi empat, yang diperbuat daripada kayu atau batang buluh.   Kerja-kerja penegangan kulit ini bagi memudahkan lebihan daging dan lemak melekat dikikis dengan "pisau raut"atau dikenali denagn nama "pisau wali"ketelitian adalah menjadi sifat utama kerja mengikis bagi mengelakkan kulit tersebut daripada terkoyak, lebih-lebih lagi bagi memastikan kulit itu benar-benar bersih.
Kulit yang benar-benar bersihkan dijemur sehingga kering.  Ia akan mengambil masa 2 atau 3 hari, bergantung pada keadaan cuaca.   Kulit tersebut biasanya dijemur agak jauh dari rumah bagi menhindari bau busuk.   Setelah kulit cukup kering kerja-kerja mengikis dilakukan dengan menggunakan pisau raut.
Setelah dikikis dan bersih daripad bulu, kulit tersebut perlu dibasuh dan dijemur buat kali kedua.  Sementara kulit yang dijemur itu kering, tukang wayang akan memulakan lakaran patung-patung wayang yang hendak dibuat.
Biasanya lakaran watak-watak wayang dibuat di atas kertas putih nipis.Walaupun watak-watak wayang diasaskan kepada watak-watak wayang kulit Melayu purba, kemahiran dan kreativiti amatlah perlu bagi mencorakkan watak wayang kulit yang halus dan menarik.
Penjenisan corak dan motif perlu disusun dengan tertatur kemas dan bersesuaian dengan watak wayang yang dibuat.  Biasanya watak wayang kulit Melayu berukuran  lebih kurang 71 sentimater panjang dan lebarnya tidak melebihi 30 sentimeter.  Lakaran pada kertas yang telah disediakan itu seterusnya akan digunting atau dipotong mengikut profil.  Tukang wayang selanjutnya menampalkan lakaran tersebut pada kulit dengan menggunakan bahan pelekat yang senang ditanggalkan.   Kebiasaannya bahan pelekat yang digunakan diperbuat daripada kanji atau pelekat yang akan larut dalan air.
Kertas lakaran yang dilekatkan pada kulit seterusnya dipahat mengikut lakaran.  Setelah selesai kerja-kerja memahat, kertas lakaran putih yang masih melekat pada kulit ditanggalkan atau dicuci.  Bagi sesetengah dalang mereka menggunakan berus tembaga halus dan air untuk menggosok dan membersihkan kertas yang melekat pada kulit.
Kulit yang telah dicuci akan dibiarkan kering.   Watak-watak wayang itu seterusnya akan diperkuatkan dengan bilahan buluh.   Buluh yang diraut membentuk bulat leper serta runcing dibahagian pangkalnya diikat menegak di tengah-tengah patung wayang.  Bulah itu dikenali sebagai "tulang "kepada patung-patung wayang tersebut.  Tulang pemacak ini akan dibelah dua dari hujung hingga tinggal kira-kira 30.5 sentimeter dari pangkalnya.  Seterusnya patung wayang itu dikapit di antara belahan tersebut akan diikat dengan benang mentah pada jarak kira-kira 5 sentimeter.
Selain daripada bahan buluh yang dapat dijadikan tulang kepada patung-patung wayang, kayu serta tanduk kerbau juga digunakan.  Oleh kerana kayu dan tanduk sukar didapati dan dikendalikan, maka buluh duri menjadi pilihan utama bagi tukang-tukang wayang.  Selain senang diolah buluh duri juga didapati tahan lama serta ringan.  Warna juga memainkan peranan pentina pada bentuk wayang kulit.   Ia dapat menberikan perbezaan antara watak-watak yang lembut dan watak-watak yang garang.
Heart1.gif (9917 bytes)

klik je kat love tuh nanti dia back kat wayang kulit