Asal-usul telah banyak diperkatakan sebelum ini. Rata-rata
berpendapat bahawa wayang kulit telah wujud di Indonesia sejak beberapa kurun lalu dan
dibawa dari India serentak dengan proses penyebaran agama Hindu. Pendapat ini sukar
dibuktikan sama ada benar @ tidak.. Kalaupun benar, kebenaran itu hanya dalam
aspek-aspek tertentu sahaja. Tidak terdapat baik dari segi falsafah mahupun dalam
segi persembahan antara wayang kulit Jawa @ Melayu dengan tradisi taeter India.
bukti yang krokritpun tidak pernah dicatat
secara pasti. Catatan yang ditemui hanya berupa pandangan dan pendapat yang
berasaskan pada pergerakan sejarah semata-mata. Namun demikian cerita wayang kulit di
Pulau Jawa, Balidan Malaysia, semuanya berasaskan pada dua hakikat Dewa-dewa, iaitu
MOHABHARATA dan RAMAYANA. Begitu juga dengan persamaan istilah seperti wayang ,
dalang,dan kelir.
Pengertian istilah WAYANG dalam Bahasa Melayu ialah
bayang-bayang yang bergerak kesana-kemari. DALANG pula membawa erti orang yang
melakukan persembahan wayang. Panggung pula membawa pengertian tempat berbumbung
yang disekelilingnya tertutupd an digunakan untuk pertunjukkan wayang.
Selain di Jawa dan Malaysia, wayang kulit juga
terdapat di Bali, Kemboja dan China. Di Thailand wayang kulit dikenali sebagai NANG
YAI,diKemboja disebut dengan namaNANG SBEK manakala di Jawa digelar WAYANG PURWA.
Dipercayai tradisi persembahan wayang kulitbermula
sejak lebih 3,000 tahun di Indonesia. Disemenanjung Malaysia wayang kulit
dianggarkan sejak beberapa tahun lalu. Kita mungkin tertanya-tanya, kenapakah wayang
kulit masih kekal hingga sekarang??. Sebabnya ialah wayang kulit mempunyai
nilai-nilai yang diperlukan oleh kehidupan manusia, baik dari segi material mahupun
spiritual.
Falsafah yang dibawa dalam persembahan wayang kulit
dipercayai diasaskan pada pemahaman agama islam yang mendalam.Peranan dalang sebagai
dukun atau bomoh dalam masyarakat merupakan salah satu asas pengekalan tradisi ini di
Kelantan.Dipercayai kekuatan spiritual dalam penyelanggaraan kulit dapat menimbulkan dan
menolak malapetaka atau bahaya.
Pada masa dahulu terdapat dua persembahan wayang kulit
di Semenanjung Malaysia. Permainan wayang kulit ini dikenali sebagai Wayang
Siam dan Wayang Jawa. Sebilangan besar dalang wayang kulit mendiami kawasan-kawasan
penanaman padi. Seseorang dalang yang terkenal akan sentiasa mendapat jemputan
mengadakan persembahan. Bagi dirinya kerja ini akan dapat mengisi masanya
terutama dari bulan Mac hingga Oktober.
kalau nak kembali kat wayang kulit klik je kat love
tuh
|