PERALATAN
DAN
PERSEMBAHAN MUZIK
Alat muzik merupakan peralatan utama dalam permainan wayang kulit, selain daripada pentas khas yang berbentuk panggung kecil dan patung-patung wayang kulit.  Alat-alat muzik ini terdiri daripada SERUNAI, GENDANG IBU, GENDANG ANAK, GEDUK IBU GEDUK ANAK, GEDOMBAK IBU, GEDOMBAK ANAK, TETAWAK, CANANG dan KESI.
Terdapat tiga belas orang ahli muzik yang mengendalikan alat-alat muzik ini, termasuk dalang dan dua orang dalang muda.   Susunatur didalam panggung telah ditetapkan oleh dalang ( ketua kumpulan ) .   Semasa membuat persembahan dalang yang duduk dibelakang tirai diapit oleh dalang muda yang dipertanggungjawabkan untuk membantu dalang yang menyelaraskan wayang yang akan dimainkan.
Kesemau alat muzik tersebut merupakan alat muzik tradisional yang diperbuat daripada bahan-bahan tempatan.  Gendang yang terdiri daripada Gendang ibu  dan Gendang anak merupakan sejenis alat bunyian berbentuk silinder yang berongga dengan rintangan kulit pada kedua-dua hujung pangkal ( permukaan ) .   Pada hujung pangkal yang kecil terdapat rintangan kulit kambing dan ia dinamakan PANGKAL gendang.  Sementara pada hujung pangkal yang besar sedikit terdiri daripada rintangan kulit lembu dan in digelar MUKA gendang.
Keliling rintangan kulit dinamakan BINGKAI .   Manakala tali atau rotan kecil yang terdapat pada badan gendang dinamakan " TALI PERAMBING".  Tali ini menegangkan kulit supaya dapat menghasilkan bunyi yang lebih nyaring.  Bahagian yang boleh digerak-gerakkan pada tali ini dinamakan "SIPAL".  Ia berfungsi mencengkam tali perambing sekaligus menegangkan kulit permukaan gendang.  Sementara kulit rotan yang membaluti gendangberhampiran dengan permukaan dimanakan PENGEMBAN.  Ia berfungsi melilit tali perambing supaya kukuh dan tidak terbuka.  Keseluruhan badan gendang diperbuat daripada kayu nangka yang besar.
Setiap gendang mempunyai tiga bunyi yang berbeza, bergantung kepada cara memalunya.  Permakaan pangkal gendang dapat menghasilkan nada bunyi yang nyaring.  Manakala permukaan muka pula menghasilkan nada bunyi yang lebih besar.  Yang membezakan Gendang ibu dan Gendang anak ialah ketinggian nada bunyi.
Gedombak pula merupakan sejenis gendang kecil yang mempunyai rintangan kulit pada sebuah bahagian sahaja.  Kulit kambing muda digunakan bagi bahagian pertmukaan gendang.  Pada permukaan pangkal dibiarkan belubang.   Kayu yang sama juga digunakan bagi membuat badan gedombak yang dinamakan BADAN LARIK .Rotan halus yang merintangi badan gedombak digelar PERAMBING .  Boleh juga digantikan dengan tali tangsi memandangkan rotan halus mudah putus.
Satu lagi alat muzik yang berpasangan ( ibu dan anak ) ialah Genduk.  Badan Geduk ini diperbuat daripada jenis kayu nangka dan mempunyai rintangan kulit lembu pada kedua-dua belah permukaannya.  Apabila dipalu hanya satu permukaan sahaja digunakan.
Sebelah lagi digunakan setelah permukaan yang satu lagi itu rosak.  Geduk ini mempunyai dua kaki dan juga pemukul ( pemalu ) .Terdapat lilitan rotan pada bahagian atas dan bawah yang dinamakan "PENGEMBAN GEDUK".  Bulau kecil yang tercucuk tajam pula dinamakan "PEMETING GEDUK".
Alat bunyian seperti talam besar yang diperbuat daripada logam dinamakan Tetawak.  Ia juga berpasangan ( ibu dan anak ) , nada bunyinya nyanying.
Canang pula terdiri daripada dua buah gong kecil yang diletakkan yang di dalam kotak kayu.  Pemukul Canang diperbuat daripada kayu dan dibalut dengan GETAH  SEKERAP.  Gong yang lebih besar sedikit dapat menghasilkan nada yang lebih rendah, dan sebaliknya pula bagi gong yang lebih kecil.  Bagi alat muzik KESI pula, ia terdiri daripada piring kecil yang diperbuat daripada BESI WAJA.   Apabila dimainkan tutup piring ini akan dihentak pada piring di bawah.
Serunai pula merupakan sejenis alat bunyian yang memerlukan seseorang untuk meniupnya untuk menghasilkan bunyi.  Badan serunai ini mempunyai beberapa motif yang berlainanseperti DAWAI PINTALM, BUNGA GELUGUR, PUCUK REBUNG, TAMPOK MANGGIS dan MOTIF MANIK CUCUK.  Motif-motif ini hanyalah untuk hiasan dan dan ia bergantung pada pembuatnya.  Serunai ini diperbuat daripada KAYU TIRAI TANDUK yang semulajadi hitam.  Di dalam sesuatu persembahan, terdapat sekurang-kurangnya lima buah serunai yang berlainan saiz bagi mempelbagaikan nada bunyinya.  Gabungan bunyi-bunyian yang dihasilkan akan membantuk berbagai-bagi jenis lagu.
Selain daripada itu terdapat sebuah PEMETIK yang terletak dibawah lutut dalang.  Alat ini di perbuat daripada kayu dan ia dapat menghasilkan bunyi yang kuat apabila ia dihentak dengan lutut.  Biasanya kedudukan alat ini bergantung kepada keselesaan dalang.
Heart1.gif (9917 bytes)
klik je kat love tuh nanti dia back kat wayang kulit