PERSEMBAHAN
Ada tiga komponen utama dalam setiap persembahan, iaitu sebuah pentas khas yang berbentuk panggung kecil, patung-patung wayang kulit dan alat-alat muzik.
Setiap persembahan wayang kulit dimulakan dengan sajian memuja semangat (Berjamu).  Mengikut amalan silam. dalang seharusnya meminta izin terlebih dahulu memenggil dariroh orang berkenaan supaya datang beramai-ramai supaya menjiwai persembahan wayang kulit agar cerita yang dipersembahkan akan lebih kelihatan hidup dan dramatik.
Upacara berjamu ini pada hakikatnya memberi kesan psikologi yang mendalam terhadap dalang.  Seseorang dalang perlu menumpukan segala tenaga dan pemikirannya terhadap persembahaqn itu termasuk memperkuatkan daya ingatannya kepada dialog-dialog yang bermutu dan bermaya.
Barang-barang yang digunakan untuk upacara ini terdiri daripada 25 jenis bahan.  Bahan-bahan tersebut adalah sirih pinang(sirih junjung), kemenyan, beras kunyit, sebutir kelapa yang sudah dikupas, sebiji buah keras, sebutir telur ayam, bawang merah dan bawang putih, sedikit lada merah, minyak kelapa, sepasang ayam hidup, gula merah, duit syiling, ayam panggang, pisang raja, air tawar, nasi sekepal kain, benang mentah, jarum, minyak wangi, sikat , tembakau , beras(bertih), dan pulut kuning.  Barang-barang tersebut diletakkan didalam dulang besar
Persembahan wayang kulit biasanya dimulakan pada pukul 9.00 malam.  Ia bermula denagan memberi pengenalan cerita.  Apabila selesai pengenalan cerita, persembahan akan dimulakan dengan drama utama.
Dalang akan duduk bersila dihadapan beberapa patung yang telah siap dipacak pada batang pisang.  Cahaya pelita dihadapannya akan dihalakan kearah kelir dibahagian hadapan panggung.  Sambil bercerita dalang akan menggerakkan wayang mengikut jalan cerita dan pada masa itu beliau harus kerap menukar nada atau itonasi suaranya  bersesuaian watak wayang kulit.  Jarang sekali ada cerita yang mampu dihabiskan dalam satu persembahan.  Cerita yang paling pendek pun terpaksa mengambil masa tiga atau empat malam.
Heart1.gif (9917 bytes)
klik je kat love tuh nanti dia back kat wayang kulit

.