BANTULAH KAMI!
    
Assalamualaikum
wbr.
Pertamanya saya memanjatkan kesyukuran
kehadrat Ilahi kerana dengan Ihsan, Rahmat dan Inayahnya, saya telah dianugerahkan
sedikit ilmu berkaitan teknik membina hompej ini. Terima kasih juga kepada
semua pihak yang sentiasa membantu dan membimbing saya dalam tempoh tersebut
khususnya En. Kassim Yusoff, En. Zulkiply Harun, En. Ahmad Zubir (Spidey)
dan juga amat istimewa buat isteri dan anak-anak saya yang sentiasa memberikan
komitmen yang tinggi dalam memastikan minat saya ini menjadi kejayaan dan
dapat pula dimanfaatkan.
Bertitik-tolak daripada pembinaan
Laman Web TAMAR (Tabung Adik Mohd.
Azuan bin Abd. Rahim) yang telah berjaya membantu mengurangkan bebanan
keluarga beliau dengan jumlah kutipan keseluruhan RM74,000.00
(melibatkan JKKK Kg. Sempang, Kelab Siber SK Sempang dan juga New Straits
Times), maka saya sedar bahawa masih terlalu ramai rakyat negara kita khususnya
masyarakat desa dan golongan yang berpendapatan rendah menghadapi kesempitan
hidup dalam menangani masalah yang mereka hadapi dengan berbagai penyakit
yang dianggap kronik dan juga rawatannya pula memerlukan perbelanjaan yang
besar. Mereka ini tidak mampu untuk menyediakan peruntukan tersebut dalam
waktu yang dihajati.
Atas kesedaran inilah, maka saya rasa
terpanggil untuk menghimpunkan laman-laman web untuk saudara-saudara kita
ini sebagai satu usaha kecil saya membantu mereka ini.
Sekiranya anda mempunyai cadangan/
idea untuk memantapkan lagi laman ini, bolehlah dikongsi bersama idea tersebut
demi kebaikan dan kemanfaatan semua pihak, Insya-Allah.
|