Sejarah Ringkas Kelahiran TLDM

Markas/Pangkalan Utama TLDM

Senarai Pangkat ATM (TLDM, TUDM, TDM)

Fungsi dan Peranan Utama TLDM

Lencana Kepakaran TLDM

Senarai Cawangan/Tred TLDM

KD Sri Pinang... Pusat Latihan PSSTLDM

Persenjataan untuk latihan....(under cons.)

Kapal - Kapal DiRaja TLDM... (under cons.)

Album Aktiviti Semasa

Berita Aktiviti Semasa dan Jawatan Kosong dalam TLDM

Halaman Lain yang boleh dikunjungi

Buku Tetamu TLDM (unOFF).... sila tulis komen anda.

E-mail saya untuk pertanyaan/menghantar bahan, berita, gambar dsb.


Salam Sejahtera

Anda dipelawa menghantar bahan,   berita, gambar, dan sebagainya supaya dapat dikongsi bersama. Segala pertanyaan dan pengiriman bahan, maklumat, gambar, berita dan aktiviti semasa hendaklah dihantar melalui e-mail berikut :  cybercoxswain@yahoo.com  bagaimana pun Cyber Coxswain (cc) berhak untuk menyiarkan atau  tidak menyiarkan segala pengiriman anda mengikut budi bicara cc sendiri.

Terima Kasih.

TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA

PEMILIHAN TERBUKA UNTUK JAWATAN PERANTIS KIMPU DAN PERINGKAT RENDAH TLDM (LELAKI)

           Tentera Laut DiRaja Malaysia mempelawa BELIA-BELIA WARGANEGARA MALAYSIA yang berjiwa perwira dan bercita-cita tinggi menceburi bidang yang profesional dan mencabar. Bidang kerjaya yang menarik dan peluang menghadiri kursus di dalam dan luar negeri termasuk di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan dan berpeluang melawat ke luar negeri dengan kapal perang serta berpeluang bertugas di luar negara dengan elaun luar negara.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Perantis Kimpu Sekurang-kurangnya lulus SPM/SPMV dengan kepujian dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Melayu
Peringkat Rendah Sekurang-kurangnya tamat SPM/SPMV dari sekolah bantuan penuh kerajaan

LAIN-LAIN KELAYAKAN

Calon-calon mestilah warganegara Malaysia dan berumur di antara 18 hingga 23 tahun. Sihat tubuh badan serta tidak cacat anggota. Penglihatan hendaklah terang tanpa cermin mata atau kanta sesentuh dan tidak kabur warna. Ketingian sekurang-kurangnya 1.57m. Berat minimum 48kg.

SIJIL DAN DOKUMEN

Calon-calon dikehendaki membawa bersama salinan ASAL dokumen berikut :

  • Kad Pengenalan
  • Sijil  Kerakyatan Malaysia (jika ada)
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil Berhenti Sekolah
  • Sijil atau Slip Keputusan Peperiksaan
  • Lain-lain Sijil Kemahiran (jika ada)
  • Calon yang memegang Laporan Kehilangan Kad Pengenalan (JPN 1/1) boleh dipertimbangkan dengan syarat telah disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara, Petaling Jaya

GAJI DAN ELAUN ANGGOTA PERINGKAT RENDAH (dalam Ringgit Malaysia)

Pangkat

Gaji Pokok

Elaun Perkhidmatan

Elaun Perumahan Semenanjung

Elaun Perumahan Sabah

Elaun Perumahan Sarawak

Rekrut (6 bulan) 407.50 (elaun)

-

-

-

-

Lasykar Muda dan Lasykar Kelas II 500.00-1009.00

65.00

230.00 335.00 250.00
Lasykar Kelas I 668.00-1039.00 65.00 230.00 335.00 250.00
Lasykar Kanan 720.00-1069.00 65.00 230.00 335.00 250.00
Bintara Muda 867.00-1111.00 80.00 275.00 435.00 330.00
Bintara Kanan 996.00-1216.00 80.00 275.00 435.00 330.00
Pegawai Waren II 1150.00-1374.00 80.00 300.00 480.00 360.00
Pegawai Waren I 1260.00-1561.00 80.00 300.00 480.00 360.00

PUSAT PEMILIHAN

Sila hadir dengan berpakaian kemas, baju berkolar, seluar panjang dan berkasut di pusat pemilihan yang tercatat di bawah tidak lewat dari jam 8.30 pagi untuk menjalani ujian dan pemilihan.

TEMPAT PUSAT PEMILIHAN TARIKH
Kuala Lumpur KD SRI KLANG, Jalan Semarak 31 Jan 99 (Ahad) dan 01 Feb 99(Isnin)

Pertanyaan Sila Hubungi :

Markas Tentera Laut
(Sel Promosi Kerjaya dan Pengambilan LLP)
Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak,
50634 Kuala Lumpur
Tel: 03-2313025  Faks: 03-2980139
 

Kembali/BackPermulaan/HomeSeterusnya/Next

Halaman ini merupakan halaman tidak rasmi dan  dibangunkan atas inisiatif diri sendiri untuk memberi sedikit pendedahan mengenai TLDM kepada umum bagi  menarik minat beliawan dan beliawanis M'sia menyertainya. Segala maklumat mengenai markas/pangkalan dan ketenteraan hanyalah sekadar maklumat am sahaja dan tidak mengandungi maklumat rasmi, rahsia , rahsia besar dan sebagainya yang boleh menggugat kestabilan negara.