Make your own free website on Tripod.com
                                               
 

           RESEPI  KEK KUKUS BUAH-BUAHAN ISTIMEWA
 
                                               Sumbangan:  NOOR AINY MD. YUSOFF
                                                                  MELAKA.

BAHAN-BAHAN
1 TIN MAJERIN (SEPARUH DARI TIN PANJANG).
5 BIJI TELUR AYAM.
2 GELAS/CAWAN ARCOROC GULA HALUS.
4 ½  GELAS/CAWAN ARCOROC TEPONG GANDUM.
1 KOTAK KECIL MIXFRUIT (BUAH KOTAK)
½  BOTOL ESEN OREN
1 BIJI BUAH PALA YANG BESAR ATAU 2 BIJI YANG KECIL.
1 ½ SUDU KECIL CREAM OF TARTAR
2 SUDU KECIL BICORBANATE OF SODA
1 GELAS/CAWAN ARCOROC GULA PASIR KASAR UNTUK DIHANGUSKAN.

CARA-CARANYA :

KETUK KULIT BUAH PALA DENGAN TUKUL BESI ATAU DENGAN BATU TUMBUK,
KELUARKAN BIJI/ISI DARI KULITNYA. HANCURKAN BIJI BUAH PALA DENGAN
BATU TUMBUK ATAU DENGAN TUKUL BESI (MASUKKAN BIJI BUAH PALA DI
DALAM PLASTIK PUTIH KECIL, TUMBUK DILUAR PLASTIK HINGGA HALUS.)

AYAK TEPONG DAN BIJI BUAH PALA YANG TELAH DIHALUSKAN (SATUKAN)
SERTA MASUKKAN BICORBANATE OF SODA DAN CREAM OF TARTAR KE
DALAMNYA DAN DIGAULKAN.

MAJERIN DIKACAU ATAU DI BLINDERKAN BERSAMA GULA HALUS HINGGA
KEMBANG, MASUKKAN TELUR SEBII SEBIJI SAMBIL DIBLENDKAN.MASUKKAN
TEPONG SEDIKIT SEDIKIT SAMBIL DIBLENDKAN DAN TINGGALKAN SEDIKIT
TEPONG UNTUK DIGAULKAN DENGAN MIXFRUIT/BUAHAN KOTAK. MASUKKAN
TEPONG BERSAMA BUAHAN KOTAK KE DALAM ADUNAN SAMBIL DIBLENDKAN.

PANASKAN KUALI GENSENG/TEBAL, MASUKKAN 1 GELAS/CAWAN ARCOROC
GULA PASIR KASAR. BIARKAN SEBENTAR HINGGA KELUAR AIR GULA,
GUNAKAN SUDIP KAYU UNTUK DI KACAU PERLAHAN JANGAN SELALU KACAU
NANTI TAK KELUAR AIRNYA DAN JADI PEKAT DAN KENTAL GULA TERSEBUT
DAN TIDAK CAIR.  KACAU SEKALI SEKALA SAHAJA PERLAHAN BILA DAH
KELUAR AIR GULA DAN BERTUKAR JADI KUNING DAN SETERUSNYA HITAM.
BIAR SAMPAI HITAM. API MESTI PERLAHAN JANGAN KUAT SANGAT APINYA.

SETELAH HITAM,  CURAHKAN DALAM BEKAS ADUNAN TADI. SEELOKNYA
BEKAS ADUNAN IALAH PASU BESAR YANG BERAT SUPAYA MASA NAK ADUN
GULA HANGUS DALAM ADUNAN TADI TAK LARI BEKASNYA DAN BUAT SUPAYA
TAK BERGERAK BEKASNYA MASA DICURAHKAN AIR GULA HANGUS.  MASA
NAK CURAH GULA HANGUS, SEORANG CURAHKAN DALAM ADUNAN DAN
SEORANG GAULKAN ADUNAN SETELAH SELESAI DICURAH GULA HANGUS.
BERHATI HATI JANGAN SAMPAI GULA HANGUS TERKENA DITANGAN. KACAU
DAN GAUL SAMPAI SEBATI DENGAN SUDIP KAYU.  SELEPAS ITU MASUKKAN ½
BOTOL ESEN OREN DAN GAUL LAGI.  SEMENTARA ITU PANASKAN AIR DALAM
PERIUK KUKUS, AIR BIAR PENUH SEHINGGA MENDIDIH UNTUK DINAIKKAN KEK
KUKUS NANTI.

LESERKAN MAJERIN DALAM BEKAS/ LOYANG KUIH. MASUKKAN ADUNAN
DALAMNYA.  TUTUP MUKA BEKAS KEK DENGAN PENUTUP PLASTIK YANG
TEBAL (SEPERTI PLASTIK HITAM TEBAL) DAN IKAT DENGAN TALI KUAT KUAT
SUPAYA TIDAK DIMASUKI AIR SEMASA SEDANG DIKUKUS NANTI. JIKA AIR
MASUK, KEK KUKUS TIDAK BOLEH TAHAN LAMA SAMPAI SEBULAN DAN LEBIH.

MASUKKAN BEKAS DALAM KUKUSAN YANG TELAH MENDIDIH AIRNYA.
BIARKAN DALAM KUKUKUSAN UNTUK DIKUKUS SELAMA 4 JAMů  SEKALI
SEKALA DIBUKA BHG AIR KUKUSAN, JIKA DIDAPATI TELAH SUSUT AIRNYA DI
BAWAH KUKUSAN, CURAHKAN AIR PANAS SEBAGAI TAMBAHAN AIR KUKUSAN,
JANGAN TAMBAH DENGAN AIR SEJUK.  SELALUNYA JIKA AIR PENUH
DIKUKUSAN MASA DIMASUKKAN BEKAS KEK ITU, ADA MASANYA TAK PAYAH
DITAMBAH LAGI AIRNYA TAPI KADANG KALA DITAMBAH JUGA BILA DIDAPATI
AIRNYA TINGGAL SEDIKIT.  PASTIKAN MASA/JAM SEMASA MULA DIKUKUS DAN
PASTIKAN MASA UNTUK DI ANGKAT KEK TERSEBUT SEHINGGA 4 JAM.  API
HENDAKLAH SEDERHANA JANGAN KECIL SANGAT DAN JANGAN BESAR
SANGAT.

SETELAH DI ANGKAT, BUKA PLASTIK BERHATI HATI JANGAN SAMPAI AIR
TERKENA PADA KEK. LEPAS ITU DI GOYANGKAN BEKAS UNTUK DI BUKA KEK
TERSEBUT. LETAKKAN PINGGAN BESAR DIPERMUKAAN BEKAS DAN
TERBALIKKAN UNTUK DIKELUARKAN KEK  TERSEBUT. HIAS KEK DENGAN
CHERI DI TENGAH DAN TEPI IKUT SUKA.

SEKIAN, SELAMAT MENCUBA SEHINGGA BERJAYA. JIKA GAGAL SEKALI CUBA
LAGI SAMPAI BERJAYA.. INSYAALLAH..
 

                                  

onenita@netscape.net
Bac to Nita's Homepage