PENGHAYATAN SASTERA STPM
Menghantar Perutusan Lewat Monolog
Oleh Othman Puteh

SEBAGAI pengarang, Arena Wati sering dikatakan mengangkat gagasan idea yang berfalsafah dan serius melalui karya-karya cerekanya.  Hal ini ditemukan lewat cerpennya yang berjudul "Socius Documentum" yang membicarakan bahagian daripada kemutlakan manusia dengan segala macam kenikmatan hidup.

    Dalam usaha dan upaya menghayati cerpen "Socius Documentum" ini, kita dapati pengarangnya menghantar mesejnya dengan memanfaatkan teknik yang tertentu, yang pada dekad 1960-an, agak kurang digunakan oleh pengarang lain sezaman dengannya.

    Cerpen "Socius Documentum" berawal muara dengan dua cuplikan pendapat tentang sejarah dan kemutlakan hidup insan itu sendiri.  Bertolak dari situ, maka bermula teknik monolog lewat catatan berbentuk surat yang ditujukan kepada ‘adikku’ dan perkembangan cerita seterusnya dibahagikan kepada empat segmen dengan judul-judul kecil seperti Subuh, Pagi, Siang, dan Malam.

    Perkembangan dalam alur cerita cerpen ini mengambil sudut pandangan pencerita orang pertama protagonis ‘aku’ yang terlibat langsung dalam cerita. Justeru itu, digambarkan gerak tindak peribadi protagonis ‘aku’ kepada ‘adikku’ sebagai suatu catatan murni yang relevan dijadikan iktibar dan sewajarnyalah ditanggapi dengan kritis dan bijaksana segala hujah yang dilontarkannya.

    Sejak daripada fragmen pertama lagi iaitu Subuh, pengarang cuba mengaitkan makna kehidupan dengan alam sekitar dan kesyahduan bacaan ayat suci al-Qur’an yang didengarnya daripada jiran ketika sedang menunaikan solat fardu Subuh yang membaca surah "Al Fajr".

    Dari sisi sejarah, surah "Al Fajr" diturunkan atau termasuk golongan surat-surat Makkiyah (Makkah) terdiri daripada 30 ayat.  Ayat 1-14 menceritakan tentang yang menentang Nabi Muhammad s.a.w. pasti akan binasa sepertimana umat-umat pada zaman dahulu yang menentang Rasul-Nya.

    Ayat 15-20 pula membicarakan tentang kekayaan dan kemiskinan yang dimiliki seseorang itu merupakan ujian Allah kepada hamba-Nya.  Sementara ayat 21-26 memperjelaskan tentang insan yang tenggelam dalam kehidupan duniawi pada hari kiamat.  Manakala empat ayat terakhir, iaitu ayat 27-30 menyatakan penghargaan Allah terhadap manusia yang sempurna.

    Sesungguhnya, untuk memperoleh impak penghayatan, sewajarnya kita merujuk pada tafsiran-tafsiran yang diperakukan, terhadap surah-surah yang terdapat dalam cerpen ini.  Umpamanya, inti persoalan yang terungkapan dalam surah "Al-Fajr" itu, antara lainnya, Allah bersumpah bahawa azab terhadap orang-orang kafir tidak akan dapat dielakkan.  Beberapa contoh dari umat-umat yang sudah dibinasakan, kenikmatan hidup dan bencana yang dialami oleh seseorang, bukanlah tanda penghormatan dan penghinaan Allah kepadanya; melainkan ujian semata-mata; celaan terhadap orang-orang yang tidak mahu memelihara anak yatim dan tidak memberi makan orang miskin; kecaman terhadap orang yang memakan harta warisan dengan campur aduk dan orang yang amat mencintai harta, malapetaka yang dihadapi orang-orang kafir pada hari kiamat.  Sedangkan orang-orang yang berjiwa mutmainnah (tenang) memperoleh kemuliaan di sisi Allah.

    Surah "Al-Fajr" ini menampilkan contoh umat yang ditimpa azab dan beberapa sifat insan tercela, serta menegaskan kemuliaan yang diberikan Allah s.w.t. kepada insan berjiwa tenang.

     Dalam rakaat kedua solat Subuh itu, diperturunkan pula terjemahan surah "Al-Aadiyaat" (Kudang Perang yang Berlari Kencang).  Surah ini terdiri daripada 11 ayat yang pendek, diturunkan di Makkah juga.   Ia menghantar isi persoalan tentang ancaman Allah s.w.t. kepada insan yang ingkar dan yang sangat mencintai harta benda bahawa mereka akan mendapat balasan yang setimpal sewaktu mereka dibangkitkan dari kubur dan segala isi dada mereka diperlihatkan.

    Sifat-sifat buruk insan dipaparkan dalam surah ini, dan dinyatakan juga kebangkitan mereka serta balasan yang diterima pada hari kiamat nanti.  Tafsiran ini cuba pula diasosiasi oleh pengarang dengan perahu layar kecil di samudera yang diterjah angin badai atau sekuner patah bum belakang.

    Sebagai suatu dokumen sosial, dan ini ada relevansinya dengan judul cerpen, maka pada fragmen kedua, iaitu Pagi, protagonis ‘aku’ menyatakan monolognya kepada ‘Adikku’ tentang kerakusan dan keserakahan pemimpin-pemimpin negara adikuasa seperti Nakita Krushchev dari Rusia dan Llyod  B. Johnson dari Amerika Syarikat.

    Dalam konteks ini pengarang menyatakan protesnya terhadap kedua-dua pemimpin itu yang lebih banyak bicara tentang perang tentang senjata, dan ini dicanang sejak awal pagi melalui media elek

RUJUKAN :  DEWAN SASTERA EDISI INTERNET

Bac to Nita's Homepage
Anda Pelawat ke-