Make your own free website on Tripod.com
SOALAN KARANGAN


KEPERIHALAN

1.  Persatuan bahasa Malaysia sekolah anda telah mengadakan lawatan ke sebuah rumah anak-anak yatim.  Semasa di sana anda berpeluang melihat bagaimana mereka menjalani kehidupan seharian serta aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh mereka.  Gambarkan suasana yang telah anda lihat di atas.

2.  Pegawai Daerah akan melawat ke kampung anda tidak lama lagi.  Sempena lawatan itu, penduduk kampung anda telah mengadakan gotong-royong untuk membersihkan dan mencantikkan kawasan kampug.  Anda turut serta dalam gotong-royong tersebut.  Ceritakan suasana pada hari itu.

3.  Anda telah mengikuti abang ada menonton satu perlawanan bola sepak peringkat akhir di Stadium Merdeka.  Semua pemain bermain dengan bersungguh-sungguh.  Serang- menyerang sering berlaku antara kedua-dua belah pihak.  Penonton bersorak-sorak.
Gambarkan suasana dan keadaan di stadium pada malam itu.
 
4.     Semasa anda dan rakan-rakan anda sedang membuat satu eksperimen di bilik makmal sains, tiba-tiba  satu letupan berlaku,  Bilik makmal tersebut terbakar dan peralatan  di dalamnya musnah.  Keadaaan di dalam makmal menjadi kelam kabut.  Perihalkan apa yang berlaku selepas itu.
 
5.  Pada cuti persekolahan yang lalu anda telah menemani bapa anda pula ke kampung. Semasa melalui lebuh raya, kereta yang dipandu oleh bapa anda berhenti dengan tiba-tiba.  Keadaan di sekeliling anda agak gelap dan menyeramkan.  Gambarkan keadaan dan suasana ketika itu.
 
6.  Pada hujung minggu yang lalu, anda telah berkesempatan mengikuti ibu anda ke pasar untuk membeli barang-barang keperluan dapur.  Anda tertarik melihat gelagat seorang suami isteri yang begitu asyik memilih barang-barang.  Gambarkan telatah mereka dan suasana yang anda dapat perhatikan pada hari itu.
 
7.  Baru-baru ini anda berkesempatan menyaksikan satu istiadat pengkebumian yang berlangsung di tempat tinggal anda.  Gambarkan suasana yang telah anda saksikan itu.
 

(NORDIHAN ISMAIL, MODEL KARANGAN,PRESTON, 1996)

FAKTA

1.  Penggunaan teknologi moden dapat memajukan sektor pertanian negara.  Terangkan bagaimanakah teknologi ini dapat mengubah taraf hidup golongan petani.
 
2.  Masalah sosial di kalanganbelia hari ini akan memberi kesan negatif kepada negara pada masa akan datang.  Apakah langkah-langkah yang anda rasakan perlu untuk membendung masalah ini.
 
3.  Kejayaan akdemik akan menjamin kehidupan yang bahagia.  Jelaskan penyataan ini.
 Hubungan yang baik antara ibu bapa dan anak-anak dapat membentuk keluarga yang bahagia.
 Kemukakan beberapa cara untuk mewujudkan hubungan yang baik ini.
 
4.  Generasi muda harus memainkan peranan mulai sekarang untuk memenuhi matlmat wawasan 2020.  Nyatakan peranan yang harus dilaksanakan oleh generasi muda untuk memenuhi matlamat tersebut.
 
5.  Kegiatan industri desa kurang mendapat sambutan daripada orang ramai.  Cadangkan beberapa langkah yang patut diambil untuk memajukan industri tersebut.
 
6.  Industri perfileman dikatakan semakin merosot meskipun jumlah filem yang dohasilakn semakin meningkat.  Nyatakan punca-punca yang menyebabkan berlakunya kemerosotan ini dan cadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya.


CEREKA / IMAGINASI

1.  Pada suatu hari minggu, anda kelaur ke bandar untuk mebeli-belah.  Semasa membeli-belah seorang perempuan menegur anda.  Anda cuba mengingati perempuan itu.  Rupa-rupanya dia ialah teman sekelas anda yang telah lama berpisah.  Ceritakan pertemuan itu.
 
2.  Anda telah mengikuti seorang teman bercuti di kampungnya di pantai timur.  Semasa bersama keluarganya berbagai-bagai pengalaman menarik telah anda alami.  Kemesraan keluarganya membuat anda berasa seperti  dalam keluarga sendiri.  Ceritakan pengalaman anda itu.
 
3.  Anda terpaksa bertukar sekolah kerana mengikut bapa anda yang bertugas sebagai anggota pois.  Pada hari pertama anda di sekolah itu, anda terpaksa berhadapan dengan suasana baru dan juga kawan-kawan yang belum pernah anda kenal.  Ceritakan pengalaman anda itu.
 
4.  Anda telah mengikuti kakak anda untuk bercuti di Singapura dengan menaiki kereta api.  Anda berasa sungguh gembira kerana ini merupakan pengalaman pertama anda menaiki kereta api.  Semasa dalam perjalanan, kereta api yang anda naiki itu telah tergelincir dari landasan menyebabkan beberapa buah gerabak telah terbalik.  Ceritakan pengalaman andan itu.
 
5.  Setelah beberapa tahun berada di luar negara, maka tiba masanya untuk abang anda puang ke tanah air.  Anda sekekuarga berasa begitu grmbira sekali kerana sepanjang tempoh empat tahun berada di sana, abang anda tidak pernah pulang.  Apabila hari yang dinantikan itu itba, anda sekeluarga menyambut kepulangannya di lapangan terbang.  Ceritakan peristiwa itu.
 
6.  Pada minggu yang lepas anda telah menemani ibu anda ke sebuah bank untuk menyimpan wang.  Semasa beratur menunggu giliran,  tiba-tiba muncul dua orang lelaki bertopeng danmengacukan pistol ke arah pengawal keselamatan.  Ceritakan apa yang berlaku seterusnya.
 
7.  Pada malam itu cuaca mendung dan angin bertiup kencang menandakan hujan lebat akan turun.  Aku tiggal seorang diri di rumah.  Sementara  ayah dan ibu keluar ke pekan kerana menziarahi seorang teman. Tiba-tiba pintu di luar rumahku berdentam sepertiditolak oleh sesuatu.  Aku mulai cemas dan terus menuju ke arah bilik itdur.  Aku terdengar bunyi tapak kasut menuju ke arah bilikku.  Lengkapkan cerita di atas supaya menjadi sebuah cerita yang menarik.



PERBINCANGAN / PENDAPAT

1.  Bincangkan kebaikan dan keburukan perkembangan sektor perindustrian kepada negara.
 
2.  Pencemaran alam sekitar berpunca daripada kelalaian manusia itu sendiri.  Bincangkan.
3.  Dasar Aman, Bebas dan Berkecuali yang diamalkan oleh negara-negara Asia Tenggara bermatlamat untuk untuk menjamin keamanan dan kestabilan politik.  Bincangkan keberkesanan dasar tersebut.
 
4.  Kempen berkongsi kereta merupakan satu cara untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang berlaku di bandar-bandar.  Bincangkan kebaikan kempen tersebut.
 
5.  Bincangkan faedah-faedah yang dapat disumbangkan oleh bidang sukan kepada masyarakat dan negara.
 
6.  Komputer merupakan salah satu ciptaan sains yang empunyai banyak kegunaan.  Penggunaan komputer adalah sesuai bagi negara-negara membangun seperti malaysia untuk muncul sebagai sebuahnegara yang maju.  Bincangkan kebaikan-kebaikan penggunaan komputer.
 
7.  Masalah jenayah di kalangan remaja merupakan masalah yang membimbangkan.  Masalah ini dikatakan berpunca daripada sikap sambil lewa ibu bapa.  Bincangkan.
 
8.  Kemasukan tanpa izin warganegara asing ke Malaysia menimbulkan masalah dari segi ekonomi dan sosial.  Bincangkan.
 
9.  Kegiatan pertanian dan perindustrian perlu dibangunkan serentak untuk kemajuan negara.  Bincangkan.
 
10.  Masa cuti tidak seharusnya dianggap sebagai masa untuk berehat.  Pelajar harus mengisi masa cuti dengan kegiatan yang berfaedah.  Bincangkan penyataan di atas.
 
11.  Penderaan kanak-kanak merupakan masalah yang semakinserius.  Pada pendapat anda, apakah punca-punca berlakunya gejala ini?
 
12.  Ada pendapat yang mengatakan bahawa iklan adalah sesuatu yang menarik tetapi tidak berguna dan kadangkala mengelirukan.  Apakah pendapat anda tentang penyataan di atas?
 
13.  Masalah kebuluran sering melanda negara-negara miskin.  Pada pendapat anda, bagaimanakah Malaysia sebagai sebuah negara membangun dapat membantu negara-negara tersebut.
 
14.  Pelaksanaan penggunaan Bahasa Malaysia  di mahkamah adalah satu tindakan yang wajar dan patut disegerakan.  Berikan pendapat anda tentang penyataan ini.
 
15.  Disiplin diri penting dalam kehidupan seseorang.  Disiplin juga menjanjikan kecemerlangan bagi seseorang pelajar.  Berikan pendapat anda tentang penyataan di atas.
 
16.  Kegiatan rasuah di kalangan ahli-ahli sukan menyebabkan mutu sukan di negara kita semakin merosot.  Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ini.  Berikan pendapat anda.
 
17.  Penglibatan kaum wanita dalam bidang pekerjaan telah menyekat  kemajuan kaum lelaki.  Nyatakan pendapat anda.
 
18.  Sifat bertanggungjawab di kalangan generasi muda perlu dipupuk sejak kanak-kanak.  Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu untuk tujuan tersebut.
 
19.  Masalah setinggan muncul kerana kepesatan pembangunan di sesebuah bandar.  Pada pendapat anda apakah  tindakan yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ini.
 
20.  Sistem peperiksaan yang diamalkan oleh sistem pendidikan di negara kita patut diteruskan kerana sistem ini merupakan satu cara yang terbaik untuk menguji kebolehan seseorang pelajar.  Berikan pendapat anda.

ULASAN

1.  Media cetak terutamanya surat khabar berperanan sebagai sumber ilmu pengetahuan dan juga memberi panduan kepada rakyat.  Ulaskan pernyataan di atas.
 
2.  Peningkatan kes jenayah dikatakan berpunca daripada kurangnya pendidikan moral dan agama serta masalah kemiskinan dan desakan hidup.  Berikan ulasan anda tentang pendapat di atas.
 
3.  Kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat di negara ini.  Kejayaan usaha ini bergantung kepada kegigihan rakyat untuk mengubah nasib mereka.  Ulaskan pernyataan di atas.
 
4.  Pelbagai kempen telah dilancarkan untuk menimbulkan kesedaran rakyat terhadap perkara-perkara tertentu.  Namun begitu kempen-kempen ini tidak berjaya dengan sepenuhnya.  Salah satu faktor yang menyebabkan kegagalannya adalah  sikap rakyat yang tidak peka terhadap kempen-kempen yang dilancarkan.  Berikan ulasan anda.
 
5.  Sikap yang terlalu mementingkan kebendaan menyebabkan hubungan sesama anggota masyarakat tidak lagi sekukuh dahulu.  Ulaskan pernyataan tersebut.
 
6.  Di samping berperanan sebagai tempat belajar dan mengajar, sekolah juga boleh dianggap sebagai agen penting dalam membentuk rakyat yang bersatu padu dan mempunyai rasa taat setia kepada negara.  Berikan ulasan anda.
 
7.  Ada yang berpendapat bahawa setiap individu mempunyai pendirian sendiri dan bertanggungjawab dalam membentuk masa depan mereka.  Berikan ulasan anda tentang pernyataan di atas.
 
8.  Langkah kerajaan membangunkan kawasan pedalaman dengan memajukan sektor perindustrian dan pertanian serta menyediakan kemudahan asas dapat mengurangkan penghijrahan belia ke bandar.  Berikan ulasan anda tentang pendapat di atas.
 
9.  Peningkatan kadar kemalangan jalan raya dipercayai berpunca daripada beberapa faktor seperti kecuaian pengguna jalan raya, tidak mematuhi undang-undang jalan raya, undang-undang yang tidak dijalankan dengan sepenuhnya dan kerosakan kenderaan.  Berikan ulasan anda.
 
10.  Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang membangun memerlukan rakyat yang cegas untuk pembangunan negara.  Namun, masalah sosial di kalangan belia yang semakin serius boleh memberi kesan negatif kepada pembangunan negara.  Berikan ulasan anda.


DIALOG / WAWANCARA

1.  Sebagai seorang pemberita, anda telah ditugaskan untuk mewawancara  tokoh yang telah menerima anugerah Ibu Mithali.  Sediakan temu ramah anda itu.
 
2.  Anda dikehendaki menemu ramah seorang ahli sukan berhubung dengan kejayaaannya menggondol pingat emas dalam acara olahraga di Sukan Asia.  Tuliskan temu ramah anda dengan ahli sukan tersebut selengkapnya.

3.  Semasa berkunjung ke negeri Trengganu, anda telah berpeluang melihat pameran dan demontrasi membuat tembaga anjura Jabatan Pelancongan sempena Pesta Trengganu.  Sebagai pemberita, anda tidak melepaskan peluang untuk menemu ramah seorang pembuat tembaga yang turut mengambil bahagian dalam pameran tersebut.  Tuliskan temu ramah anda itu selengkapnya.
 
4.  Anda dan beberapa ahli Kelab Kembara Muda sedang berbincang tentang persiapan-persiapan untuk menjelajah seluruh Malaysia.  Tuliskan perbualan itu.
 
5.  Pertubuhan beruniform yang anda sertai telah mengadakan satu lawatan ke sebuah Rumah Orang-Orang Tua.  Anda sebagai pengarah projek telah berpeluang berbual dengan salah seorang penghuni di situ.  Tuliskan perbualan anda dengan penghuni tersebut.
 



 


LAPORAN

1.  Anda sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia dikehendaki menyediakan satu laporan lengkap tentang aktiviti tahunan persatuan tersebut untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah.  Tuliskan laporan itu selengkapnya.
 
2.  Sempena Minggu Disiplin, Kelab Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan satu mesyuarat untuk membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang  minggu tersebut.  Sebagai setiausaha kelab, anda dikehendaki menyediakan minit mesyuarat itu selengkapnya.
 
3.  Kelab Seni dan Budaya sekolah anda telah menganjurkan pameran kraftangan orang-orang Melayu.  Pameran itu diadakan sempena dengan Minggu Budaya.  Anda sebagai setiausaha kelab tersebut telah diberi tanggungjawab untuk menulis laporan tentang pameran tersebut.   Sediakan laporan anda dengan selengkapnya.
 
4.  Baru-baru ini sekolah anda telah mengadakan lawatan ke tempat-tempat bersejarah di negeri Kedah.  Sebagai setiausaha lawatan, anda dikehendaki menulis satu laporan tentang lawatan tersebut.  Tuliskan laporan itu selengkapnya.
 


CERAMAH

1.  Andaikan bahawa anda pegawai kesihata.  Anda telah diminta oleh sebuah sekolah untuk memberikan ceramah bertajuk “Pemakanan Yang Teratur Penting Untuk Kesihatan.”   Sediakan teks ceramah anda  selengkapnya.

2.  Guru memainkan peranan yang penting dalam menentukan pembangunan negara.  Berhubung dengan pernyataan di atas, anda dikehendaki menyediakan satu teks ceramah yang bertajuk  “Guru Sebagai Tunggak Pembangunan Negara.”  Sediakan teks ceramah anda itu selengkapnya.
 
3.  Sejak akhir-akhir ini masalah jenayah di kalangan remaja semakin serius.  Keadaan ini boleh mengancam keselamatan dan pembangunan negara pada masa akan datang.  Anda telah diminta untuk menyampaikan satu ceramah tentang langkah-langkah untuk mengatasi jenayah di kalangan remaja.  Tuliskan teks ceramah anda itu selengkapnya.
 
4.  Andaikan pegawai di Jabatan pendidikan.  Anda telah dijemput oleh sebuah kelab untuk memberikan ceramah tentang pentingnya penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum.  Sediakan teks ceramah tersebut.
 
5.  Sebagai guru kaunseling anda dikehendaki memberikan satu ceramah tentang pentingnya disiplin dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar.  Tuliskan teks ceramah anda itu selengkapnya.
 


 
 

UCAPAN

1.  Sekolah anda akan melancarkan Minggu Bahasa Malaysia tidak lama lagi.  Sebagai presiden Persatuan Bahasa Malaysia, anda dikehendaki menyampaikan ucapan pada hari pelancarannya.  Tuliskan ucapan anda itu selengkapnya.
 
2.  Anda telah terpilih untuk menerima anugerah pelajar cemerlang.  Pada hari penyampaian hadiah tersebut, anda telah diminta oleh pihak pengajur untuk menyampaikan ucapan berhubung dengan kejayaan anda.  Karangkan teks ucapan anda.
 
3.  Andaikan anda pegawai di Jabatan Alam Sekitar.  Sempena perasmian Hari Alam Sekitar, anda telah dijemput oleh sebuah sekolah untuk memberi ucapan tentang pencemaran alam dan langkah-langkah untuk mengatasinya.
 
4.  Sekolah anda akan mengadakan satu pameran sains.  Sebagai Presiden Persatuan Sains sekolah, anda diminta memberi ucapan sempena majlis pelancaran pameran tersebut.  Tuliskan ucapan anda itu.
 
5.  Anda telah dipilih oleh majikan tempat anda bekerja untuk mengikuti satu kursus di luar negara selama satu tahun.  Rakan sepejabat anda telah mengadakan satu jamuan untuk meraikan pemergian anda.  Sediakan ucapan untuk melahirkan rasa terima kasih anda atas kerjasama dan sokongan yang telah anda terima.

             

SYARAHAN

1.  Satu pertandingan syarahan telah dianjurkan oleh persatuan sejarah di sekolah anda.  Tajuk syarahan  ialah “Kepentingan Sejarah Dalam Memupuk Semangat Cintakan negara.  Anda turut mengambil bahagian dalam pertandingan tesebut.  Tuliskan teks syarahan anda itu selengkapnya.
 
2.  Ada telah mendengar satu ceramah yang bertajuk “Membaca Dapat Membina Masyarakat Yang Berilmu.”  Berpandukan isi-isi ceramah tersebut, tuliskan satu syarahan berdasarkan tajuk yang sama.
 
3.  Anda dipilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan.   Tajuk syarahan yang akan dipertandingan ialah “Etika Kerja Perlu Untuk Meningkatkan Produktiviti Negara.”   Sediakan teks syarahan tersebut selengkapnya.
 
4.  Anda telah meyertai satu pertandingan syarahan peringkat sekolah.  Tajuk syarahan yang akan anda sampaikan ialah “Pengurusan Masa Yang Berkesan Penting Bagi Membentuk individu Yang Berdisiplin. ”  Tuliskan teks syarahan anda itu.
 
5.  Sempena hari Warga Tua, satu  syarahan telah diadakan di sekolah anda.  Anda telah turut serta dalam pertandingan tersebut,  Tajuk syarahan yang akan disampaikan ialah “Kebajikan Warga Tua Adalah Tanggungjawab Bersama.”  Tuliskan semula syarahan anda itu.

onenita@netscape.net
Bac to Nita's Homepage
Anda Pelawat ke-