Berikut adalah bahan
yang kami sediakan
untuk anda semua



Bahan Utama






Bahan Lain












 

berterimakasih kepada anda kerana sudi untuk meninjau halaman ini. Tanpa anda sedari, kini anda telah berada di satu halaman yang banyak menggunakan Bahasa Melayu dalam isi kandungannya. Halaman ini merupakan antara halaman Web Bahasa Melayu yang mengetengah- kan faedah-faedah dan bahan-bahan yang berguna yang dapat anda perolehi dari Internet. Jarang sekali sesebuah halaman Web berbahasa Melayu membuat tawaran sebegini!!!


Segala yang terkandung di dalam halaman ini adalah percuma dan anda digalakkan untuk mendaftar dalam mana-mana site yang disediakan sama ada untuk e-mail mahupun design homepage. Begitu juga dengan lagu-lagu yang kami persembahkan untuk anda, kami ingin sekali melihat anda membuat koleksi fail-fail lagu berbentuk MIDI di dalam hard disk atau disket komputer anda. Jadi, jangan buang masa apa lagi, tinjau dan explore lah ruangan ini untuk kepuasan anda.

Hai! Pernah tak jumpa kami......? Kalau anda guna Microsoft Comic Chat, kamilah yang glamer dengan nama NARO dan character inilah simbol kami... Kalau nak jumpa Naro, masuklah channel #mamak kat Comic Chat atau Pirch... senang je kan!! Okaylah, Homepage atau laman Web ni kami penuhi dengan grafik, lagu, Java, dan macam-macam lagi, kira macam site ni adalah site multimedia lah, kalau tak ada soundcard ke, atau browser yang latest ke, susahlah korang nak nikmati halaman ni. Dan mana yang tak suka kat frame, sorry yek! Guna Netscape atau Internet Explorer version baru... tentu cun punya, lagipun banyak faedahnya. Ek..eleh... bukannya susah nak dapatkan Explorer 4.0 dan Communicator 4.0 tu, macam tak biasa lak... pergilah Imbi, tak pun Ampang Park (kalau malas nak download le....), kalau beli original, lagi bagus, kesian la kat BSA tu, asyik kejar orang ke sini sana hanya nak banteras cetak rompak software... hummphh!

Buat minah - minah dan mamat - mamat yang suka dengar lagu jiwang, 'felong', dan seumpamanya, bolehlah memanfaatkan ruangan ni sebab kat sini kami offer banyak koleksi lagu-lagu hits sama ada yang dah lepas ataupun yang latest nie. Anda tak tau macam mana nak download ? Kalau guna Netscape, click je kat lagu tu.... lepas tu anda akan dengar lagu tersebut (tapi ingat, ini MIDI music je, komputer kena ada sound card, kalau tak ada jangan harap le....) Bawa mouse pergi kat music box tu, click je mouse sebelah kanan, akan keluar option Save As..., lepas tu save lee.. apa lagi!


Bagi anda yang suka sangat kumpul E-Mail dan design Homepage secara free, bolehlah masuk ke halam nie sebab kami dah sediakan pelabagai site menarik untuk anda daftar e-mail dan homepage secara Free... hmm.. tambahlah koleksi E-mail anda dan Homepage anda.... baru galmer beb... orang lain ada 2 - 3 je mail, kita ada dekat sepuluh... mana taknya.... homepages pulak rata-rata tersebar kat Internet...lepas tu semua tak ingat address... lupa password... yang tu, lantak sendiri.. bukan tanggungjawab kami! Apa yang kami harapkan...anda mendapat manfaat sepenuh- nya dari ruangan yang kami sediakan ini, MIDI, E-Mail, dan Homepage adalah semuanya
untuk anda!


Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan, sila berhubung dengan kami melalui e-mail.








Now Playing : Hero from Mariah Carey



Copyright © 1997 Hazuandy Hassan @ Noor Zakiah Mohamed. Hakcipta Terpelihara