UNGKAPAN/DAILOG
Sebenarnya sejak saya jatuh cinta dengan seni, saya amat meminati filem Melayu lama (samada dari Cathay Keris Film Production atau Malay Film Production) dan justeru itu saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada para seniman. Dan antara karya-karya yang ingin saya paparkan di sini adalah merupakan ungkapan-ungkapan/dialog-dialog yang terdapat dalam filem amat memberi kesan yang mendalam dan kalau diteliti secara halus (berfikir) kata-kata itu banyak membawa faedah kepada "orang-orang kita" amnya. Namun demikian, ianya terpulang kepada anda untuk memberikan tafsiran. Sesungguhnya, orang Melayu kita ini kaya dengan peribahasa, perumpamaan, kiasan dan sebagainya.......maka gunakanlah akal yang dianugerah untuk membuat penilaian yang jitu.
 Selain dari itu, saya juga akan selitkan petikan dari lirik lagu- lagu M.NASIR yang mempunyai mesej yang berguna untuk tatapan bersama dan..........................
Semoga anda terhibur !!!

"Lighting..(ok)..camera..(rolling)........scene one take one...........ACTION!"

 Dari filem : "Bawang Putih, Bawang Merah"
  Bawang Merah : "Mengapa engkau suka menzalimi dan menganiayai diriku?"   
Bawang Putih : "Sebab engkau sendiri yang membiarkan diri kau dianiaya dan dizalimi".
  idea/kiriman : boss (k*****2@pd.jaring.my)

Dari filem : "Hang Tuah" (Tan Sri P.Ramlee)
  Pengikut setia Patih Kerma Wijaya : "Bagaimana kita hendak mencari kesalahan Laksamana Hang Tuah, sedangkan beliau sekarang ini sudah menjadi kesayangan tuanku, Patih?"   
Patih Kerma Wijaya : "Kalau tak ada salahnya...diada-adakan salahnya"
 

 Dari filem : "Tiga Abdul"
  Abdul Wahib : "Kanda kena bersikap demokrasi" 
Abdul Wahab : "Demokrasi bagaimana" 
Abdul Wahib : " Semua harta ayahnda, kekanda serahkan kepada adinda....kekanda jangan ambil satu sen pon" 
Abdul Wahab : "Itu demokrasi hape?" 
Abdul Wahib : "Itulah demokrasi terpimpin!" 
Abdul Wahab : "Terpimpin kepale hotak kau!!!!!!!!!!!!!"
 idea/kiriman : Azmi Adan (raja_bugis@hotmail.com)

 
Dari filem : "Tiga Abdul"
  Abdul Wahoob : "Tuan hamba jangan pandang hamba sebelah mata tauu...Hamba lebih kaya dari Abdul Wahab dan lebih kaya dari Abdul Wahib".
 

Dari filem : "Nasib Si Labu-Labi"
  Hj. Bakhil : "Jiwa Cikgu Mughni (Murni) sama seperti saya...saya cintakan anak yatim termasuk Cikgu Mughni".

Dari filem : "Ibu Mertua Ku"
  Nyonya Mansor : "Siapa Kassim Selamat?.......Majestret? Loyer?........ .   Apaaaa.......ahli musik! Pantang Datok Nenek aku..."

Dari filem : "Ibu Mertua Ku"
  Nyonya Mansor : "......kalau engkau aku dah benci, keturunan engkau pun aku tak mahu! Anak kau tak ada...".
  idea/kiriman : Azmi Adan (raja_bugis@hotmail.com)

Dari filem : "Ibu Mertua Ku"
  Kassim Selamat : "....kenapa engkau dijadikan di mukabumi ini sebagai manusia....bukankah baik dijadikan haiwan".
 

Dari filem : "Sarjan Hassan"
  Sarjan Hassan : "Dengar sini kawan-kawanku sekampong, aku berharap janganlah hendaknya ada lagi manusia seperti ini (Buang) di tanah air kita..kerana manusia seperti inilah yang akan merosakkan keturunan kita. Ya...memang bangsa kita masih muda dan lemah.... tapi aku tak peduli itu semua. Harapanku adalah agar kita semua haruslah bersatu padu sesama bangsa".
 
Dari cerita Pi Mai Pi Mai - Episod Saing.
Kisah Mak Uda dan Mak Usu membuka gerai makanan bersebelahan Warung Mamak Maidin dengan menjalankan perniagaan yang sama. Bagi menyaingi Maidin untuk merebut pelanggan, Mak Uda dan Mak Usu telah menggunakan ilmu pelaris dengan membakar kemenyan dengan mengasapkan seluruh gerainya. Sebelum Budin dan Mat Deris datang, Pak Uda telah mendahului mereka berdua.....seterusnya.......dialog ini........
  Pak Uda : "Kita orang Melayu ni...janganlah lari dari akidah.....Bila nak maju pakai bomoh, bakar kemenyan...sudahnya betuhankan kemenyan le kita...... Ni haa Mak Usu dengan Mak Udanya...kalau nak berniaga pulak, bakar kemenyan...kalau nak maju bakar kemenyan. Sebenarnya kalau kita nak maju dalam perniagaan... pertamanya makanannya mestilah sedap dan harga mestilah murah , keduanya layanan mesti baik....mulut kena manis..... Kalau dua-dua syarat ni tak de, bakar satu gerabak keretapi kemenyan pun orang tak nak datang......".
 
Dari filem : "Pendekar Bujang Lapok"
  Cikgu Ros : "Itulahhhh....lain kali jangan sukak ketawakan orang..Ini bukannya huruf "M"..........ini huruf "HA".
 
Dari filem : "Pendekar Bujang Lapok"
  Pendekar Mustar : "Oooooo.. mentang-mentang aku orang miskin, kao tolakkan aku ye....".
 
Dari filem : "Ragam P.Ramlee - Slot Cerita Damak"
  Taruna : "Bonda bercakap bahasa tua, Anaknda bercakap bahasa muda, Bahasa tua sabar di dada, bahasa muda darah bergelora..".
 idea/kiriman : Azmi Adan (raja_bugis@hotmail.com)

Dari filem : "Seniman Bujang Lapok"
  Pelakon (S. Kadarisman) : "...bukankah kau tahu kesukaan ialah belacan, mengapa engkau masak sayur asam tak mahu campur belacan...sekarang aku akan pancung leher engkau....".  
Sudin : "Heiii, apa daaaa.. pasal belacan pun nak memancung orang ke?".  
(Setelah ditenangkan oleh Ramlee dan Ajis) 
Sudin : "Manalah aku tahu dia orang tu berlakon, ni apasal lak pasal belacan nak memancung-mancung orang...buatlah cerita ayam emas ke, burung terbang ke...."  
 
 

Dari filem : "Anakku Sazali"
  Sazali : "Kalau sepuluh tahun dulu bapak marahkan Sazali, mungkin Sazali tak jadi begini bapak.......sekarang Sazali sudah besar dan punya segala-galanya."

Dari filem : "Pendekat Bujang Lapok"
  Ramlee : "Ei Sudin! itu apa bacanya" 
Sudin : "Alif! Mim! Waw! Nun! ...............Alif tendang Waw bunyi nya sarkes daaaaaaa" 
Ramlee : "Ei apa daaaaaa! takkan yang tulis panjang panjang tu bunyik nya sarkes" 
Sudin : "Ei! yang panjang panjang tu dia punya bunga saja daaaaaaaaa. Apa? ko ingat ceti saja yang pakai bunga?"

Dari filem : "Fenomena"
  Isabella : "Azlan.........jangan terlalu kecewa tentang kekecewaan hari ini sehingga kita melupakan kebahagiaan hari esok...."
 idea/kiriman : Syamsia Aini Shohaimi (darwisi@hotmail.com)
 

LIRIK LAGU
Dari lirik lagu "Siapa Orang Kita"
  "Mana kah teman-teman ku... 
yang sama berjuang dahulu....  
hilang sudah...hilang sudah,  
Kebendaan menggelapkan... 
lupa dengan perjuangan...lupa sudah....lupa sudah,  
Maana... 
mana orang kita."
 Ulasan Osman Tikus: "sedih dengan sikap orang Melayu kita sekarang ini, pasal duit, pangkat, kuasa dan jawatan .....lupa dengan perjuangan!".
 
Dari lirik lagu "Masing-masing"
  "Jikalau kita bersikap jujur, kadangkala tertipu oleh teman sendiri,  
Jikalau kita berdiam diri, nanti kita ditinggalkan jauh ke belakang."
 Ulasan Osman Tikus: "maka berhati-hatilah ......".
 
Dari lirik lagu "Tanya Sama Hud-Hud"
  "Lihat dunia dari mata burung 
atau lihat dari dalam tempurung 
Yang mana satu engkau pilih?"
 Ulasan Osman Tikus: "OT pilih lihat dunia dari mata burung".
 
Dari lirik lagu "Anak-Anak Kita"
  "Fikir! selamatkah kita ditangan Tukang Karot itu 
Fikir! selamatkah kita ditangan Dalang Wayang itu 
Fikir! selamatkah kita ditangan Ahli Korporat itu 
Fikir! selamatkah kita ditangan Doktor Jiwa itu 
Fikir! selamatkah kita ditangan Ahli Kitab itu"
 Ulasan Osman Tikus: "maka berfikirlah! demi untuk anak-anak kita ......".
 
Dari lirik lagu "Masing-masing"
  "Mimpi ku semalam sungguh aneh sekali  
Ada seorang kaya menghitung hasilnya 
Sedangkan jiran disebelahnya tubuh menggeletar  
kelaparan 
Masing-masing 
masing-masing dengan hidup sendiri"
  Ulasan Osman Tikus: "orang Melayu kita yang beragama Islam macam inikah cara hidupnya?"

Dari lirik lagu "Bukalah Hatimu"
  "Kereta kebal perang di kaca TV 
secara "live" melalui satelit 
yang untung broker teknologi 
kita cuma dapat kemeja T........"
 Ulasan Osman Tikus: "Orang Melayu kita cepat suka dan bangga bila diberi "kemeja T percuma" sedangkan nilainya tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan keuntungan yang dikaut oleh si Broker hasil yang diambil dari tenaga dan kesusahan kita sendiri?"
Oleh itu bukalah hatimu! janganlah mudah terpedaya dan terpengaruh, jangan mudah digula-gulakan oleh pihak yang ingin memperolehi kepentingan sendiri !!!.
 
Dari lirik lagu "Wadi"
  "Minum air ini dan bersihkan lah mukamu 
Kita kan bermalam di wadi ini 

Kita telah lari dari kota kemunafikan 
Maka rehatlah kabilah ku 

Kita takkan sesat dalam kesesatan ini 
Kita harus keluar 
untuk pulang"

 Ulasan Osman Tikus: "Kita harus keluar dari kesesatan ini dan seterusnya keluar berjuang demi kebenaran!!!".

Dari lirik lagu "Kupu-Kupu"
  "Aku kecil tak berkuasa, 
aku tak berkuasa, aku tak berkuasa 
Namun mataku tak dapat terlindung 
dari melihat 
akan kecurangan 

Yang benar tetap benar walau dipertikaikan 
Yang salah tetap salah walau diselindungkan 
Dari itu jangan kau tangkap aku 
Aku di sini hanya sementara waktu"

 Ulasan Osman Tikus: "Lirik lagu ini keseluruhannya amat menyedarkan dan menginsafkan saya. Betapa keikhlasan yang ingin diceritakan atas sesuatu perkara yang benar tentang segala kecurangan akan dianggap sebagai suatu ancaman. Akhirnya keikhlasan akan dibalas dengan cara di mana "kupu-kupu akan ditangkap dan dijadikan perhiasan".

PERHATIAN
(Jika ada kesilapan, harap maklumkan kepada saya kerana ungkapan/dialog ini adalah berdasarkan ingatan saya sahaja. Tambahan pula saya kini tidak mempunyai masa yang terluang untuk melihat semula video lakonan bintang-bintang filem lama. Juga dimaklumkan segala ulasan yang saya berikan ini adalah atas pengamatan dan persepsi saya sendiri terhadap lirik lagu M.Nasir/sahabatnya untuk kita orang Melayu sama-sama fikirkan. Kalau anda mempunyai persepsi yang berlainan! terpulanglah....... kerana manusia dilahirkan dengan persepsi yang berbeza.
Sukacita saya maklumkan ulasan di atas adalah idea saya sendiri tanpa penglibatan dari sesiapa mahupun dari Idola saya; Abang M.Nasir! kerana saya tidak mahu membabitkan sesiapa ke dalam kancah kontrovesi disebabkan ada terdapat ulasan-ulasan saya agak pedas dan mungkin menyinggungkan!. Tapi itulah hakikat sebenarnya. Tujuan saya adalah ikhlas! dan jika tuan/puan/saudara/saudari tidak menggemarinya, saya mohon ma'af! MAA'AFKAN SAYA JIKA SAYA SERING SAJA BERLAKU SONGSANG! )
 -Al Fatehah untuk para seniman-seniwati (bintang filim Melayu) yang telah kembali ke rahmatullah-