Sebelum anda dibawa ke halaman M.Nasir seterusnya
sukacitanya saya ingin menyampaikan sajak saudara Pyan Habib semasa konsert Gong....M.Nasir

 
 
Ma'afkan aku! kalau aku sering saja berlaku songsang, 
terutama di perayaan tahunan seperti hari ini.................. 
Apabila orang telah sedia duduk,                                       
aku bangun berdiri                                                              
Apabila orang bertepok,                                                     
aku diam                                                                              
Apabila orang orang ghairah berbincang,                          
aku tidor                                                                               
Apabila orang membaca zikir,                                              
aku takot mati  

Ma'afkan aku jika aku sering saja berlaku songsang  
terutama di perayaan tahunan seperti hari ini  
Orang lain sudah merdeka,  
aku belum  
Aku bahagia kerana aku masih Melayu,  
walaupun Melayu kata "Melayu bodoh!" Melayu kata "Melayu kecoh!" 
biarkan........., biarkan..................  
Melayu kata "Melayu malas!" Melayu kata "Melayu mulas!" 
biarkan........., biarkan.................. 
Melayu kata "Melayu kecot!" Melayu kata "Melayu takot!" 
biarkan........., biarkan.................. 
Melayu kata "Melayu belut!" Melayu kata "Melayu belot!" 
biarkan........., biarkan.................. 
Melayu kata "Melayu kasap!" Melayu kata "Melayu lesap!" 
biarkan........., biarkan.................. 
Melayu kata "Melayu tongong!" Melayu kata "Melayu bingong!" 
biarkan........., biarkan.................. 
Melayu kata "Melayu serong!" Melayu kata "Melayu jerong!" 
biarkan........., biarkan.................. 
Melayu kata "Melayu sombong!" Melayu kata "Melayu murong!" 
biarkan........., biarkan.................. 
Maka Luncai pun terjun dengan labu-labunya. 
 

Nota:
Terlebih dahulu kepada saudara Pyan Habib, saya mohon ma'af kerana tidak mendapat izin dari saudara untuk menggunakan sajak ini. Sekiranya ada kesilapan pada rangkap sajak ini, harap saudara dapat memaklumkan kepada saya melalui e-mail. Terima kasih kepada Pyan Habib a.k.a Osman Tikus dalam Kembara Seniman Jalanan.
[KE HALAMAN SETERUSNYA]