o  
sss
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
.. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
.. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
.. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
.  
.  
. 
 
o   
 s 

Sejarah Penubuhan PAS Pahang

     Era kepimpinan Pas Negeri Pahang bermula apabila Pejabat Agung Pas Pusat melantik Allahyarham Mohamed Yassin b. Salleh memangku jawatan Pesuruhjaya Pas Negeri Pahang pada tahun 1958. Beliau kemudian dilantik ke jawatan penuh sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri Pahang pada kongres Agung Pas Pusat tahun berikutnya.  
  
     Allahyarham Mohamed Yassin b. Salleh dengan dibantu oleh tokoh-tokoh seperti Dato’ Abu Samah b. Haji Ali, Ustaz Hasanuddin b. Muhamad serta rakan-rakan kepimpinan beliau yang berpusat di Temerloh pada ketika itu telah menyusun kerja bagi mengembangkan pengaruh Pas di Negeri Pahang. 
  
     Tugas utama yang menjadi amanah penting kepada Mohamed Yassin b. Salleh ialah menambah keahlian, ranting-ranting serta cawangan-cawangan Pas di Temerloh khususnya dan di negeri Pahang amnya. 
  
     Bagi melaksanakan tugas itu, beberapa bidang tugas atau biro-biro parti telah diwujudkan terutama yang berkait dengan politik. Walaupun tugas yang diamanahkan kepada beliau dan rakan amat berat memandangkan dasar yang dibawa oleh Pas di negeri Pahang agak terasing dari perhatian masyarakat ketika itu, ditambah pula oleh kedudukan bumi Pahang yang luas juga faktor perhubungan yang amat sukar, namun ianya berjaya ditempuhi. Perjuangan Islam yang didokongnya tidak ditinggalkan hanya kerana faktor halangan sebagaimana yang disebutkan. 
  
     Komitmen yang kuat oleh Mohamed Yassin b. Salleh dan rakan-rakannya dalam memajukan perjuangan PAS berjaya dibuktikan pada tahun berikut selepas penubuhan apabila Pas Negeri Pahang berjaya meletakkan calonnya dalam tiga kerusi yang dipertandingkan pada pilihanraya umum kebangsaan 27 Julai 1955. 
  
     Jasa dan pengorbanan yang dicurahkan oleh Mohamed Yassin b. Salleh serta rakan-rakan adalah amat bernilai kerana kejayaannya meletakkan perjungan Pas pada tapak awal perkembangan politik tanahair dan juga menjadi perintis kepada kesinambungan perjuangan selepas beliau. 
  
     Kepimpinan Mohamed Yassin b. Salleh dalam memimpin Pas Negeri Pahang berakhir pada tahun 1963, apabila beliau kembali ke rahmatullah setelah memimpin Pas Negeri Pahang sekitar 5 tahun dan Pas Cawangan Temerloh selama 14 tahun. Segala usaha yang beliau curahkan moga-moga mendapat keredhaan Allah s.w.t.. 
  
     Pemergian Allahyarham Mohamed Yasssin b. Salleh ke rahmatullah, menjadi satu kejutan kepada Pas Negeri Pahang memandangkan Pas baharu sahaja bertapak dan memulakan langkah awalnya.  Kekosongan jawatan Pesuruhjaya Pas Negeri Pahang dipangku kepada tokoh besar Negeri Pahang iaitu Allahyarham YM. Tengku Abdul Hamid Sutan Abdullah atas restu Pas Pusat dan kemudiannya diberikan jawatan penuh sebagai Pesuruhjaya pada kongres Pas Pusat tahun berikutnya. 
  
     Penyertaan tokoh besar istana Pahang ke dalam perjungan politik Islam sebenarnya sangat-sangat memeranjatkan sekalian ahli politik samada di Negeri Pahang mahupun di Tanah Melayu ketika itu. Sebagai seorang tokoh istana, kehadiran YM. Tengku Abdul Hamid Sultan Abdullah ke dalam politik tidaklah begitu memeranjatkan tetapi yang lebih memeranjatkan ialah kehadirannya menerajui parti politik pembangkang ( PAS ) yang tidaklah mempunyai pengaruh sehebat  Umno dan Kerajaan Perikatan 
  
     Kehadiran YM.Tengku Abdul Hamid Sultan Abdullah selaku pemimpin begitu menggembirakan sekalian ahli PAS. Penyertaan YM.Tengku Abdul Hamid Sultan Abdullah sebenarnya menaikkan moral sekalian ahli dan kepimpinan  Pas terutama di negeri Pahang . 
  
     YM. Tengku Abdul Hamid Sultan Abdullah dengan dibantu oleh pimpinan Pas Pahang yang lain saperti Alahyarham Dato’Abu Samah Hj Ali selaku Timbalan Pesuruhjaya, Mohd Ariffin Abu Bakar selaku Setiausaha Perhubungan, Nik Ahmad Nik Man selaku Bendahari Perhubungan, Ustaz Mohd Ariff Abas selaku Ketua Dewan Ulama’ dan barisan kepimpinan yang lain telah berjaya menyusun semula pembentukan jawatankuasa kerja peringkat Perhubungan Negeri pada 9.11.1963, sebagai persiapan lebih tersusun bagi menghadapi pilihanraya tahun berikutnya.. 
  
     YM. Tengku Abdul Hamid Sultan Abdullah menjawat jawatan Pesuruhjaya Pas Negeri Pahang sekitar 2 tahun yang berakhir pada tahun 1965, beliau terpaksa melepaskan jawatannya atas nasihat kekanda Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah bagi menjaga nama baik istana kerana kehadirannya dalam politik terutama pembangkang ( PAS ) tidak disenangi oleh parti pemerintah ketika itu.

 
o