Make your own free website on Tripod.com
 
o  
sss
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
. 
 
 
o   
h

Sejarah Bendera, Simbol dan Nama PAS  
PERSATUAN ISLAM SE TANAH MELAYU (PAS) DAN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS)

     Menyedari akan keperluan adanya lambang sebagai simbol yang menjadi identiti, maka para pemimpin Persatuan Islam Se Tanah Melayu ( PAS ) pada masa itu telah mengambil keputusan mewujudkan lambang parti bagi pengenalan rasminya. 
  
     Setelah mengambil kira banyak faktor terutama yang berkaitan dengan dasar perjuangan di mana Islam sebagai asas yang terpenting maka  simbol yang dikemukakan dan diputuskan oleh pimpinan pada ketika itu ialah  Lambang Tapak Tangan Terbuka dan Bulan Bintang. Ciri-ciri yang dikemukakan dalam lambang Persatuan Islam Se Tanah Melayu  itu adalah sangat  sesuai dan bertepatan dengan dasar perjuangan Islam yang didukungnya. 
  
     Selain daripada mewujudkan lambang, Persatuan Islam Se Tanah Melayu, juga telah mewujudkan juga  bendera atau panjinya yang tersendiri. Bendera yang berwarna merah disebelah atas dan putih disebelah bawah serta bulatan hijau sebelah kiri di atas warna merah bertulis Allah dan Muhamad. 
  
     Lambang-lambang serta bendera yang dikemukakan dan digunapakai ketika itu adalah ciri terpenting ke arah pengenalan perjuangan yang matlamatnya sangat jelas bagi menegakkan sebuah pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah. 
  
     Perjuangan Islam yang dibawa Pas sebenarnya sangat-sangat mendapat sokongan rakyat khususnya kalangan umat Melayu dan umat Islam. Keadaan amat mencurigakan kalangan politik yang bertentangan khususya daripada Umno dan Perikatan. 
  
     Kecurigaan Umno dan Perikatan / BN yang semakin memuncak terhadap Pas, membawa kepada arahan yang mengharamkan simbol-simbol Persatuan Islam Se Tanah Melayu. Di era kepimpinan Allahyarham Tunku Abdul Rahman perkataan ALLAH - MUHAMMAD yang digunakan pada bendera rasmi Pas diharamkan. Di zaman Allahyarham Tun Abdul Razak pula lambang bulan bintang diharamkan penggunaannya. 
  
     Rasa tidak senang Umno dan kerajaan pimpinannya terhadap perjuangan Pas tidak pernah padam. Pada Disember 1978 suatu desakan dan tekanan baru dikenakan ke atas Pas, kali ini melibatkan suatu arahan agar Pas menggugurkan perkataan Islam. Pengumuman akhbar telah dibuat oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Syed Ahmad Shahabuddin. Arahan menggugurkan perkataan Islam oleh Umno dan kerajaannya telah dikritik hebat oleh seluruh pimpinan dan ahli Pas. Satu kenyataan akhbar telah dibuat oleh Setiausaha Dewan Pemuda Pas Pusat ketika itu Encik Hamin Abu Bakar yang membantah rasional desakan Umno tersebut. 
  
     Keratan akhbar ini menjadi bukti betapa desakan dan tekanan yang tidak pernah padam oleh pimpinan Umno dan kerajaan Perikatan / BN terhadap perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas. Meraka menggunakan pelbagai alasan-alasan untuk membenarkan tindakan mereka dari masa ke semasa tanpa memikirkan rasional terhadap masa depan bangsa dan agama. 
  
     Bagi mengelakkan berlakunya pengharaman terhadap Pas, pemimpin Pas telah bersidang dan mengambil keputusan mengubah lambang parti dengan lambang baru iaitu Lambang Bulan Penuh yang berlatar belakangkan warna hijau putih. Benderanya pula dikekalkan tetapi terpaksa menggugurkan perkataan Allah - Muhamad. Bendera serta lambang Parti Islam Se Malaysia ( PAS ) itu digunapakai sehingga ke hari ini. 
  
     Usaha-usaha ke arah lebih memperkenalkan Pas. Penukaran nama dari Persatuan Islam Se Tanah Melayu ( 1951 - 1971 ) kepada Parti Islam Se Malaysia, sebagai menepati perkembangan politik semasa. Di bawah nama baru yang lebih menyerlahkan dasar dan matlamat.

 
o