"Rubbish Talk "

Siri 2: Abrahim


Di Payung Corner- sering aku menjadi pemikir yang cuba mentafsir lagak dan rawak para sahabat di tempat aku bekerja. Ada yang mengata dan mempersenda, "..buang masa bawah payung !" Bawah payung,ramai rakan yang ikhlas dan istimewanya sebagai transit meluah rasa peribadi terhadap apajua isu semasa yang mungkin boleh dikongsi bersama. Berbicara tanpa tajuk yang khusus ,sambil menghirup idea,mencerna ragam rakan,menjadi garam akrab dalam persahabatan. Singgah dan duduk menjamah kemesraan ,sekurang-kurangnya menjadi pendengar setia yang lain berbicara tentang masalah kehidupan,lalu bergegas ke ruang kerja tanpa siapa menyekat malah menghambat . Halim, sang akrab pasti menceritakan semula kuliah subuh yang baharu diikuti.Itu resepi istimewa saban pagi.Abang Long,(seperti aku dan juga tuan pengetua yang isteri masing-masing tidak bersama di utara ini) semestinya Payung Corner tempat seketika mengalas rasa terkenang sudah lama tidak dihidang mesra sayang dari tersayang.. apakan daya. Jusni dan ( kadang-kadang Zaidun ) pasti cerita tentang maklumat teknologi terkini pabila ditanya ..Apa kurang pula si penjual ubat & minyak wangi yang kadang-kadang lansung tidak berbayar rakan .semeja.Dalam pergaulan dengan rakan rakan semeja di bawah payung telah memberi pengalaman dan pengetahuan yang baharu pula . .Jadi dalam rangka aku mengumpul khazanah to know everything of something..aku juga dapat mengumpul khazanah to know something of everything Dan aku sebagai pendengar setia yang kadang-kadang menyampuk dengan sekelumit cerita yang sengaja diada-adakan sebagai penyeri berita yang tidak ada.Lantaran teramat kerap dicap dan ditohmah sebagi membuang masa(memangpun) berbual kosong (yang padat berisi pelbagai rencah mesra rojak kehidupan).Ada yang kata kami di Payung Corner "talking rubbish .Jadi di ruangan ini pasti akan aku buktikan kepada mereka yang akau ini benar benar "talking about rubbish " dan sengaja aku tajukkan cerita dari pengalaman dan pengahayatan peribadi aku ini dengan judul Rubbish Talk. Sebelum itu baiklah aku perkenalkan diri .Nama aku Abdul Rahim Bin Abdullah Bin Ahmad Bin Khatib Endut ...setakat itu cukuplah kerana orang panggil aku Im .

Untuk lebih serius tentang rubbish talk ini biarlah aku mulakan dengan cerita yang pertama: Dipetik dari Leo Buscaglia (1989) dalam Living ,Loving & Learning ,berkata Katanzakis: "When a tree dies,that is not the end of it.Decomposes begin, tearing and breaking away the tree into pieces.After a while the tree blended back into the soil,returning back what it has taken...so that the others may live !"

Betapa indahnya resam pokok.Sejak mula membesar dan merendang,pasti pokok itu menggugurkan daunannya yang layu setelah melalui proses dari pucuk.Maka berguguranlah daun daun kering ditiup angin lalu bersepahan di bumi.Menimbun bumi dengan daun kering yang kemudiannya mereput menjadi baja kompos untuk dirinya dan untuk bakal biji benih yan akan digugurkan nanti. Nah lihatlah persediaan dan persiapan pokok terhadap bakal generasi baharunya nanti. Kalau begitu maksud pokok menebarkan daunnya ke bumi,kenapa kita manusia menkelaskan daun kering itu sebagai S A M P A H ? Sampah adalah interpretasi manusia. Ah...sampah ! Semua orang membuat sampah dan kemudian menyampah ,melihat sampah.Orang yang sering membuang sampah dimerata-rata tempat(kecuali di rumahnya)juga menyampah melihat sampah.Kalau tidak percaya cuba anda curahkan sampah di hadapan pintu rumah orang yang sering membuang sampah tidak bertempat itu,...kalau tidak didakwanya anda ke mahkamah pasti lebam muka anda dibelasahnya. Ah...Sampah ! Apa kata kalau pegawai penguatkuasa yang menangkap orang yang membuang sampah sewenang-wenangnya di merata tempat ,menghadiahkan pesalah itu satu lori sampah sarap dari pasar ke dalam rumahnya.Pasti pesalah itu akan bertaubat dan tidak sewenang-wenang membuang sampah . Kalau kita boleh memandang dan melihat (look and see ) disebalik kejadian sampah itu,maka terfikirkah kita bahawa benda-benda yang kita katogerikan sebagai sampah itu sebenarnya adalah sesuatu yang murni.Kemurniannya berubah menjadi sesuatu yang amat menjijikkan setelah kita kelaskan sebagai sampah.Cuba kita teliti betul-betul...sisa makanan,remah nasi tulang aya,m.tulang ikan..lebihan kuah kari kulit buah-buahan ah...tak perlu sebutlah tentang jenis-jenis sampah itu kerana semua orang tahu. Kan semua manusia dalam hidupnya membuat sampah .Tidak perlu disebut satu persatu tentang jenis sampah itu....kucing biang dan anjing liar juga tahu tentang sampah kita sebab itu mereka membuat operasi mengelidah tong-tong sampah kita setiap tengah malam...lalat , langau dan ulat juga tahu memanfaatkan sampah yang kita buang itu. Baiklah., dalam persoalan sampah ini yang penting dan yang ingin aku persoalkan ialah pokok perkara disebalik kejadian sampah.Terfikirkah kita dengan kewujudan sampah itu telah mengilhamkan manusia mencipta, Penyapu Sampah ? Pencakar Sampah? Bakul Sampah ? Tong Sampah ? Lori Sampah ? Teknik Pelupusan Sampah ? Terfikirkah kita bahawa dengan wujudnya sampah dan wujudnya manusia membuat sampah maka adanya manusia yang memerlukan penyapu sampah dan tong sampah.Lantaran itu wujud pula manusia yang mendirikan kilang membuat penyapu sampah dan kilang membuat tong sampah,sekali gus dapat pula menyediakan peluang pekerjaan kepada sebahagian manusia lain yang manusia itu dapat pula mencari nafkah untuk menyara keluarganya .Pengusaha kilang itu pula akan membayar cukai kepada kerajaan.Perolehan dari cukai itu pula kerajaan dapat membangunkan negara .Ah..sampah....sampah. Cuba renungkan....lantaran kita yang sentiasa membuat sampah,maka permintaan terhadap peralatan yang berkaitan dengan sampah menjadi tinggi.Apabila permintaan tinggi maka kilang dapat beroperasi,pekerja diperlukan . Pekerja-pekerja di sektor pungut sampah juga dapat bekerja.dapat rezeki untuk menyara keluarga.Bayangkan apakah yang akan terjadi andai kita semua tiba-tiba tidak lagi membuat dan membuang S A M P A H ? ........AKU PERLUKAN KOMEN DAN RESPON DARIPADA ANDA! OK ? RUBBISH TALK 2 (S.A.M.P.A.H SEMBANG JUGA) oleh AbRahim Abdullah

Hai jumpa lagi..harap tidak jemu terhadap cerita pasal sampah ini. Ya cuba bayangkan bagaimana tiba tiba semua manusia tidak lagi membuat sampah. Apakah yang akan terjadi ? Kilang membuat penyapu sampah akan tutup. Kilang membuat tong sampah akan lingkup. Kilang membuat lori sampah akan rugi. Pengusaha kilang akan lingkup dan para pekerjanya akan menjadi penggangur.Anak isteri mereka akan kelaparan. Cukai ,kerajaan tidak dapat pungut dan pembangunan tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Kewujudan sampah amat bermakna kepada mereka yang terlibat dalam industri SAMPAH........... Rumusan kecil yang dapat aku simpulkan ialah:

SAMA-SAMALAH KITA MEMBUAT SAMPAH !

Memanglah kita digalakkan membuat sampah demi kesejahteraan mereka yang berkhidmat dalam industri yang berkaitan SAMPAH akan tetapi tidaklah sewenang-wenangnya kita membuang sampah yang tidak kita perlukan lagi itu.Jadilah manusia pembuat sampah yang berdisiplin ketika hendak membuang sampah itu.Baharulah para pemungut dan pelupus sampah itu tidak menyampah . Insaflah,...bukan senang orang yang pertama mencipta tong sampah itu membuat tong sampah.Aku pasti ia melibatkan daya kreativiti dan inovasi rekacipta yang tinggi.Lebih pasti mereka itu tentulah yang terdidik dalam bidang teknikal yang lebih bijak dari kita.Kalau anda lebih bijak darinya tentu andalah orang yang ditulis dalam sejarah tamaddun manusia sebagai orang pertama mencipta tong sampah..kan? Sehubungan itu kenalah kita gunakan tong sampah itu dengan cara yang betul .Samalah kalau kita naik teksi,mengikut disiplinnya kenalah kita duduk dibangku yang disediakan.Tidak pernah aku lihat orang (walaupun dalam hidupnya tidak berdisiplin) mahu duduk dibumbung teksi semasa menyewanya.atau kalau naik kapal terbang ,aturannya kita disediakan tempat duduk dalam pesawat itu,dan bolehkah kita minta mahu duduk disayapnya sahaja ? Jadi samalah dengan tong sampah...disiplinnya juga sudah ada,lantas mengapa pula kita tidak mengikuti tatacara membuang sampah dengan betul ? SAMPAHKAH kita ? Tidak mengapa,nak menyampah ..menyampahlah ! Teruskan membaca perenggan di bawah. Perkara sebenar yang ingin aku bicarakan. ialah tentang sebahagian manusia yang hidupnya bergantung pada sampah.Bergantung hidup mencari rezeki dalam sampah telah menjadi satu fenomena biasa di dunia ketiga yang sedang dalam arus membangun.Dan saban ketika terdapat dalam rencana dan rencah berita tentang masyarakat yang bergeladangan dilonggokan sampah di pinggir-pinggir kota baik di Asia,Afrika mahupun di Amerika Latin.Terdapat satu kesamaan tentang jurang dua kelompok masyarakat miskin dan kaya.Yang mega-mewah dan yang mega-melarat hidup seiring dan sejalan (bukan berganding bahu sebab satu kelompok berkaki ayam dan satu lagi berlimosin. dipandu derebar)Maksud aku ..hmm faham faham sendirilah Sebagai contoh , Bombay terkenal dengan bandaraya orang kaya-kaya.Namun begitu 50% daripada 13 juta umatnya hidup melarat, tidur di kaki lima.(Zainudin Taib,Fakta Dunia Utusan Malaysia -tarikh keluarannya aku tak tahu kerana cebisan kertas itu asalnya adalah sampah yang aku jumpa dan aku kutip tepi bangku di taman permainan) Cuba bayangkan mereka yang melarat hidup di kaki lima itu.Dengan sendirinya mereka adalah s.a.m.p.a.h yang menyakitkan pandangan mata orang kaya.atau mereka ini menjadi alat bagi yang kaya untuk memerah keringat dan memeras tenaga yang bertujuan mengeksploitasi demi untuk terus mengumpul kekayaan. Resamnya orang lapar sanggup berbuat apa sahaja .Desakan dan naluri asas yang tidak dapat dipenuhi,membuat pertimbangan di luar dugaan ,hatta sanggup berbunuhan demi sebuku roti. Aku tertarik hati tentang kreativiti manusia yang kaya dengan kemiskinan.Manusia yang hanya punya nyawa dan tulang empat kerat serta sedikit akal ,tetapi dapat melihat semua benda mempunyai nilai yang boleh dimanfaatkan. Di pinggir Jakarta (..itupun aku tonton dalam filem ) masyarakat geladangan memanfaatkan semua benda terbuang, (bukan benda buangan ), sehingga tidak ada benda yang boleh disifatkan sebagai sampah.Mereka membina istana impian dari kotak ,tong kayu,plastik dan reja papan yang mereka temui.Tin minyak dipotong menjadi kepingan untuk membuat bumbung dan ...sungguh kreatif pemikiran mereka yang terdesak oleh kemiskinan.Mereka kaya idea bagi memanfaatkan SAMPAH untuk meneruskan kehidupan, sehinggakan beras yang tertumpah beberapa biji ke jalan dari guni yang diangkut dari lori ke gudang,ada yang memungutnya.Sedikit-sedikit ,lama lama jadi bukit. Di merata pinggir kota besar , terdapat masyarakat yang bergantung hidup dan mencari rezeki dari timbunan sampah Disitulah lombong emas mereka.Sedari awal pagi hingga lewat petang mereka akan bergelumang di dalam timbunan sampah yang belum dapat dipastikan.rezeki yang bakal diperolehi. Namun di dalam pemikiran mereka yang sentiasa tidak putus asa seperti kata orang Inggeris "..three feet to the gold mine ."Ya sebentar lagi akan berjumpa rezeki yang banyak. Ya mana tahu kalau kalau mereka tersilap buang..terbuang gumpalan wang atau barang kemas atau harta karun atau mungkin apa sahaja yang bakal dijumpai .Apa sahaja yang dijumpai akan dinilai semula.Bagai satu kelompok Kawalan Kualiti yang akan memeriksa gumpalan sampah kita (kita yang kata sampah).Mereka lihat sampah sebagai harapan untuk makan tengah hari.Mereka dapat menilai sampah yang kita buang.Mereka nampak nasi roti dan kehidupan dalam sampah.Mereka nampak nilaibudi kita dari gumpalan kehidupan kita.Mereka nampak keangkuhan dan keborosan kita dalam sampah yang kita buang.Mereka nampak kemegahan kita dan mereka mendapat sesuatu dari sisa gumpalan kehidupan kita yang amat miskin hati untuk mendermakan pakaian lama kita kepada mereka.Kononnya malu untuk beri barang buruk kepada fakir miskin atau jiran tetangga kita.Malu nak berikan pakaian atau kasut lama kita kepada orang lain.Lantaran itu kita buangkan sahaja menjadi sampah.Dan sampah itulah yang mereka kutip dan mereka sungguh bersyukur mendapat sampah yang kita buang.Mungkin mereka tidak pernah meminta sedekah dari kita,namun jauh dilubuk hati mereka sering berdoa agar kita membuang sampah yang baik-baik dan berkualiti untuk digunakan atau untuk dijual bagi membeli kehidupan.Betapa mahalnya kehidupan mereka dan amat murah pula kematian mereka.Begitulah kiranya,selagi ada sekelompok manusia yang hidupnya mega-mewah maka ada pula segelintir manusia yang hidupnya mega-melarat.Manusia mewah ini yang tidak pernah menikmati derita lapar dalam kehidupan mereka ,semestinya tidak memandang dan melihat mereka yang melarat ini.Banyak perkara lain yang mesti difikirkan .Kalau ada dikalangan mereka yang mega mewah ini menjadi Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah berpuluh-puluh Syarikat perniagaan dan perindustrian,mana ada waktu untuk memikir tentang sampah.Kalau adapun mereka akan berfikir bagaimana cara mereka hendak mendapatkan atau membeli dan mengawal syarikat pelupusan sampah. Kemudian tubuh satu konsortium bagi Kawalan dan Pelupusan Sampah Kebangsaan. Jadi mana ada waktu untuk memikirkan mereka yang bergeladangan itu,dan kalau adapun mereka akan memperalatkan kelompok ini (dengan cara yang amat manis -Kami menyediakan mereka peluang pekerjaan, mereka patut bersyukur dan berterima kasih...tampa kami tentu kemelaratan merka akan lebih sengsara lagi) "Kemelaratan."..satu kata yang amat tidak di sukai oleh Prof.Madya Dr.ZakariaAli dari USM Pulau Pinang....,Dr.Zek andai membaca cerita sampah saya ini ..tak usah gusar ya ! kerana ini bukan lagi assignment HHT..dan saya sengaja mahu mempelbagaikan kata dan idea secara bebas dalam keterbatasannya pemikiran saya. .) Maaflah saya tersasul keluar dari cerita yang saya hendak cerita.Lagipun apa yang hendak diceritakan ini bukan lagi cerita yang menarik, cerita klise..yang satu dunia sudah tahu.Saya bawa cerita in untuk mereka yang tahu akan tetapi tidak pernah mahu ambil tahu. Tidak pernah mahu ambil tahu tentang mereka. Insan-insan dunia yang bergelar manusia dan hidup berperasaan seperti semua manusia yang lain juga.Hanya mereka ini hidup dalam sampah. Dan sampah itu kita yang buat..seperti selipar putus tali,kasut rosak tapak, kertas,bakul patah tangkai dan seribu satu macam benda yang tidak kita perlukan lagi.Kita namakan ia SAMPAH yang menyemakkan .Kita buang sampah dan ada orang kutip sampah lalu dihantar ke tempat pelupusan sampah.Ditempat pelupusan sampah inilah terdapatnya berjuta manusia di kawasan operasi tempatan mereka,baik di Bogota,Ankara , Lima ,Durban,Karachi,Bombay.Manila, Mexico City atau Jelutong ,sama sahaja.Sebahagian manusia buang sampah dari sisa kehidupan mereka dan sebahagian lagi kutip sampah yang boleh mendatangkan manfaat untuk meniti hari dalam kehidupan yang penuh dengan ketiadaan Segala khazanah buangan kita mereka pungut dengan harapan agar terjumpa sesuatu yang istimewa.Bayangkan mereka meletakkan harapan yang tinggi pada gumpalan sampah kita.Mereka juga berdoa agar dapat mangais pagi untuk makan malam nanti.Mereka juga berharap agar kita membuang sesuatu yang boleh mendatang hasil atau pendapatan kepada keluarga mereka.Mereka tidak pernah mengetuk pintu rumah anda menadah tangan memohon sesuatu .Mereka sedar harga diri dan digniti mereka sebagai manusia yang punya tenaga dan tanggungjawab keluarga mesti berusaha dengan titik peluh dengan keringat yang halal..Bukan mengharap belas ehsan orang.Hanya mereka lebih kreatif dari kita.Mereka dapat membuat sesuatu yang boleh memberi sumber kewangan...dari sampah yang kita buang. Mungkin terdapat di kalangan pengelidah sampah yang sering berdoa agar kita semakin kaya dan senang.Dan dengan kesenangan kita itu pula maka lebih senanglah kita membuat sampah yang lebih elok dan berharga bagi mereka.Lantaran itu apabila lori-lori sampah mencurahkan khazanah sampah kita,maka berebut-rebutlah para pangais pagi makan malam itu,dengan sejuta harapan dan impian.Mereka bersiap sedia dengan guni berebut-rebut mengambil kampit kampit plastik hitam yang belum menjanjikan sebarang sesuatu yang menguntungkan.Itulah nasib mereka yang menyelongkar dan mengais timbunan sampah yang hendak dilupuskan itu.Dalam pada itu tidak kurang pula yang terpijak kaca tertusuk paku terhiris luka membengkak mengudis dan itu sebahagian dari kehidupan mereka.Ubatnya adalah harapan yang bakal ditemui dalam longgokan sampah.Kanak-kanak,remaja dan dewasa sama sahaja mengerumuni lori yang bakal mencurahkan impian dari gumpalan benda terbuang yang kita namakan SAMPAH. Dalam pada itu tidak sedikit berlakunya kemalangan ditimbus sampah sehingga maut datang mengundang.Apakah mereka ini masyarakat terbuang dilonggokan sampah, hidup diperjuang sekadar mengais pagi untuk makan malam ? Dalam OH BEGITU (Utusan Malaysia),kira-kira 550 juta daripada 5.6 billion umat dunia menghadapi kebuluran.1.5 billion pula masih tidak mendapat bekalan air minum bersih dan sanitasi sempurna. Cubalah kita renungkan bersama,betapa walang hati ini mengenangkan nasib saudara semanusia kita di desa dunia ini yang hidupnya mewah derita,kaya dengan kemiskinan.Tidak seorangpun dikalangan 550 juta umat dunia itu yang tidak mengenal derita.Penderitaan yang mereka tanggung adalah kesilapan kita.Kita sedang berlumba-lumba untuk mengatasi Qarun.Kita sedang mengejar untuk menghimpun kekayaan dan kemudian tidak sanggup menghamburkan kemewahan yang kita perolehi kepada yang hak mendapat tempias dari kekayaan kita.Mengapa? Kalau setiap rakyat Malaysia menghulur derma 5 sen sehari, lebih 300 orang rakyat termiskin di negara ini boleh menjadi jutawan dalam setahun.Dan kalau diamalkan sepanjang hayat akhirnya seluruh rakyat Malaysia adalah terdiri dari para jutawan belaka.Cuba bayangkan jika semua rakyat Malaysia adalah terdiri dari para jutawan belaka.............

Siapa yang hendak bekerja di sektor S.A.M.P.A.H ?

Siapa yang hendak bekerja jadi pemungut sampah ? Siapa pula yang hendak bekerja di tempat pelupusan sampah ? Anda mahu jadi pemandu lori sampah ? Siapa yang mahu menjadi pekerja di kilang membuat penyapu sampah ? Siapa pula yang ingin menjadi pemandu jentolak di tempat pelupusan sampah ? Siapa yang suka sampah ? Maka sampah akan bersepah-sepah .......Menyampah dan Menyumpahlah kita terhadap SAMPAH...........jutawan kaya sampah !

S.M.I.L.E Sincere Mindful Industrious Loving Earnest. Jumpa lagi dalam siri seterusnya

=========================================== Im97.

Home