Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya
menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman
menarik dan pelik. bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada
satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.
Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu
rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti
Al-Azhar, Kaherah.
Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan
cuti semester.
Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah
Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah,
cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak. Walaupun masih
muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah
haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.
Berbalik kepada cerita tadi,ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji
di lapangan terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak
riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.
Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami
menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami
sampai di Madinah.
Setiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. turunlah mereka
seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. tapi
tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba
wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.
Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya
pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "kakak ni sakit," kata saya
pada jemaah-jemaah yang lain.
Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar
menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.
"badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong
saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.
Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya
ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu,
jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.
Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai
usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal.
Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.
Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya
terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar dihospital berkenaan. Namun
dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk
mengetahui perkembangan wanita tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu
dia masih tidak sedarkan diri.
Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin
cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan
situasi seperti itu.
Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal,
maka wanita itu dihantar ke hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapat kan
rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya
berbanding hospital Madinah. namun usaha untuk memulihkannya masih tidak
berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan
ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya,
bila sampai di hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa
wanita tersebut masih koma.
Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu,
saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital. selepas dua hari menunggu,
akhirnya wanita itu membuka mata nya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit
itu, dia memandang ke arah saya.
Tapi sebaik saja terpandang wajah saya,wanita tersebut terus memeluk
saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut
sebab saya ni bukan muhrimnya. tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba
menangis?
Saya bertanya kepada wanita tersebut, "kenapa kakak menangis? "Mazlan
...kakak taubat dah lan. kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda
yang tak baik. kakak bertaubat, betul-betul taubat."
"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih
terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak- esak tanpa menjawab
pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada
saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil
iktibar oleh kita semua.
Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki
orang putih. tapi kakak silap. kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan
saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa,
semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. Rumah kakak penuh dengan
botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja,"
katanya tersedu-sedan.
"Habis yang kakak pergi haji ini?" "yalah...kakak tengok orang lain
pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi." "Jadi apa sebab yang kakak
menangis sampai macam ni sekali. ada sesuatu ke yang kakak alami semasa
sakit?" tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat,wanita itu menceritakan, "Mazlan...Allah
itu Maha besar, Maha agung, Maha kaya. semasa koma itu, kakak telah diazab
dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah
kakak buat selama ini.
"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut. "Betul Mazlan. Semasa koma itu
kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada
kakak. Balasan azab lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab
di neraka.
"Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut
kakak di tarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah.
"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit
yang dibuat drp bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh
ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan
main. Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam
api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." Tanpa mempedulikan pesakit
lain dan jururawat,kakat tersebut itu terus bercerita.
Menurutnya lagi, beberapa hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari.
Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada
hukuman. Sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.
Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran,
wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut
kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit
kepala. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak.
Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan."
Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak- esak.
nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.
Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu
sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...Kakak ni nama
saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa
besar.
Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah,semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja.
Tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila
ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila
sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak. Sedangkan jari yang tercucuk
jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong
dan perut kita. "Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula
makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut
seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.
Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak
akan sama dengan kepanasannya. "Selepas habis bara api, kakak minta minuman,
tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Naunya
cukup busuk.tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga.
Semua terpaksa akak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak
alami sepanjang kakak hidup di dunia ini." Saya terus mendengar cerita
wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu,
kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi,
berilah kakak peluang untuk hidupsekali lagi.
Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa
kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar
perintah Allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan
semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu,
Kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. benarlah, Allah itu maha
agung dan maha berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya.
Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau
buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.
Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.
"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam
tu sekali. kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan
kakak dahulu. kakak bertaubat...kakak taubat nasuha,"katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya
ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti.
Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu Maghrib, dia cuma
akan balik ke bilik nya semula selepas sembahyang Subuh.
"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga
juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang isyak tu kakak baliklah, makan
nasi, berehat..." tegur saya. "Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma.
bolehlah kakak makan semasa kakak lapar."
Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam masjidil haram, dia mengqadakan
semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. Selain itu dia berdoa, mohon
kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.
Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan
tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya
menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
"Tak boleh Mazlan. kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan.
Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan
juga akan jadi macam kakak. kakak betul- betul bertaubat."
Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan
Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung.
cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu,
Kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. "Semasa diazab, kakak
tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita
Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya,
maka dia diberikan satu dosa. kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok
sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa.
"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. .. Kalau
seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat.
kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok?
Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni? Allah...
"kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari
ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. akak
nak ajak suami pergi haji.
Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. tapi itu semua
kesilapan kakak. kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing
dia. bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."
Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang
wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang
benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya
diazab semasa koma?
Tidak. saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa
dia berubah dan bertaubat nasuha?
Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab
yang digambarkan oleh Allah dan nabi dalam al-quran dan hadis. Adakah ia
bercanggah?
Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya
secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka
itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita
sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "oh... memang betul apa yang
Allah dan rasul katakan. aku menyesal"... itu dah terlambat.
|