Kepentingan Sembahyang

Solat Sebagai Tiang Agama

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Assalamu'alaikum warahmatullahhi wabarakatuh

Segala pujian bagi Allah SWT Pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat r'anhum dan orang-orang yang beriman.

Abdullah ibn Umar r.a. meriwayatkan bahawa beliau dengar Rasulullah s.a.w bersabda, "Islam tertegak atas lima rukun: Bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hambaNya serta RasulNya; mendirikan salat; membayarkan zakat; mengerjakan Haji dan puasa pada bulan Ramadhan."

Agama Islam adalah diibaratkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai sebuah khemah yang disokong oleh lima batang tiang. Tiang tengahnya ialah Kalimah Syahadah. Empat tiang lagi itu adalah tiang-tiang sokongan, yakni satu tiang pada tiap satu pnjuru khemah itu. Tanpa tiang tengah maka khemah itu tidak boleh ditegak dan sekiranya mana mana satu dari tiang sokongan yang di penjuru itu hilang, maka akibatnya runtuhlah penjuru khemah yang rusak itu.

Kini marilah kita lihat dengan mata kita sendiri sejauh manakah telah kita tegakkan agama Islam itu. Benarkah tiap-tiap tiang itu telah ditegakkan pada tempatnya dengan sempurna?

Lima tiang agama Islam yang tersebut dalam hadis ini menunjukkan kewajiban-kewajiban yang penting bagi seseorang Islam. Sungguh pun tidak mungkin bagi sesorang islam tidak mempunyai mana-mana satu darinya, namun salat -dalam ajaran agama Islam - mengambil tenpat di sisi Iman.

Kata Abdullah-ibn-Mas'ud, "Ada sekali kutanya pada Rasulullah s.a.w. 'amalan (manusia) yang manakah yang paling diredhai Allah s.w.t.?" Jawab Baginda s.a.w., "Salat." Kemudian kutanya, "Yang mana pula selepasnya (mengikut susunan keredhaan)?" Jawab Baginda s.a.w, "Menghormati kedua orang ibubapa." Kutanya lagi, "Selepasnya apa lagi?". Jawab Baginda s.a.w.. "Jihad."

Mulla Ali Qari mengambil hadis ini untuk menyokong pendapatnya iaitu salat adalah kewajiban agama yang penting selepas Iman. Ini diperkuatakn lagi oleh sebuah hadis yang diriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda. "Salat adalah sebaik-baik perintah yang diperintahkan oleh Allah s.w.t."


**********************************************************************

He is the Lord of the two easts and the Lord of the two wests
Then which blessings of your Lord will you (jinns and men) deny?
(Surah ArRahman:17-18)

**********************************************************************