HANYA ISLAM BOLEH SELAMATKAN MELAYU

Jamadil Awwal 1417/Oktober 1996

DUNGUN: Timbalan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Islamlah yang menyelamatkan bangsa Melayu sebagaimana Islam juga menyelamatkan Arab.

Menurutnya, Allah menunjukkan bahawa apabila orang Melayu menegakkan Melayu sahaja dengan tidak menegakkan Islam, berlakulah keruntuhan akhlak dan negeri-negeri di Malaysia jatuh ke tangan orang bukan Islam.

Beliau berkata kawasan Melayu dikira mengikut kawasan pilihan raya di mana estet getah bertukar menjadi estet rumah untuk dibawa masuk pengundi-pengundi bukan Melayu dan ia mempunyai tujuan politik yang sangat jauh dari orang bukan Islam.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis ceramah sempena penubuhan cawangan baru PAS Kampung Pinang Merah, Paka di sini baru-baru ini.

Beliau merasa dukacita apabila orang Melayu diajar politik untuk mendapatkan baja, lembu, kain batik, kain pelekat, wang dan tidak lebih dari itu sedangkan bangsa lain dalam Malaysia mengundi kerana mahu memerintah negeri.

"Orang berpolitik mahu memerintah negeri, kita berpolitik hanya sekadar mahu baja, mahu duit dalam masa pilihan raya, kain pelekat, kain batik sehelai, tanpa menyedari penguasaan orang bukan Islam sedikit demi sedikit dalam tanah air kita," jelasnya.

Mengulas kenyataan akhbar berhubung dengan statistik keruntuhan akhlak di kalangan remaja beliau berkata Melayu tidak akan dapat berbuat apa-apa terhadap gejala buruk itu kerana Melayu tinggalkan Islam.

"Bukan kita tidak sayang kepada Melayu, tetapi adakah selamat dengan Melayu? Bangsa Melayu selamat dengan Islam sahaja sebagaimana orang Arab selamat dengan Islam," tambahnya lagi.

H811 28051417/11101996 p32
More...