Pemimpin angkuh alami kejatuhan

Oleh HASHIM ABDULLAH

TEMERLOH: Pemimpin  yang sombong, zalim dan melewati batas akan menghadapi
kejatuhan.Demikian kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tuan Haji Mohamad Sabu ketika
berucap di depan ribuan pendengar pada ceramah bertajuk 'Kmerdekaan Kedua', anjuran
bersama Lajnah Buruh dan Setinggan PAS Pusat serta Dewan Pemuda Temerloh dan PAS
Kawasan Temerloh, di Kampung Buntut Pulau, dekat sini, baru-baru ini.

Turut berceramah Pemangku Setiausaha Agong PAS Pusat, Dato' Hishamuddin Yahya
dan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Mohd Baqi Othman.Menurut Mohamad, banyak
penyelewengan, nepotisme diamalkan oleh pemimpin negara telah dibiarkan begitu saja
tanpa apa-apa tindakan.

"Saya tegur dalam parlimen tentang kekayaan pemimpin Umno tapi Perdana Menteri tak
ambil tindakan, sepatutnya Badan Pencegah Rasuah dah boleh siasat," katanya.

Katanya lagi, kemerdekaan yang dicapai tidak membawa makna kerana ia tidak mampu
menjaga kedudukan Islam dan orang Melayu."Selepas merdeka orang murtad begitu
ramai, tanah rizab Melayu merosot, Umno gagal mempertahankannya, jadi apa makna
kemerdekaan," soalnya.Menurutnya lagi, penerapan nilai Islam tidak menjadi apa-apa
makna.

Dulu judi sedikit tapi kini selepas penerapan nilai Islam judi bercambah.Pemimpin negara,
katanya, bimbang bila laksana hukum Islam akan huru-hara, ekonomi terjejas, inilah dua
perkara yang menghantui pemikiran mereka.

Tetapi semuanya ini tidak betul. Menurut Muhamad Sabu lagi, Amerika takutkan negara
Islam kerana dengan tertegaknya hukum Islam, umat Islam akan kembali kepada kekuatan
mereka sendiri.

"Bila berlaku huru-hara di Indonesia, duta Amerika datang berjumpa Habibie menanyakan
soalan apakah beliau bercadang menjadikan Indonesia negara Islam," katanya.

Tambahnya lagi, negara Islam Sudan dan Iran terlepas dari cengkaman Amerika, tetapi
mereka bertambah maju."Iran kini dah bebas 16 tahun boleh buat senjata dan berdiri di
atas kaki sendiri dalam jangka masa pendek. Ini yang Amerika bimbang, tapi apa yang
membimbangkan Amerika dan Yahudi itu dibimbangi juga oleh orang Islam,"
katanya.Menurut Haji Muhamad Sabu, untuk membina kekuatan maka rakyat terutama
anak muda hendaklah bersama perjuangan Islam sehingga tertegaknya pemerintahan
berdasarkan Islam, dunia akan kembali kepada tangan Islam, ini perlu diyakini," katanya.