Purnama usaha lahirkan generasi ‘rabbani’

BADAN Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan Kelantan (Purnama) akan berusaha sedaya mungkin agar tercapai hasrat membentuk generasi ‘rabbani’ dalam menegakkan Islam melalui persatuannya.

Pengerusinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, yang juga isteri YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan, berkata kerja kebajikan melalui persatuan berkenaan akan dipertingkatkan dengan menyatukan fikrah masyarakat dalam program berunsur Islam melalui aktiviti yang disusun.
Jelasnya, Purnama sebelum ini hanya dikenali sebagai tempat untuk mempelajari ilmu jahitan, menyusun bunga  dan masakan kini akan diperkemaskan lagi.

“Kita tidak mahu persatuan hanya dikenali sebagai tempat untuk menimba ilmu-ilmu tertentu sahaja tanpa memenuhi sasaran sebenar iaitu untuk menjaga kebajikan rakyat di samping menyampaikan risalah perjuangan Islam yang kita dokongi kerana inilah tujuan sebenar persatuan ini yang dibentuk untuk membela masyarakat.” ujarnya. 


HOME