RM29 juta untuk pendidikan Islam

KERAJAAN Kelantan memperuntukkan sebanyak RM29 juta kepada Yayasxan Islam Kelantan (YIK) tahun ini bagi membangunkan  pendidikan Islam di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, YB Ustaz Mohamed Daud berkata, peruntukan besar itu membuktikan keprihatinan kerajaan negeri untuk melihat rakyat di Kelantan mendapat pendidikan Islam yang sempurna.

Menurut beliau, kesungguhan kerajaan negeri dalam bidang pendidikan agama juga telah berupaya menarik minat sekolah-sekolah dari luar Kelantan termasuk Brunei menggunakan kurikulum yang digubal oleh YIK.

“Banyak sekolah Arab dari luar Kelantan menerima sukatan pelajaran yang digunakan di sekolah-sekolah YIK kerana keyakinan mereka terhadap kejayaan yang dicapai oleh pelajar di sekolah YIK.

“Keyakinan pihak luar itu turut memberi keyakinan kepada kerajaan negeri untuk membuka kelas aliran sains tulen di sekolah YIK,” katanya.

Menurut YB Ustaz Mohamed, selain memberi peluang kepada pelajar agama menceburi bidang sains, kelas itu juga diharap dapat membendung penghijrahan pelajar-pelajar Yik ke sekolah-sekolah berasrama penuh sebaik mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.


HOME