Exco sedia bincang gazetkan rumah ibadat Buddha

Kerajaan negeri tidak keberatan membincangkan permohonan Persatuan Masyarakat Thai di Kelantan supaya kerajaan menggazet tapak rumah ibadat mereka.

Perbincangan perkara ini di peringkat Exco akan dibuat selepas melalui prosedur biasa di peringkat jajahan dan Pejabat Tanah dan Galian.

Menteri Besar YAB Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata mereka hendaklah  mengemukakan permohonan melalui pejabat tanah dan jajahan di kawasan berdekatan.
“Begitu juga dengan tanah perkuburan mereka; akan turut dipertimbangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas berjumpa dengan rombongan ketua-ketua wat dan pemimpin Persatuan Thai Kelantan yang mengunjungi pejabat beliau 25 Mac lalu.

Rombongan itu diketuai oleh pengerusi persatuan, Eh Chot A/L Cha Chan yang turut disertai tujuh ketua wat yang terdapat di Kelantan.

Di Kelantan sekarang terdapat 22 wat dan tiga daripadanya sudah digazet sejak 30 tahun lalu.
Ikut serta pada pertemuan itu ialah Setiausaha Sulit Menteri Besar, Haji Alui Abdul Aziz dan anggota Dewan Undangan Negeri Kelabiran, Haji Nordin Yaakob.


HOME