Kadar perceraian di Kelantan dijangka terus turun

KADAR perceraian di Kelantan dijangka terus turun tahun ini berbanding 13 peratus tahun lalu dan 17 peratus tahun sebelumnya.

Kadi Besar Kelantan, Datuk Daud Muhamad, berkata penurunan itu berlaku bersesuaian dengan dasar Kerajaan Kelantan berteraskan Islam menyedarkan rakyat tentang tanggungjawab mereka terhadap keluarga secara Islam.

Beliau berkata kadar perceraian di negeri ini paling tinggi iaitu sekitar 50 peratus sebelum tahun 1984.  Apabila Enakmen Keluarga Islam pindaan tahun 1984 dikuatkuasakan kadar ini telah turun.
Katanya, kadar perceraian semakin turun khususnya sejak tahun 1991 sehingga tahun 1995 iaitu sebanyak 13.07 peratus.

Beliau juga berkata, Enakmen Keluarga Islam pindaan 1984 berjaya membendung penganiayaan terhadap isteri serta anak-anak dari suami yang beristeri lebih dari satu.

“Dengan enakmen yang kita ada sekarang masaalah berkenaan dapat diselesaikan dengan baik, jadi tidak perlu lagi kita gubal enakmen lain,” jelasnya.


HOME