KELANTAN AMBIL SIKAP TELITI DAN HATI-HATI

CADANGAN kerajaan pusat membina saluran air menggu-nakan batang paip yang meng-hubungkan antara negeri-negeri akan dikaji dan diperin-cikan terlebih dahulu sebelum persetujuan diberi oleh Keraja-an Kelantan, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan YB Ha-ji Abdul Halim Abdul Rahman.

Kajian, penelitian dan perin-cian terhadap kertas cadangan bagi menentukan bentuk pe-nyelarasan perlu dibuat dengan penuh hati-hati dan teliti, tegasnya.

“Kita perlu melihat perkara itu sama ada dengan melibat-kan agensi kerajaan negeri atau perlu dibincang terlebih dahulu pada mesyuarat exco dan sidang dewan undangan negeri. Cadangan itu perlu diketengahkan melalui saluran yang betul sebelum kerajaan negeri boleh memberi jawapan mengenainya,” tambahnya.

YB Haji Abdul Halim berkata cadangan itu masih lagi samar-samar kerana sehingga setakat ini kerajaan negeri belum lagi mendapat gambaran sebenar.

Beliau diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed,  yang dilaporkan berkata pembinaan empangan baru dan saluran paip yang menghubungkan negeri-negeri di Malaysia tetap dilaksanakan walaupun melibatkan kos yang tinggi manakala kerjasama negeri diperlukan kerana air dikuasai kerajaan negeri.


HOME