Ke Makkah, tetapi tetap perihatin dengan tugas

TUGAS Menteri Besar tiada batas sempadannya bagi mem-pastikan kelancaran jentera kerajaan demi kesejahteraan rakyat yang sentiasa pula diberi keutamaan dan perhatian.

Dengan siap berpakaian ihram ketika di bilik VIP Lapangan Terbang Ismail Petra, Pengkalan Chepa untuk menunggu saat berlepas ke Tanah Suci,  YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat masih sempat mengisi masa dan luang yang ada mem-beri amanat kepada anggota-anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kelantan dan mendapatkan taklimat daripada mereka.
Setiap orang anggota exco diberi amanat supaya menyempurnakan segala tugas dengan penuh tanggungjawab dan kerana Allah.

Pada kesempatan yang sama YAB Tuan Guru Dato' Menteri Besar sempat melayani pertanyaan wartawan.

Di Makkah tentunya YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz  mendoakan memohon kepada Allah agar rakyat Kelantan disinari kesejahteraan dan kemakmuran berpan-jangan, murah rezeki, sihat sejahtera serta sentiasa kasih kepada Islam.

YAB Tuan Guru kembali ke tanahair pada 26 April lalu dan terus menjalankan tugas pada keesokan harinya. Antara acara bersama rakyat yang pertama disertai oleh beliau ialah sambutan Maal Hijrah.


HOME