Perjanjian Persefahaman sejak 1996

KEYAKINAN pelabur terhadap Kelantan terbukti apabila berbagai-bagai perjanjian persefahaman (Memorundum of Understanding - MoU) sudah di-tandatangani sejak tahun 1996 dan antaranya sudah beroperasi manakala yang lain sedang dalam proses pelaksanaan.  Berikut adalah antara MoU yang telah ditandatangani. Ini tidak termasuk dalam jumlah 49 projek yang bernilai lebih RM7,469,355,200.00 yang telah ditandatangani sejak 1990 dan antaranya sudah dilaksana.


2hb. Julai, 1996
Dengan nilai pelaburan RM2,000,000 - antara Arus Harmoni  dengan Permodalan Kelantan Berhad (PKB) bagi penubuhan institusi pengajian dan latihan Kelantan.

12hb. Ogos, 1996
Dengan nilai pelaburan RM700,000 antara Hijau Inova-si Teknologi Sdn Bhd- Permo-dalan Kelantan Berhad dalam bidang teknologi maklumat.

11hb. Februari, 1996
Nilai pelaburan RM 2,010,000,000 antara Perba-danan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK)-MRCB da-lam bidang penyediaan infrast-ruktur kawasan industri.

9hb. Mei, 1996
Dengan nilai pelaburan RM700 juta antara Keloil Sdn Bhd. (anak syarikat PKINK) dengan KUB Bhd. bagi pemba-ngunan kompleks petrokimia.

25hb. Julai, 1996
Dengan nilai pelaburan RM 55 juta antara Keloil dengan Petroleum Authority of Thai-land bagi projek  pangkalan simpanan dan pembalangan gas petroleum.

8hb. Oktober, 1996
Dengan nilai pelaburan  RM250 juta antara PKINK de-ngan Rumpuan Hijau bagi projek peranginan dan pusat konven-syen di Pantai Irama, Bachok.

Ogos 1997
PKINK dan Taiping Consolidated bagi membangun kawasan Apam, Pasir Mas seba-gai pusat pemerosesan makan-an untuk tempatan dan ekspot.

26hb. Mac, 1998
Pelaburan RM5 juta - antara PKINK dengan Pinang Usaha-sama Sdn Bhd/Ambale Impact Sdn. Bhd membangunkan kom-pleks perikanan dan jeti pendaratan ikan di Tok Bali.

Nilai keseluruhan pelabur-an bagi pembinaan projek pembangunan yang MoUnya sudah ditandatangani itu berjumlah RM3,022,700,000.

Di samping itu enam lagi MoU ditandatangani memba-bitkan Yayasan Islam Kelantan (YAKIN) dengan beberapa buah syarikat, iaitu:

Perjanjian YAKIN-Sagania-ga Sdn Bhd bagi pembinaan pu-sat perubatan pakar membabit-kan pelaburan RM20 juta.

Perjanjian YAKIN-Glori-ous Inspiration Sdn Bhd bagi projek perhotelan dan komp-leks antarabangsa memba-bitkan pelaburan RM200 juta

Perjanjian YAKIN-Atlantic Network Sdn Bhd bagi pembi-naan kilang bata mampat dan konkrit membabitkan pelaburan RM4.5 juta.

Perjanjian YAKIN-May-link Sdn Bhd dengan pela-buran RM250 juta bagi projek pusat peranginan dan kesihatan tradisional.

Perjanjian YAKIN-Adorna Technologies Sdn Bhd  mema-jukan Lojing Hill Resort mem-babitkan pelaburan RM1bilion.

Nilai keseluruhan pelaburan mengikut MoU antara YAKIN dengan syarikat-syarikat terba-bit bernilai RM1,474,500,000.

Di samping itu  Yayasan Islam Kelantan (YIK) turut menanda-tangani MoU dengan Terasjati Sdn Bhd bagi pembangunan ladang hutan dengan perbelan-jaan RM60 juta dan upacara menandatangani MoU berlang-sung pada 26 Mac, 1998.


HOME