Pembangunan Kelantan bukan 'ikut angin' pelabur

SEBANYAK 96% pelaburan di Kelantan adalah oleh syarikat-syarikat dari dalam negara manakala 4% lagi milik syarikat-syarikat dari luar negara seperti Jepun, Germany, Taiwan dan Singapura.
Jumlah penyertaan syarikat asing agak rendah kerana beberapa sebab:
Pertama, ada pihak di negara ini sendiri memberikan gamba-ran buruk tentang Kelantan dan kerajaannya atas tujuan politik,

 Kedua, Kerajaan Kelantan tidak bersikap asal ada ketika menimbangkan tawaran pela-buran kerana mahu meman-dang berat terhadap kesan-kesan sampingan bagi jangka masa panjang termasuk dari sudut sosialnya serta keserasiannya dengan kehen-dak Islam.

Perkara kedua tersebut dapat diperjelaskan bahawa jika sesu-atu pelaburan itu bercanggah dengan hukum agama dan hukum adat walaupun sebesar mana untungnya, kerajaan ne-geri tidak akan menerimanya.

Kerajaan negeri mahu dasarnya berteraskan Memba-ngun Bersama Islam dipatuhi, bukannya 'ikut angin pelabur' semata-mata kerana mahu muncul paling berjaya menarik pelaburan.
Yang menjadi matlamat ke-rajaan negeri ialah semakin banyak pelaburan datang ke Kelantan, akan bertambah pula jumlah rakyat Kelantan ke mas-jid dan madrasah untuk solat berjemaah; semakin ramai yang rajin bertasbih tanda bersyukur kepada Allah; bukannya sema-kin ramai hidup bermewah, membazir, bermegah dan sesat.


HOME