Minat pelabur tak pernah luntur

Sejak tertubuhnya Kerajaan PAS selepas pilihan raya tahun 1990, minat pelabur ke Kelan-tan tidak pernah luntur.  Atas keyakinan akan kejujuran dan keikhlasan para pemimpin kerajaan negeri ini, ramai sekali pelabur berkunjung ke Kelan-tan untuk meninjau dan meng-kaji peluang dan faedah melabur di negeri ini.

Berikutnya, sebanyak 49 pelbagai projek yang dijangka akan menjadi pemangkin kepada keteguhan ekonomi dan kemajuan negeri telah diluluskan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM7,469,355,200.

Perlaksanaan projek-projek itu akan mewujudkan 51,540 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor.
Antara projek yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri melalui Unit Perancang Ekono-mi Negeri (UPEN) Kelantan ialah projek memajukan Pulau Tujuh, Tumpat sebagai desti-nasi pelancongan antarabangsa dengan belanja RM45,000,000; empat buah kilang simen  (RM940,000,000); sembilan projek perusahaan batu marmar dan granite (RM51,745,000); tujuh projek perumahan (RM36,725,646); projek pem-binaan pelabuhan Tumpat (RM360,000,000); projek me-nebusguna dan membangunkan tebing Sungai Kelantan (RM2,000,000,000) dan dan dua buah kuari (RM12,900,000).


HOME